Tak sabar untuk melaksanakan tugasan yang diamanahkan oleh KsET@Khairul Salleh Ahmad
pada hari ini. Semua kelengkapan telah siap disusun di dalam kereta
seawal selepas subuh tadi. Teruja untuk melaksanakan tugasan ini kerana
akan pertama kali merakam aktiviti kumpulan dengan sport cam yang baru.
Tepat jam 11am saya bertolak ke Kuala Gula untuk meyambut Dr Irni Yasin
dan keluarga. Dan selepas separuh perjalanan saya baru perasan yang
satu bag kelengkapan lagi tertinggal di rumah. Bag ini merupakan
kelengkapan telekomunikasi dan segala macam gadget termasuk sport cam
yang baru.
Saya tiba di Restoran JS Muara sebuah restoran terapung yang popular
dengan hidangan ketam lembut jam 11:50am manakala keluarga Dr Irni Yasin tiba pada jam 12:15pm.
Saya dapat mengagak ini adalah keluarga Dr Irni kerana iras wajah
mereka hampir sama semuanya. Walaupun Dr Irni sendiri tiba 5 minit
kemudian.
Seperti biasa ucapan salam saya pada semua dan
berterima kasih kerana memilih Kuala Gula sebagai distinasi lawatan dan
memilih KsET sebagai pengurus program.
Menu makanan tengahari
telahpun di pesan melalui SMS terus kepada pemilik restoran dan
sementara menunggu hidangan siap, saya membawa keluarga Dr Irni ke
sangkar ikan dan memberi sedikit penerangan bagaimana ketam lembut
diternak. Keluarga Dr Irni menghabiskan masa di restoran terapung ini
untuk makan tengahari dan kemudian menunaikan solat di Mesjid Al
Taufiqiah Kuala Gula yang terletak hanya 150 meter dari restoran.
Pada waktu yang sama saya menguruskan bot untuk aktiviti mereka. Ini
adalah kali pertama saya bertemu dengan En Tan-guide yang akan membawa
keluarga ini. Saya telah beberapa kali cuba untuk mendapatkan khidmat En
Tan untuk pelanggan sebelumnya tetapi jadual beliau sering penuh. Saya
telah lama mengenali repotasi En Tan melalui rakan saya Puan Cho Swee Teng
(City guides di Pulau Pinang). En Tan seorang yang sangat mahir
mengenai burung dan boleh mengenal nama burung hanya dengan memerhati
paten burung itu terbang walaupun pada jarak yang jauh.
Kami
memulakan pelayaran dengan dua buah bot pada jam 2:30petang dengan
menyusuri perkampungan nelayan Kuala Gula. En Tan menceritakan aktiviti
ekonomi dan hasil tangkapan nelayan di sini iaitu udang. Serta cara
udang ditangkap dan dibersihkan.
Juga menyusuri beberapa sangkar
ikan yang menjadi hinggapan burung-burung laut terutama Bangau Besar dan
Kecil dan bagaimana membezakan antara bangau ini selain saiz mereka.
Kami meneruskan pelayaran meyususi hutan bakau dan mempelajari
ciri-ciri pokok bakau dan mengapa ia boleh hidup pada keadaan yang
mencabar dan keistimewaan pokok bakau dan kaitan pokok ini dengan garam.
Di sini juga terdapat tapak projek penanaman bakau oleh NGO,
organisasi, Institut pengajian tinggi dan pengkaji alam. Dapat dilihat
susunan pokok bakau seperti susunan pokok sawit dan getah.
Sebelum memasuki ke kepadatan hutan bakau, keluarga Dr Irni diberi
peluang untuk mencuba nasib sebagai nelayan ketam. Mereka dibekalkan
dengan 10 tangkul ketam untuk dilabuhkan. Saya dari awal lagi
memaklumkan yang semua tangkul ketam ini perlu disediakan sendiri, saya
hanya akan menunjukkan demo.
Paling teruja untuk aktiviti ini
ialah Iffat anak kepada En Hasrul dan Dr Irni. Adik Iffat melabuhkan 4
daripada 10 tangkul itu.
Selepas aktiviti melabuh tangkul ketam,
kami meneruskan pelayaran masuk lebih dalam ke hutan paya bakau.
Sepanjang pelayaran ini kami dilihatkan oleh alam haiwan liar seperti
biawak dan kera. Kera dari spesis Macaca Fascicularis ini pandai
menangkap ketam dan boleh berenang. Nasihat daripada En Tan bahawa kami
sedang memasuki rumah kepada haiwan-haiwan ini, elakkan dari memakai
apa-apa yang berwana merah.
Kami belayar hingga kedalaman kuala
air terlalu cetik untuk meneruskan pelayaran dan berpatah balik. Di sini
juga kami dipersembahkan oleh alam seeokar burung yang diancam
kepupusan, burung terbesar yang terdapat di Malaysia iaitu Burung Botak
Kecil yang terbang rendah di sisi bot kami. Sepanjang pelayaran ini juga
kami dipersembahkan dengan pelbagai burung tempatan dan hijrah yang
berehat di sini yang dalam penerbangan dari Siberia ke Australia.
Kami juga dipertonkan dengan sebuah sarang burung helang merah
(Brahminy Kite) yang dibina menggunakan ranting ranting pokok. En Tan
sangat bersungguh untuk memperkenalkan spesis burung-burung dan sanggup
berpatah balik apabila beliau ternampak burung yang cantik iaitu Burung
Raja Udang (White Collared Kingfisher).
Kami mengakat kembali
tangkul-tangkul ketam yang telah dilabuhkan. Saya galakkan semua
mengambil pengalaman ini selepas saya menunjukkan demo. Tetapi aktiviti
ni sekali lagi dimonopoli oleh adik Iffat.
Cuaca tidak
mengizinkan dan hujan mula turun sebaik kami habis menaikkan tangkul
ketam. Masa yang terlalu pendik melabuhkan tangkul juga tidak sempat
memerangkap ketam. Mungkin Dr Irni akan cuba lagi di masa akan datang.
Semasa pelayaran balik En Tan telah memberi peluang kepada keluarga ini
untuk mengemudi bot. Dr Irni dan Adik Iffat adalah antara Kapten kami
pada pelayan balik.
Kami belabuh semula di Restoran Terapung JS
Muara dan mengucapkan selamat jalan kepada keluarga ini yang akan
bermalam di Taiping dan saya berjanji akan share lokasi menarik untuk
dilawati di sekitar Bandar Taiping.
Terima kasih dari saya dan KsET dan jumpa lagi.
Maaf kerana belum ada gambar untuk dikongsikan sementara menunggu share dari En Tan.
No comments:
Post a Comment