Kami Sepetang EM

Sepetang Event Management “Sepetang EM”

Tunjang perniagaan kami adalah pengurusan acara atau majlis “Event Management”. Dari sekecil majlis pertunangan hinggalah ceramah mega.

Tawaran perkhimatan kami secara amnya adalah penyelesaian menyeluruh acara atau majlis pelanggan kami.

Dari penyediaan tapak, khemah, pengangkutan, petugas, tempat penginapan tetamu, promosi, jemputan. Pendek kata pelanggan kami hanya perlu nyatakan tarikh dan jumlah peserta pada majlis mereka dan kami akan pastikan acara atau majlis pelanggan kami terlaksana dan mendapat pujian tetamu.

Tuesday 26 September 2023

Lawatan ke Kuala Sepetang: Pakej Tawaran Kami-Pakej G Lawatan Berpendidikan ke Dapur Arang

 

Pemanduan ke Dapur Arang

Terdapat lebih 450 buah tanur arang yang beroperasi di Kawasan Hutan Paya Laut Matang. Fungsi tanur arang ini adalah mengeringkan kayu bakau untuk dijadikan arang kayu.

5 proses akan dilalui sebelum kayu bakau bertukar menjadi arang.

Pelawat akan ditunjukkan 5 proses tersebut sehingga terjadinya produk utama iaitu arang kayu dan juga bahan sampingan yang terhasil.

Akhirnya apakah factor ekonomi sehingga industri arang kayu ini boleh bertahan sejak tahun 1930 lagi.

Durasi lawatan adalah antara 30 hingga 45 minit.

RM50.00 untuk maksima 14 orang peserta.