Sebelum membaca tulisan ini saya amat menyarankan agar ditonton dahulu klip video ini.
Viral kepada peminat filem
terutama filem hindi kini tentang filem Delwale. Dan secara kebetulan ada yang
tag muzik video Dilwale Gerua pada FB saya.
Pada awal tayangan saya sudah
teruja dengan permandangan lokasi penggambaran muzik video ini. Sebaik saja 4 minit
48 saat habis terus terlintas betapa bertuahnya kita di Malaysia mempunyai
permandangan alam yang seindah lokasi pengambaran tersebut.
Berikut adalah yang secara
sepintas lalu apa yang ditayangkan di dalam muzik video tersebut:
- Bangkai kapal terbang
- Air tasik yang tenang seperti cermin
- Burung-burung
- Gunung-ganang
- Sampan
- Air Terjun
- Gua
- Iceberg
Rakyat Perak tentu berbangga
kerana semua permandangan di atas boleh dinikmati di Negeri Perak dengan tidak
menafikan ada juga di negeri-negeri lain.
Bangkai Kapal Terbang
Jauh dalam pendalaman di Bruas terdapat satu bangkai kapal terbang era Perang Dunia Ke 2
Bangkai Kapal Terbang di Bruas Perak |
Air tasik yang tenang seperti cermin
Tidak jauh dari Bandaraya Ipoh,
dengan kedudukan dikelilingi oleh gunung dan bukit batu kapur menyebabkan
tiupan angin sangat kurang dan menjadikan air di tasik ini sangat tenang.
Seterusnya menyebabkan permukaan
air tenang ini memantulkan semula imej sekitarnya seperti sebuah cermin.
Tasik Cermin Ipoh Perak |
Pantai
Banyak pantai di Perak dan antara
paling populer adalah di sekitar daerah Manjung. Segari, Teluk Senangin, Pasir
Bogak di Pulau Pangkur dan lain-lainnya.
Di Kuala Sepetang juga terdapat pantai yang terhasil dari 100% kulit siput terutama kulit kerang.
Di Kuala Sepetang juga terdapat pantai yang terhasil dari 100% kulit siput terutama kulit kerang.
Burung-burung
Di utara Perak, Kuala Gula
merupakan R&R bagi burung hijrah. Selain burung tempatan yang sangat
banyak. Burung Bangau kecil dan besar sangat mudah dilihat di sini. Tentunya
susasana seperti di dalam music video boleh dialami.
Di Kuala Gula menjadi kediaman Burung Botak Kecil atau Burung Upih, burung terbesar yang terdapat di Malaysia.
Hmmmmm, tahukan kita bahawa Negeri Perak juga mempunyai 10 spesis burung Enggang? extra 2 spesis dari yang terdapat di Serawak.
Di Kuala Gula menjadi kediaman Burung Botak Kecil atau Burung Upih, burung terbesar yang terdapat di Malaysia.
Hmmmmm, tahukan kita bahawa Negeri Perak juga mempunyai 10 spesis burung Enggang? extra 2 spesis dari yang terdapat di Serawak.
Burung di Sentuari Burung Kuala Gula dan Kuala Sepetang Perak |
Gunung, bukit batu kapur, sungai dan gua
Apabila kita menggunakan Lebuhraya PLUS,
gunung dan bukit batu kapur yang cantik dapat dilihat seawal Gopeng dan hingga
ke Simpang Pulai. Seterusnya Gunung Bubu dapat dilihat sebaik melepasi Terowong Menora jika kita menghala ke Utara. Di Gopeng juga terdapat banyak sungai dan dari lebuhraya ini
juga kita dapat saksikan pemandangan air terjun dari jauh dan sudah tentu
sangat tinggi.
Gua Betapa Batu Kurau Perak |
Terdapat amat banyak air terjun di Perak. Di Gopeng juga terdapat tarikan
pelancung dengan aktiviti outdoor seperti caving di Gua Tempurung dan white
water rafting.
Air Terjun Lata Puteh Ijok Perak |
Sampan
Satu scene dimana Kajol dan
Shahrul Khah di atas sampan. Hmmm tak terbilang tempat untuk kita mendayung
sampan. Banyak taman tasik dan taman rekriasi di Perak dan yang paling popular
adalah Taman Tasik Taiping.
Bila menonton scene ini kita
dapati angin sentiasa meniup selendang Kajol. Suasana begini juga dapat kita
rasai jika ke Kuala Sepetang. Antara sebab mengapa ia pernah dijadikan
pelabuhan adalah sifatnya yang sentiasa berangin dan menjadi aset utama untuk
menggerakkan kapal-kapal layar waktu itu. Bila ke Kuala Sepetang, jangan ingat
nak makan mi udang saja. Di sini ada ikan lumba-lumba berwarna merah jambu
hidup liar di perairan Kuala Sepetang.
Iceberg
Tidak perlulah membohongi diri,
kerana iceberg memang tidak ada di Malaysia. Kajol dan Shahrul Khan pun nampak terlalu kesejukan semasa pengambaran. Mungkin juga tak sesuai kita untuk ke kutub. Walaupun di Malaysia tak ada iceberg tetapi di Taiping ada ni.
Sangat populer dan mesti cuba |
Jadi jom kita rasai keindahan Dilwale Gerua Negeri Perak.
Dekat je semua ni
No comments:
Post a Comment