22 April 2017. Ini
adalah kali pertama saya menerima aktiviti perkemahan. Selain aktiviti
outdoor yang biasa kami kendalikan. Berbeza kali ini adalah peserta
diminta untuk bermalam di dalam kemah yang kebiasaanya
dalam pakej kami adalah bermalam di hotel, chalet atau homestay.
Hari Pertama
Ketibaan peserta di Stesen Keretapi (ETS) dari Pulau Pinangdisambut dan diselia oleh Pemandu Pelancung Terbaik peringkat Negeri Perak 2015 dan mereka dibawa ke tapak perkemehan di Batu Kurau dengan bas.
Pada waktu yang sama petugas telahpun memasang kemah di tapak perkemahan dan membahagikan keperluan logistic yang bakal diguna peserta.
Sebaik tiba, peserta dibahagikan kepada 4 kumpulan terdiri dari 10 orang setiap peserta.
Seperti
yang dijadualkan tugasan pertama mereka adalah menyediakan makan
tenghari. Tugasan ini tidak Nampak sukar bagi mereka. Hanya mereka tidak
melantik ketua bagi kumpulan masing-masing.
Maka perbagai gaya dan kelewatan membuat keputusan untuk menu apa yang
hendak dimasak.
Pada
waktu lapang ini saya memberikan tip-tip bagaimana untuk mengiuhidupkan
api tanpa mancis dan membuat unggun api. Seterusnya memberi kelebihan
extra satu dapur kepada yang mengikuti sesi
ini. Tentu saja mereka dapat menyiapkan lauk dengan lebih cepat dari
kumpulan lain.
Tepat
jam 3pm selepas semua menyelesaikan tugas memasak dan makan tengahari
termasuk menunaikan kefarduan. Aktiviti merentas hutan dan menggua pun
bermula.
Masa
untuk aktiviti ini saya kira terlalu singkat iaitu 2 jam ½. Berbanding
dengan aktiviti kami sebelum ini di lenggong yang mengambil masa 1 hari.
Maka banyak laluan terpaksa dipendekkan untuk
memenuhi keperluan masa.
Di
dalam perjalanan beberapa pokok hutan, pokok-pokok herba dan pokok-pokok
yang boleh dimakan diperkenalkan. Antara yang menerik adalah Pokok
Sentang, Beka, Lemba, Salang dan lain-lain. Merasa
daun Sentang dan pucuk Gelugur menjadi pengalaman mereka yang saya
jamin tidak akan dilupa.
Saya
mengambil alih aktiviti menggua walaupun jelajah hutan ini diketuai oleh
Guide En Din. Pembahagian tugas itu dibuat agar perjalanan aktiviti
lebih terurus.
Untuk aktiviti menggua, saya dibantu oleh Cikgu Aziz, Myra dan Ija. Hanya 2 gua saja dapat diteroka akibat kekangan masa.
Sebaik
tiba di kaki bukit menuju ke Gua Tapa saya membahagi peserta kepada 2
kumpulan. Cikgu Aziz, Myra dan Ija mengendalikan aktiviti di Gua Tapa
manakala saya membawa separuh dari peserta
ke Gua Kelawar.
Perjalanan
ke Gua kelawar nampak menerujakan kepada peserta kerana mereka terpaksa
meranduk sungai yang sedalam +-2 kaki. Kelihatan wajah-wajah risau
apabila sampai di muka Gua Kelawar apatah
lagi pintu gua ini sangat kecil. Lebih kurang 4 kali diameter.
Alhamdulilah
aktiviti di Gua Kelawar untuk kumpulan ini selesai dengan selamat dan
saya membawa mereka keluar melalui pintu lain yang kemudiannya bergabung
dengan kumpulan yang menjalankan aktiviti
di Gua Tapa.
Timing
untuk 2 kumpulan ini sangat baik. Kerana sebaik kumpulan dari Gua
Kelawar Sampai, aktiviti di Gua Tama pun baru sahaja selesai. Saya
mengambil alih kumpulan Gua Tapa dan mengulangi aktiviti
di Gua Kelawar.
Gua
Tapa mempunyai pintu yang lebih kecil berbanding Gua Kelawar. Hanya 2
kali diameter dan perlu merangkak untuk masuk. Aktiviti meneroka Gua
Tapa lebih menggerunkan da nada peserta yang tidak
mahu mengikutinya. Walau bagaimanapun atas semangat yang diberi
kawan-kawan mereka semuanya menamatkan aktiviti dan yang keberatan untuk
menyertai aktiviti pun tersenyum puas.
