Kami Sepetang EM

Sepetang Event Management “Sepetang EM”

Tunjang perniagaan kami adalah pengurusan acara atau majlis “Event Management”. Dari sekecil majlis pertunangan hinggalah ceramah mega.

Tawaran perkhimatan kami secara amnya adalah penyelesaian menyeluruh acara atau majlis pelanggan kami.

Dari penyediaan tapak, khemah, pengangkutan, petugas, tempat penginapan tetamu, promosi, jemputan. Pendek kata pelanggan kami hanya perlu nyatakan tarikh dan jumlah peserta pada majlis mereka dan kami akan pastikan acara atau majlis pelanggan kami terlaksana dan mendapat pujian tetamu.

Monday 22 February 2016

Dilwale Gerua Negeri Perak

Sebelum membaca tulisan ini saya amat menyarankan agar ditonton dahulu klip video ini. 

 

Viral kepada peminat filem terutama filem hindi kini tentang filem Delwale. Dan secara kebetulan ada yang tag muzik video Dilwale Gerua pada FB saya. 

Pada awal tayangan saya sudah teruja dengan permandangan lokasi penggambaran muzik video ini. Sebaik saja 4 minit 48 saat habis terus terlintas betapa bertuahnya kita di Malaysia mempunyai permandangan alam yang seindah lokasi pengambaran tersebut.

Berikut adalah yang secara sepintas lalu apa yang ditayangkan di dalam muzik video tersebut:
  • Bangkai kapal terbang
  • Air tasik yang tenang seperti cermin
  • Burung-burung
  • Gunung-ganang
  • Sampan
  • Air Terjun
  • Gua
  • Iceberg
Rakyat Perak tentu berbangga kerana semua permandangan di atas boleh dinikmati di Negeri Perak dengan tidak menafikan ada juga di negeri-negeri lain.


Bangkai Kapal Terbang
Jauh dalam pendalaman di Bruas terdapat satu bangkai kapal terbang era Perang Dunia Ke 2


Bangkai Kapal Terbang di Bruas Perak
Air tasik yang tenang seperti cermin
Tidak jauh dari Bandaraya Ipoh, dengan kedudukan dikelilingi oleh gunung dan bukit batu kapur menyebabkan tiupan angin sangat kurang dan menjadikan air di tasik ini sangat tenang.

Seterusnya menyebabkan permukaan air tenang ini memantulkan semula imej sekitarnya seperti sebuah cermin.
Tasik Cermin Ipoh Perak

Pantai
Banyak pantai di Perak dan antara paling populer adalah di sekitar daerah Manjung. Segari, Teluk Senangin, Pasir Bogak di Pulau Pangkur dan lain-lainnya.

Di Kuala Sepetang juga terdapat pantai yang terhasil dari 100% kulit siput terutama kulit kerang.

Burung-burung
Di utara Perak, Kuala Gula merupakan R&R bagi burung hijrah. Selain burung tempatan yang sangat banyak. Burung Bangau kecil dan besar sangat mudah dilihat di sini. Tentunya susasana seperti di dalam music video boleh dialami.

Di Kuala Gula menjadi kediaman Burung Botak Kecil atau Burung Upih, burung terbesar yang terdapat di Malaysia.

Hmmmmm, tahukan kita bahawa Negeri Perak juga mempunyai 10 spesis burung Enggang? extra 2 spesis dari yang terdapat di Serawak.
Burung di Sentuari Burung Kuala Gula dan Kuala Sepetang Perak
Gunung, bukit batu kapur, sungai dan gua
Apabila kita menggunakan Lebuhraya PLUS, gunung dan bukit batu kapur yang cantik dapat dilihat seawal Gopeng dan hingga ke Simpang Pulai. Seterusnya Gunung Bubu dapat dilihat sebaik melepasi Terowong Menora jika kita menghala ke Utara.  Di Gopeng juga terdapat banyak sungai dan dari lebuhraya ini juga kita dapat saksikan pemandangan air terjun dari jauh dan sudah tentu sangat tinggi.
Gua Betapa Batu Kurau Perak
  
Terdapat amat banyak air terjun di Perak. Di Gopeng juga terdapat tarikan pelancung dengan aktiviti outdoor seperti caving di Gua Tempurung dan white water rafting.
Air Terjun Lata Puteh Ijok Perak
 
Sampan
Satu scene dimana Kajol dan Shahrul Khah di atas sampan. Hmmm tak terbilang tempat untuk kita mendayung sampan. Banyak taman tasik dan taman rekriasi di Perak dan yang paling popular adalah Taman Tasik Taiping.

