15 Pelajar lelaki, 21
Perempuan Seorang Guru Lelaki dan 2 Guru Perempuan (Jumlah Peserta 39)
Hanya dengan satu
panggilan dan kemudian komunikasi melalui applikasi WhatApp Cikgu Nik Hasnani
dari SMK Nasiruddin Shah Besut Terengganu mengesahkan lawatan dari sekolah
mereka ke Taiping.
Lawatan pula bertemakan
sejarah dan kebetulan Taiping merupakan destinasi yang mempunyai banyak
tinggalan sejarah hingga digelar “Taiping Bandar Warisan”.
Rombongan tiba di Taiping
jam 5:30 pagi dan terus mendaftar masuk ke penginapan mereka. Ialah mereka
telah memulakan perjalanan sejak jam 10pm dari Besut Terengganu. Sesuai untuk
mereka menyegarkan diri dahulu sebelum memulakan aktiviti.
Sepetang EM, telah
menjadualkan aktiviti yang agak padat bagi memberi value for money + jarak yang
dilalui, agar jumlah perbelanjaan dan masa untuk hadir ke Taiping berbaloi.
Antara jeep yang digunakan untuk naik ke puncak Bukit Larut |
Jadual pertama mereka
tentulah sarapan pagi. Lokasi pula di gerai di kaki Bukit Larut. Satu lokasi
popular sebelum mereka memulakan pendakian ke puncak Bukit Larut pada
ketinggian 1036 dari aras laut. Bukit Larut telah ditukar nama kepada Maxwell
Hill sempena nama residen British George Maxwll dan dimajukan sebagai kawasan
rehat tanah tinggi pertama tanah air. Kini nama Bukit Larut diperkenalkan
semula.
Rombongan ini mendaki Bukit
Larut menggunakan 4 buah jeep dan salah satunya dipandu sendiri oleh En Roslee
Ahmad Rafie-Pengurus Pusat Penerangan Bukit Larut.
Pak Abu: Guide dari Jabatan Hutan |
Untuk aktiviti tersebut,
Sepetang EM telah menugaskan 2 orang pemandu pelancung dan untuk memberi
penerangan secara dekat berkenaan sejarah Bukit Larut, En Abu Bakar Mat Saad
(Pak Abu) dan dibantu Puan Kamariah Yusop. Bertuah rombongan ini kerapa Pak Abu
sangat berilmu hal alam dan telah menjadi peserta terbaik Kursus Pemandu
Pelancung Berkemahiran Setemat Tahap II pada tahun 2015.
Pada jam 11 pagi setelah
tamat aktiviti beriadah di atas Bukit Larut, rombongan ini dihidangkan pula
dengan penyegar jiwa. Mereka dibawa untuk menikmati cendol yang popular di
Taiping-Cendol Bismillah. Rugi saya kira jika ke Taiping dan tidak singgah di
warung cendol.
Cendol Bismillah |
Selain Bukit Larut, di
Bandar Taiping ini saja terdapat 39 perkara pertama di Malaysia. Rombongan
tentulah tidak dapat melawat kesemua lokasi tersebut, maka satu aktiviti
hopping dirangka agar kebanyakan lokasi tersebut dapat dilihat dan diberi
penerangan secara dekat. Untuk aktiviti ini Sepetang EM telah menugaskan Puan
Kamariah Yusof sebagai pemandu. Istimewanya Puan Kamariah Yusof telah
berpengalaman selama lebih 20 tahun dalam bidang ini.
Pokok Hujan-hujan, Ikon Taman Tasik Taiping |
Sebelum memulakan
aktiviti sebelah petang, Rombongan berhenti rehat dan makan tenghari di
Restoran Anjung dan disajikan dengan nasi set ayam. Hidangan yang popular kini
dan kemudian singgah untuk solat jamak takdim di Mesjid Simpang.
Walaupun tiada dalam
jadual asal, rombongan ini saya tawarkan untuk ke Muzium Matang. Istimewa
daripada 21 buh muzium di Malaysia 2 darinya berada Matang dan Taiping pada
jarak hanya 12km.
Bangunan yang asalnya
kediaman kepada Ngah Ibrahim pernah menjadi bangunan utama pentadbiran Negeri
Perak, British dan Jepun. Pernah juga menjadi Penjara, Mahkamah, Kolej, sekolah
dan di sini juga Dato Maharajalela dan Si Puntum di jatuhkan hukuman mati dan
dihukum gantung.
Di Perkarangan Muzium Matang |
Rombongan disambut oleh
Puan Nordiana Nordin-Pembantu Muzium dan diberi pererangan sejarah asal muzium
ini dan sejarah Matang dan industri bijih timah.
Setelah puas mengumpul
maklumat, rombongan dibawa ke Muzium Perak. Kebetulan Muzium Perak kini sedang
membuat pameran “Timbang dan Sukat”, maka bertambahlah maklumat untuk rombongan
ini.
Muzium Perak juga
merupakan antara lokasi Jejak Warisan dan muzium pertama di tanah air.
Muzium Perak |
Saya sangat berbesar hati
kerana semasa membuat permohonan “in house guide” secara spontan Penolong
Kurator En Saharudin Md Isa telah bersedia. Beliau telah meyambut rombongan ini
walaupun pada waktu yang sama terpaksa meninggalkan urusan Muzium yang lain.
Sebelum memulakan
aktiviti malam, rombongan telah melakukan aktiviti sendiri dan bebas. Saya
telah dimaklumkan mereka telah ke Kuala Sepetang untuk menikmati Mi Udang
banjir di sana.
Tepat jam 8 malam sebaik
selepas makan malam di Mom Prison Corner, rombongan telah sampai di pintu Zoo
Taiping untuk melawat Night Safary.
Rombongan telah mimilih
untuk menggunakan khidmat train zoo dan diberi penerangan di atas train. Sepetang
EM sangat menggalakkan peserta rombongan untuk berjalan kaki selepas sesi train
tamat dan cuba memaksimakan lawatan di sini.
Tanggungjawab kami
Sepetang EM selesai di sini dan setelah sesi bergambar dan ucapan selamat
tinggal. Rombongan dari SMK Nasiruddin Shah Besut Terengganu berangkat ke
hostel untuk berehat dan sebelum memulakan perjalanan awal pagi esoknya ke USM
Pulau Pinang.
Terima kasih Cikgu Nik
Hasnani, Cikgu Reini Zamani dan Cikgu Norasmawani dan semua murid dari SMK
Nasiruddin Shah Besut Terengganu yang telah melawat Taiping.
Selamat Hari Guru dan
harap kita dapat berjumpa lagi di lain masa.
No comments:
Post a Comment