Hujan
turun dengan lebat sebaik sebelum aktiviti tamat. Hujan pula agak lebat
dan telah lama turun. Memandangkan masa amat mencemburui rombongan ini
saya membuat keputusan untuk meneruskan perjalanan
balik dalam hujan.
Telahpun
kami memaklumkan kepada peserta rombongan bahawa mereka akan
beraktiviti di lokasi berdekatan dengan Taiping dimana taburan hujan
adalah 2 kali lebih tinggi dari kawasan lain di Malaysia.
Dan beraktiviti di dalam hujan tidak dapat dielakkan.
Tiba
di tapak perkemahan dan selepas menunaikan yang wajib peserta memulakan
aktiviti berikutnya seperti di dalam jadual iaitu memasak untuk makan
malam.
Saya
telah memberi hint kepada pembekal untuk menyediakan nasi lebih sedikit
(Hanya nasi disediakn oleh pengurus program manakala lauk perlu dimasak
sendiri). Saya yakin peserta akan lebih berselera
selepas melaksanakan aktiviti luar yang panjang dan ada yang mengambil
kesempatan mandi sungai semasa menunggu rakan-rakan meraka mengahabiskan
aktiviti menggua. Meraka dibenarkan mandi sungai yang mengalir di tepi
gua setelah berpura-pura terjatuh ke dalam
sungai…… macam lah kami tak tahu trik tu.
Hint saya betul kerana nasi habis dan terpaksa dimasak kali ke 2.
Slot
antara jam 8malam hingga 10 malam adalah slot yang dikendalikan sendiri
oleh sekolah. Walau bagaimanapun untuk ilmu saya turun hadir untuk
mendengan sesi perkongsian ilmu yang disampaikan
oleh En Hasanul Fairuz bertajuk “Bicara Pemimpin Sang Penakluk”.
Sebelum
sesi ini tamat saya meninggalkan dewan dan membuat final touch
persiapan berjalan malam. Alahamdulillah hujan berhenti sebaik kami
memulakan aktiviti berjalan malam.
Santai
sahaja aktiviti ini yang mana isinya boleh juga diperoleh di dalam
kuliah tetapi menjadi lebih menarik jika dilakukan berhampiran dengan
alam. Pada waktu yang sama saya membuktikan bagaimana
manusia ciptaan Maha Esa itu sangat hebat dan peserta perlu
mengekplitasi kehebatan itu untuk diri mereka sendiri.
Aktiviti
berjalan mala mini dibantu oleh Cikgu Khairul yang mahir dengan
serangga yang terdapat di kawasan ini. Cikgu Aziz yang bertindak sebagai
juru photo dan dibantu oleh Cik Ija dan Myra.
Kami
lepaskan peserta untuk berehat sebaik tamat program berjalan malam. Saya
sangkakan mereka akan terus saja berehat tetapi mereka terus dengan
aktiviti bebas dan kebanyakannya mengambil peluang
untuk memasak. Memang pun dari pengalaman kami, untuk sesi perkemahan 2
hari 1 malam, menjadi kebiasaan peserta tidak tidur pada malam pertama.
Hari Ke 2
Kami
mulakan aktiviti pertama pada pagi ini dengan program pemerhatian
burung. Aktiviti dimulakan sebaik semua telah menyelesaikan kefarduan.
Ini
adalah kami pertama peserta dapat melihat Sungai Sungai Kurau yang
airnya sangat jernih. Mereka tidak melalui jalan ini semasa aktiviti
merentas hutan semalam dan semasa berjalan malam pula
terlalu gelap untuk melihat sungai ini dengan jelas. Maka kedengaran
lah bisikan “Boleh Mandi tidak”? apatah lagi pengunjung ke kawasan lata
ini semakin ramai walaupun hari masih pagi.
Semua
program ditamatkan pada tepat jam 9 pagi dan semua peserta mula
mengemas kelengkapan diri dan mereka mula berangkat untuk aktiviti
berikutnya di Bandar Taiping pada jam 11 pagi.
Selamat
tinggal semua dan kami berhap semua pengalaman yang diperoleh dapat
memberi keyakinan untuk membuat keputusan pada hari- hari mencabar
kehidupan kelak.
Selamat maju jaya dan jumpa lagi.