Bila menonton scene ini kita dapati angin sentiasa meniup selendang Kajol. Suasana begini juga dapat kita rasai jika ke Kuala Sepetang. Antara sebab mengapa ia pernah dijadikan pelabuhan adalah sifatnya yang sentiasa berangin dan menjadi aset utama untuk menggerakkan kapal-kapal layar waktu itu. Bila ke Kuala Sepetang, jangan ingat nak makan mi udang saja. Di sini ada ikan lumba-lumba berwarna merah jambu hidup liar di perairan Kuala Sepetang.
 


Iceberg
Tidak perlulah membohongi diri, kerana iceberg memang tidak ada di Malaysia. Kajol dan Shahrul Khan pun nampak terlalu kesejukan semasa pengambaran. Mungkin juga tak sesuai kita untuk ke kutub. Walaupun di Malaysia tak ada iceberg tetapi di Taiping ada ni.
Sangat populer dan mesti cuba


Jadi jom kita rasai keindahan Dilwale Gerua Negeri Perak.

Dekat je semua ni
 

Kapten Iffat dan keluarga di Kuala Gula

Tak sabar untuk melaksanakan tugasan yang diamanahkan oleh KsET@Khairul Salleh Ahmad pada hari ini. Semua kelengkapan telah siap disusun di dalam kereta seawal selepas subuh tadi. Teruja untuk melaksanakan tugasan ini kerana akan pertama kali merakam aktiviti kumpulan dengan sport cam yang baru.

Tepat jam 11am saya bertolak ke Kuala Gula untuk meyambut Dr Irni Yasin dan keluarga. Dan selepas separuh perjalanan saya baru perasan yang satu bag kelengkapan lagi tertinggal di rumah. Bag ini merupakan kelengkapan telekomunikasi dan segala macam gadget termasuk sport cam yang baru.
Saya tiba di Restoran JS Muara sebuah restoran terapung yang popular dengan hidangan ketam lembut jam 11:50am manakala keluarga Dr Irni Yasin tiba pada jam 12:15pm.

Saya dapat mengagak ini adalah keluarga Dr Irni kerana iras wajah mereka hampir sama semuanya. Walaupun Dr Irni sendiri tiba 5 minit kemudian.

Seperti biasa ucapan salam saya pada semua dan berterima kasih kerana memilih Kuala Gula sebagai distinasi lawatan dan memilih KsET sebagai pengurus program.

Menu makanan tengahari telahpun di pesan melalui SMS terus kepada pemilik restoran dan sementara menunggu hidangan siap, saya membawa keluarga Dr Irni ke sangkar ikan dan memberi sedikit penerangan bagaimana ketam lembut diternak. Keluarga Dr Irni menghabiskan masa di restoran terapung ini untuk makan tengahari dan kemudian menunaikan solat di Mesjid Al Taufiqiah Kuala Gula yang terletak hanya 150 meter dari restoran.

Pada waktu yang sama saya menguruskan bot untuk aktiviti mereka. Ini adalah kali pertama saya bertemu dengan En Tan-guide yang akan membawa keluarga ini. Saya telah beberapa kali cuba untuk mendapatkan khidmat En Tan untuk pelanggan sebelumnya tetapi jadual beliau sering penuh. Saya telah lama mengenali repotasi En Tan melalui rakan saya Puan Cho Swee Teng (City guides di Pulau Pinang). En Tan seorang yang sangat mahir mengenai burung dan boleh mengenal nama burung hanya dengan memerhati paten burung itu terbang walaupun pada jarak yang jauh.

