“Bertuahnya Orang Ijok, Selama”
ungkapan dalam hati bila sampai di Lata Puteh.
Teruja dengan seorang kenalan di
FB, bukan kerana beliau juga seorang pencinta alam tetapi kerana beliau mencari
lokasi yang mendamaikan seorang diri. Satu protokal yang mungkin tidak akan
boleh saya ikuti.
Ingin sangat untuk mengetahui dan
mendapat ilmu dari beliau bagaimana menjejaki hutan seorang diri.
Saya dan En Shafiqi pada mulanya berbalas massaging melalui FB,
kemudian WhatApp dan akhirnya terus membuat temujanji untuk ke Lata Puteh,
lokasi lapangan untuk menilai dan mengambil pengalaman.
Seawal sebelum subuh janjinya
kami akan bertolak dan akan bersolat subuh di Mesjid Batu Kurau, sebuah pekan
kecil 23km ke utara Bandar Taiping.
Kami bergabung dengan 10 orang
lagi dari Sri Iskandar dan bersarapan di Pekan Batu kurau sebelum meneruskan
perjalanan sejauh 30km menghala ke pekan Ijok.
Sepanjang perjalanan kami
disajikan dengan pemandangan hutan, kebun-kebun buah-buahan, sawah dan kampong
tradisi. Terdapat juga rumah-rumah yang cantik daripada budaya yang diwarisi
dari masyarakat Petani Thailand. Malah masyarakat di sini berbahasa melayu
dengan dialeg petani.
Tidak sedar yang kami telah
sampai di lokasi. Lata Puteh menyembunyikan dirinya dan hanya selepas turun
dari kenderaan baru dilihatkan Lata Puteh dengan kecerunan pandangan +-50
darjah dari jalan raya tempat kami parking.
Selepas membuat senaman regangan
ringan secara sendiri, En Shafiqi memandu kami menuju lokasi. Saya membuat
keputusan untuk berada di posisi akhir secara sukarela membantu En Shafiqi sebagai sweeper.
Lata Puteh sangat pemalu,
sepanjang perjalanan mendaki tidak langsung menunjukkan dirinya dan sentiasa
berselindung di sebalik pokok hutan yang tebal.
Selepas 20 minit mendaki saya
dikejutkan dengan jeritan demi jeritan dari rakan-rakan di hadapan. Saya yakin
bukan jeritan cemas kerana diselang-seli dengan laungan takbir dan lebih kepada
jeritan keterujaan.
Memang Lata Puteh pandai
bersembunyi. Sebaik saya melintasi rimbunan pokok mengkuang yang bertindak
seperti tirai di hadapan pentas persembahan. Sebaik tirai dibuka maka Lata
Puteh dengan megah mempamirkan dadanya yang begitu luas. ………………………… speechless.
Lama juga kami di sana mengambil
sebanyak mungkin gambar sementara menunggu matahari naik pada sudut yang betul
untuk membiaskan percikan Lata Puteh dan membentuk pelangi …………………………
speechless.
Saya sangat berpuashati di
tingkat ini dan ada 2 lagi tingkat air terjut di Lata Puteh. Kami dihalang oleh
masa dan jarak perjalan yang mencabar untuk ke tingkat 2 dan 3, walaupun sangat
teruja untuk naik ke atas.
Kami berangkat pulang dan
mengucapkan selamat jalan kepada En Uzaer dan Rakan kenalan baru dari Seri
Iskandar setelah saya menunjukkan lokasi Gua Kelawar untuk mereka terus
beraktiviti di sebelah petang.
Terima kasih juga kepada En Mohd
Shafiqi Bin Zakaria seorang guide paling muda yang pernah saya ikuti dan yang
sangat mahir dengan keunikan air terjun khasnya di Perak dan amnya Malaysia.
Cantik sungguh alam ini dan
bersyukur kerana tidak perlu pergi jauh untuk meninggalkan sementara masalah
dan bebanan kerja. Ringan rasanya kepala ini setelah menikmati keindahan alam.
Bertuahnya kepada yang pandai
mencari dan “Bertuahnya Orang Ijok, Selama”.
No comments:
Post a Comment