Pengenalan
Tulisan ini adalah untuk memberi kefahaman kepentingan sarap
di dalam ekosistem hutan paya laut yang meyumbang kepada rantaian makanan
melalui penceritaan yang mudah.
Mengaitkan sarap (suatu yang difikirkan tiada harga kepada
manusia) tentang kesan kepada manusia jika ia terkeluar dari rantaian
pemakanan.
Isi
Tidak ada apa yang menaik disini bagi pandangan biasa
sesetenah orang. Malah tempat ini dipenhi daun-daun kering tidak terurus.
Secara semulajadi apabila sampai masanya setiap pokok akan menggugurkan
daunnya yang telah tua dan daun kering kering itu terkumpul seperti di lantai
hutan ini.
Fungsi daun kepada pokok adalah membuat makanan melalui
proses fotosintisis dimana cahaya matahari dan karbon dioksida menjadi resepi
utama.
Menariknya bahan buangan dari proses fotosintisi ini adalah
oksigen. Bayangkan jika tiada pokok di dunia, dengan apa kita akan bernafas.
Kita sedia maklum tenaga tidak boleh dimusnahkan, ia hanya
boleh diubah kepada bentuk lain. Contoh tenaga cahaya melalui proses fotosintis
ditukar menjadi tenaga kimia dan disimpan di dalam setiap bahagian pokok.
Maka simpanan tenaga ini menjadi bahan makananan kepada
hidupan lain termasuk manusia. Tidak semua bahagian pokok itu dimakan semasa ia
hidup. Ada antaranya gugur seperti daun-daun di lantai hutan. Ada juga ranting
dan dahan yang turut mati dan gugur.
Proses pereputan akan berlaku dan pokok akan mengeluarkan akar-akar halus untuk
mendapatkan kembali nutrisi dari sarap. Proses pereputan ini akan menukar sarap
kepada kompos secara semula jadi dan menjadi baja kepada pokok asal.
Sarap di lantai hutan juga menjadi habitat kepada hidupan
mikro dan menjadi tapak pembenihan beberapa spisis hidupan. Tentunya nyamuk
akan bertelur pada daun-daun kering yang ditakungi air. Di kawasan lembat hutan
paya laut ini akan menarik lebih banyak haiwan kecil untuk membiak. Antaranya
ketam dan udang.
Disokong dengan air pasang dan surut ia mumudahkan induk
haiwan dating ke kawasan ini. Anak-anak haiwan ini akan mejadikan sarap ini
sebagai tempat perlindungan. Tetapi ia tidak sentiasa selamat dari pemangsa
lain. Air pasang dan surut juga akan
menjadi jambatan kepada pemangsa yang lebih besar. Maka rantaian makanan
terujudkan.
Bermula dari proses fotosintisis, kemudian memjadi baja
kompos untuk pokok, perlindngan kepada hidupan makro yang menjadi sumber
makanan kepada hidupan lain antaranya ikan, udang dan ketam yang juga
melibatkan kita manusia di dalam rangkaian makanan itu.
Haiwan-haiwan yang hidup di dalam hitan ini juga membanyu
ekosistem yang melibatkan sarap. Najis haiwan sangat membantu proses kompos dan
mempunyai nutrisi makanan kepada hidupan mikro.
Kesimpulan
Sarap, walaupun dilihat sebagai tiada nilai kepada manusia,
tetapi ia memain perana yang sangat besar kepada kehidupan dan manusia. Hanya
yang mengambil tahu dan mencintai alam akan memahami keperluan untuk hidup
secara beersama.
Kehadirannya membantu kepada kesihatan pokok yang
menghasilkan oksigen untuk manusia dan haiwan lain untuk bernafas dan menjadi
tapak pembenihan hidupan seterusnya menjadi sumber makanan kepada manusia.
No comments:
Post a Comment