Kami memulakan pelayaran dengan dua buah bot pada jam 2:30petang dengan menyusuri perkampungan nelayan Kuala Gula. En Tan menceritakan aktiviti ekonomi dan hasil tangkapan nelayan di sini iaitu udang. Serta cara udang ditangkap dan dibersihkan.

Juga menyusuri beberapa sangkar ikan yang menjadi hinggapan burung-burung laut terutama Bangau Besar dan Kecil dan bagaimana membezakan antara bangau ini selain saiz mereka.

Kami meneruskan pelayaran meyususi hutan bakau dan mempelajari ciri-ciri pokok bakau dan mengapa ia boleh hidup pada keadaan yang mencabar dan keistimewaan pokok bakau dan kaitan pokok ini dengan garam. Di sini juga terdapat tapak projek penanaman bakau oleh NGO, organisasi, Institut pengajian tinggi dan pengkaji alam. Dapat dilihat susunan pokok bakau seperti susunan pokok sawit dan getah.

Sebelum memasuki ke kepadatan hutan bakau, keluarga Dr Irni diberi peluang untuk mencuba nasib sebagai nelayan ketam. Mereka dibekalkan dengan 10 tangkul ketam untuk dilabuhkan. Saya dari awal lagi memaklumkan yang semua tangkul ketam ini perlu disediakan sendiri, saya hanya akan menunjukkan demo.

Paling teruja untuk aktiviti ini ialah Iffat anak kepada En Hasrul dan Dr Irni. Adik Iffat melabuhkan 4 daripada 10 tangkul itu.
Selepas aktiviti melabuh tangkul ketam, kami meneruskan pelayaran masuk lebih dalam ke hutan paya bakau. Sepanjang pelayaran ini kami dilihatkan oleh alam haiwan liar seperti biawak dan kera. Kera dari spesis Macaca Fascicularis ini pandai menangkap ketam dan boleh berenang. Nasihat daripada En Tan bahawa kami sedang memasuki rumah kepada haiwan-haiwan ini, elakkan dari memakai apa-apa yang berwana merah.

Kami belayar hingga kedalaman kuala air terlalu cetik untuk meneruskan pelayaran dan berpatah balik. Di sini juga kami dipersembahkan oleh alam seeokar burung yang diancam kepupusan, burung terbesar yang terdapat di Malaysia iaitu Burung Botak Kecil yang terbang rendah di sisi bot kami. Sepanjang pelayaran ini juga kami dipersembahkan dengan pelbagai burung tempatan dan hijrah yang berehat di sini yang dalam penerbangan dari Siberia ke Australia.

Kami juga dipertonkan dengan sebuah sarang burung helang merah (Brahminy Kite) yang dibina menggunakan ranting ranting pokok. En Tan sangat bersungguh untuk memperkenalkan spesis burung-burung dan sanggup berpatah balik apabila beliau ternampak burung yang cantik iaitu Burung Raja Udang (White Collared Kingfisher).

Kami mengakat kembali tangkul-tangkul ketam yang telah dilabuhkan. Saya galakkan semua mengambil pengalaman ini selepas saya menunjukkan demo. Tetapi aktiviti ni sekali lagi dimonopoli oleh adik Iffat.
Cuaca tidak mengizinkan dan hujan mula turun sebaik kami habis menaikkan tangkul ketam. Masa yang terlalu pendik melabuhkan tangkul juga tidak sempat memerangkap ketam. Mungkin Dr Irni akan cuba lagi di masa akan datang.

Semasa pelayaran balik En Tan telah memberi peluang kepada keluarga ini untuk mengemudi bot. Dr Irni dan Adik Iffat adalah antara Kapten kami pada pelayan balik.

Kami belabuh semula di Restoran Terapung JS Muara dan mengucapkan selamat jalan kepada keluarga ini yang akan bermalam di Taiping dan saya berjanji akan share lokasi menarik untuk dilawati di sekitar Bandar Taiping.

Terima kasih dari saya dan KsET dan jumpa lagi.

