Kami Sepetang EM

Sepetang Event Management “Sepetang EM”

Tunjang perniagaan kami adalah pengurusan acara atau majlis “Event Management”. Dari sekecil majlis pertunangan hinggalah ceramah mega.

Tawaran perkhimatan kami secara amnya adalah penyelesaian menyeluruh acara atau majlis pelanggan kami.

Dari penyediaan tapak, khemah, pengangkutan, petugas, tempat penginapan tetamu, promosi, jemputan. Pendek kata pelanggan kami hanya perlu nyatakan tarikh dan jumlah peserta pada majlis mereka dan kami akan pastikan acara atau majlis pelanggan kami terlaksana dan mendapat pujian tetamu.

Monday 16 February 2015

Lawatan Sepetang Keluarga En Bakar Dari Ipoh



Panggilan telefon dari En Bakar diterima awal tengahari 15 Feb 2015 membuat pengesahan beliau dan keluarga akan hadir sepetang di Kuala Sepetang.

Dengan nada teruja beliau berpesan mereka tidak mahu singgah di mana-mana dan ingin terus makan tengahari  makanan popular tempatan, Mee Udang Banjir.

Terus saja saya dan isteri bawa mereka ke Salleh Stall mee udang di Hujung pekan Kuala Sepetang. Hidangan pelbagai dari Mee, Kueh Tiew Bihun yang digoreng dan tradisi banjir.

Satu komen dari anak sulung En Bakar, Intan “Susah nya nak makan, banyak sangat udang”. Saya senyum sajalah.

Perbualan di meja makan berkisar pemandangan yang boleh dilihat dari gerai itu. 200 meter dari gerai ini terdapat sebuah hotel  berwarna hitam yang dibumbungnya  terdapat raplika burung helang.

Terus saya tawarkan keluarga ini untuk melihat habitat ini dengan lebih dekat. Mendengar itu anak lelaki En Bakar, Hakim terlompat-lompat gembira.

Sebaik habis makan saya bawa mereka ke tapak Stesen Keretapi Tanah Melayu yang pertama, dibina dan siap untuk diguna pada tahun 1885. Tengah panas pun En Bakar sanggup ambil gambar. Sejarah 130 tahun jangan dilepas peluang.

Selesai solat zohor di surau comel Pusat Eko Pelajaran Hutan Paya Laut, kami berlima dewasa dan 5 lagi kanak-kanak mengambil bot yang dikemudi oleh botmen En Azeman.

Saya sendiri memberi penerangan ringkas flora dan fauna yang terdapat disekitar Sungai Reba. Keluarga ini teruja dengan pemandangan perkampungan nelayan dan aktiviti nelayan. Permandangan menarik pantai buatan hasil dari buangan kulit kerang yang memutih dan tapak sejarah Dermaga Keretapi Tanah Melayu.

Setelah kami bersauh di Sungai Sepetang, sekumpulan lebih kurang 40 ekor helang mula datang. Jumlah yang banyak ini terdetik dihati “Samada helang akan takut dengan kami dengan bunyi bising ketawa dan sorakan atau kami beredar kerana ketakutan pada helang yang banyak”. Nampaknya keluarga ini terdiri dari mereka yang berhati waja.


Kami menanti beberapa ketika, manalah tahu jika keluarga ini bernasib baik dapat melihat ikan lumba-lumba. Hmmm ikan lumba-lumba tak tak hadir waktu ini.
 
Kami beredar setelah beberapa minit, terus ke jeti bot Pusat Eko Pelajaran Hutan Paya Laut, berehat sebentar dan terus ke titi untuk menyusuri hutan paya bakau.

Titi sepanjang 1.2km ini dibina dengan kayu menembusi hutan bakau yang diurus dengan baik oleh pejabat hutan. Pelbagai peringkat umur pokok Bakau Kurap dan Bakau Minyak, juga bakau dari rumpun keluarga berbeza serta pelbagai jenis pokok herba ada di sini.

Malangnya tiada fauna ditemui. Mungkin cuaca masih panas. En Bakar pun tak sanggup berjalan 1.2km dan berpatah balik setelah 100 meter berjalan kaki. Anak-anak beliau menarik muka masam.

Kerana ada temujanji lain, En Bakar, Isteri dan 6 orang anak mereka terpaksa dilepas pulang tanpa dapat mengunjungi banyak lagi tempat menarik di sini.

Walaupun pokok Berus Mata Buaya-Bruguiera Hainesii yang disemai di tepi jalan juga tak sempat diziarah.

Terima kasih En Abu Bakar Md Noor harap datang lagi.

Saturday 14 February 2015

Berus Mata Buaya@Bruguiera Hainesii



 
Setelah dikuatiri pupus spesis ini ditemui di hutan dara Pulau Sangga Kecil. Status dipulihkan kepada hampir pupus. Hanya tinggal dalam lingkungan 200 pokok seluruh dunia. Dan di Malaysia, di Kuala Sepetang tinggal 2 sahaja yang dewasa.

Pusat Eko Pelajaran Hutan Paya Laut sedang mengumpul benih dan menyemai. Anak-anak Bruguiera Hainesii boleh dilihat dengan mudah. 

Jom ke Kuala Sepetang. Cari Berus Mata Buaya@Bruguiera Hainesii

Lagi di sini sini

Monday 2 February 2015

Iglu Kutup Utara, Tanur Kuala Sepetang

Tak perlu hingga ke Kutup Utara untuk melihat Iglu, Di Kuala Sepetang pun ada Iglu. Cuma orang Malaysia panggil Tanur dan tanur ni panas untuk mengeringkan bakau untuk dijadikan kayu arang.

Bukan sekadar kuyu arang, industri ini juga menghasilkan produk sampingan yang menarik.

Jom ke Kuala Sepetang cari ikan lumba-lumba warna kuning dan timba ilmu.