Maaf kerana belum ada gambar untuk dikongsikan sementara menunggu share dari En Tan.

Wednesday 10 February 2016

Hanya Sekadar Daun Kering-Sarap

Pengenalan

Tulisan ini adalah untuk memberi kefahaman kepentingan sarap di dalam ekosistem hutan paya laut yang meyumbang kepada rantaian makanan melalui penceritaan yang mudah.

Mengaitkan sarap (suatu yang difikirkan tiada harga kepada manusia) tentang kesan kepada manusia jika ia terkeluar dari rantaian pemakanan.

Isi

Tidak ada apa yang menaik disini bagi pandangan biasa sesetenah orang. Malah tempat ini dipenhi daun-daun kering tidak terurus.

Secara semulajadi apabila sampai masanya setiap pokok akan menggugurkan daunnya yang telah tua dan daun kering kering itu terkumpul seperti di lantai hutan ini.

Fungsi daun kepada pokok adalah membuat makanan melalui proses fotosintisis dimana cahaya matahari dan karbon dioksida menjadi resepi utama.

Menariknya bahan buangan dari proses fotosintisi ini adalah oksigen. Bayangkan jika tiada pokok di dunia, dengan apa kita akan bernafas.

Kita sedia maklum tenaga tidak boleh dimusnahkan, ia hanya boleh diubah kepada bentuk lain. Contoh tenaga cahaya melalui proses fotosintis ditukar menjadi tenaga kimia dan disimpan di dalam setiap bahagian pokok.

Maka simpanan tenaga ini menjadi bahan makananan kepada hidupan lain termasuk manusia. Tidak semua bahagian pokok itu dimakan semasa ia hidup. Ada antaranya gugur seperti daun-daun di lantai hutan. Ada juga ranting dan dahan yang turut mati dan gugur.
Proses pereputan akan berlaku dan  pokok akan mengeluarkan akar-akar halus untuk mendapatkan kembali nutrisi dari sarap. Proses pereputan ini akan menukar sarap kepada kompos secara semula jadi dan menjadi baja kepada pokok asal.

Sarap di lantai hutan juga menjadi habitat kepada hidupan mikro dan menjadi tapak pembenihan beberapa spisis hidupan. Tentunya nyamuk akan bertelur pada daun-daun kering yang ditakungi air. Di kawasan lembat hutan paya laut ini akan menarik lebih banyak haiwan kecil untuk membiak. Antaranya ketam dan udang.

Disokong dengan air pasang dan surut ia mumudahkan induk haiwan dating ke kawasan ini. Anak-anak haiwan ini akan mejadikan sarap ini sebagai tempat perlindungan. Tetapi ia tidak sentiasa selamat dari pemangsa lain.  Air pasang dan surut juga akan menjadi jambatan kepada pemangsa yang lebih besar. Maka rantaian makanan terujudkan.

Bermula dari proses fotosintisis, kemudian memjadi baja kompos untuk pokok, perlindngan kepada hidupan makro yang menjadi sumber makanan kepada hidupan lain antaranya ikan, udang dan ketam yang juga melibatkan kita manusia di dalam rangkaian makanan itu.

Haiwan-haiwan yang hidup di dalam hitan ini juga membanyu ekosistem yang melibatkan sarap. Najis haiwan sangat membantu proses kompos dan mempunyai nutrisi makanan kepada hidupan mikro.

Kesimpulan

Sarap, walaupun dilihat sebagai tiada nilai kepada manusia, tetapi ia memain perana yang sangat besar kepada kehidupan dan manusia. Hanya yang mengambil tahu dan mencintai alam akan memahami keperluan untuk hidup secara beersama.

Kehadirannya membantu kepada kesihatan pokok yang menghasilkan oksigen untuk manusia dan haiwan lain untuk bernafas dan menjadi tapak pembenihan hidupan seterusnya menjadi sumber makanan kepada manusia.

Monday 1 February 2016

Lata Puteh-“Bertuahnya Orang Ijok, Selama"

“Bertuahnya Orang Ijok, Selama” ungkapan dalam hati bila sampai di Lata Puteh.

Teruja dengan seorang kenalan di FB, bukan kerana beliau juga seorang pencinta alam tetapi kerana beliau mencari lokasi yang mendamaikan seorang diri. Satu protokal yang mungkin tidak akan boleh saya ikuti.

Ingin sangat untuk mengetahui dan mendapat ilmu dari beliau bagaimana menjejaki hutan seorang diri.

Saya dan En Shafiqi  pada mulanya berbalas massaging melalui FB, kemudian WhatApp dan akhirnya terus membuat temujanji untuk ke Lata Puteh, lokasi lapangan untuk menilai dan mengambil pengalaman.

Seawal sebelum subuh janjinya kami akan bertolak dan akan bersolat subuh di Mesjid Batu Kurau, sebuah pekan kecil 23km ke utara Bandar Taiping.

Kami bergabung dengan 10 orang lagi dari Sri Iskandar dan bersarapan di Pekan Batu kurau sebelum meneruskan perjalanan sejauh 30km menghala ke pekan Ijok.

Sepanjang perjalanan kami disajikan dengan pemandangan hutan, kebun-kebun buah-buahan, sawah dan kampong tradisi. Terdapat juga rumah-rumah yang cantik daripada budaya yang diwarisi dari masyarakat Petani Thailand. Malah masyarakat di sini berbahasa melayu dengan dialeg petani.

Tidak sedar yang kami telah sampai di lokasi. Lata Puteh menyembunyikan dirinya dan hanya selepas turun dari kenderaan baru dilihatkan Lata Puteh dengan kecerunan pandangan +-50 darjah dari jalan raya tempat kami parking.

Selepas membuat senaman regangan ringan secara sendiri, En Shafiqi memandu kami menuju lokasi. Saya membuat keputusan untuk berada di posisi akhir secara sukarela membantu En Shafiqi  sebagai sweeper.

Lata Puteh sangat pemalu, sepanjang perjalanan mendaki tidak langsung menunjukkan dirinya dan sentiasa berselindung di sebalik pokok hutan yang tebal.

Selepas 20 minit mendaki saya dikejutkan dengan jeritan demi jeritan dari rakan-rakan di hadapan. Saya yakin bukan jeritan cemas kerana diselang-seli dengan laungan takbir dan lebih kepada jeritan keterujaan.

Memang Lata Puteh pandai bersembunyi. Sebaik saya melintasi rimbunan pokok mengkuang yang bertindak seperti tirai di hadapan pentas persembahan. Sebaik tirai dibuka maka Lata Puteh dengan megah mempamirkan dadanya yang begitu luas. ………………………… speechless.







 
Biar gambar-gambar ini saja yang menggambarkan ………………………… speechless.

Lama juga kami di sana mengambil sebanyak mungkin gambar sementara menunggu matahari naik pada sudut yang betul untuk membiaskan percikan Lata Puteh dan membentuk pelangi ………………………… speechless.

Saya sangat berpuashati di tingkat ini dan ada 2 lagi tingkat air terjut di Lata Puteh. Kami dihalang oleh masa dan jarak perjalan yang mencabar untuk ke tingkat 2 dan 3, walaupun sangat teruja untuk naik ke atas.

Kami berangkat pulang dan mengucapkan selamat jalan kepada En Uzaer dan Rakan kenalan baru dari Seri Iskandar setelah saya menunjukkan lokasi Gua Kelawar untuk mereka terus beraktiviti di sebelah petang.

Terima kasih juga kepada En Mohd Shafiqi Bin Zakaria seorang guide paling muda yang pernah saya ikuti dan yang sangat mahir dengan keunikan air terjun khasnya di Perak dan amnya Malaysia.

Cantik sungguh alam ini dan bersyukur kerana tidak perlu pergi jauh untuk meninggalkan sementara masalah dan bebanan kerja. Ringan rasanya kepala ini setelah menikmati keindahan alam.

Bertuahnya kepada yang pandai mencari dan “Bertuahnya Orang Ijok, Selama”.