Kami Sepetang EM

Sepetang Event Management “Sepetang EM”

Tunjang perniagaan kami adalah pengurusan acara atau majlis “Event Management”. Dari sekecil majlis pertunangan hinggalah ceramah mega.

Tawaran perkhimatan kami secara amnya adalah penyelesaian menyeluruh acara atau majlis pelanggan kami.

Dari penyediaan tapak, khemah, pengangkutan, petugas, tempat penginapan tetamu, promosi, jemputan. Pendek kata pelanggan kami hanya perlu nyatakan tarikh dan jumlah peserta pada majlis mereka dan kami akan pastikan acara atau majlis pelanggan kami terlaksana dan mendapat pujian tetamu.

Tuesday 17 May 2016

Bukit Larut: Tulisan Menarik Rakan FB Kamariah Yusop



Berkesempatan ke Bukit Larut bersama Pak Abu Port Weld dan rombongan sekolah dari SM Nasiruddin Shah Besut Terengganu.



Tahniah kepada pihak pengurusan MPT yang baru mengambil alih pengurusan Bukit Larut dari Pejabat Daerah, Walaupun baru beberapa bulan tetapi nampak perubahan yang ketara bukan dari sudut pembangunan tetapi dari segi kebersihan dan senggara kawasan walaupun dengan kakitangan yang sangat terhad.

Bukit Larut menawarkan keindahan alam semula jadi dengan hutan dara yang belum diteroka, dimana pelbagai jenis flora dan fauna terdapat di sini. Dengan keadaan cuaca yang nyaman dan udara yang bersih pasti tidak dapat di tempat peranginan yang lain kerana telah diceroboh oleh perokok tegar dan asap dari exzos kenderaan.

Berada di atas Bukit Larut sangat terasa ketenangan jauh dari hiruk pikuk bandar yang penuh dengan kenderaan.

Jika ke Bukit Larut hanya untuk melihat pembangunan, anda tersalah pilih. Menghayati keindahan Sang Pencipta sambil mengimbau kembali usaha mereka-mereka yang bertungkus lumus membuat laluan kepada kita untuk sampai kepuncak bukit dengan hanya 3 jam. Sejarah menceritakan bagaimana orang-orang suruhan Inggeris memikul mem-mem besar mendaki bukit.

Tertarik dengan interepretasi Pak Abu dimana buruh buruh yang bekerja dengan tangan membina jalan untuk membuat laluan ke atas bukit, apabila mereka kepenatan mereka memelok pokok pokok yang berada di situ untuk menghilangkan kepenatan dan kerinduan mereka kepada keluarga mereka yang telah lama.ditinggalkan. Pokok juga hidup memberi oxigen kepada manusia dan pokok perlukan manusia kerana kita mengeluar karbon dioksida. Begitu indahnya kehidupan ini yang Allah telah jadikan, sambil memerlukan diantara satu sama lain.

Terima Kasih Sepetang EM kerana memberi peluang untuk bersama Pak Abu, Terima kasih En Rosli pengurus Bukit Larut yang membawa kami sendiri sambil memberi taklimat tentang Bukit Larut dan perkembangannya.




Green Rangers Camp KPA MNS

Seramai 140 murid sekolah rendah dari pelbagai sekolah meyertai "Green Rangers Camp KPA MNS". Mereka telah memulakan aktiviti sejak 13 Mei di Batu Kurau dan meneruskan aktiviti mengenali alam khasnya hutan paya laut di Pusat Eko Pelajaran Kuala Sepetang.

Mereka dibahagikan kepada 10 kumpulan yang dinamakan dengan nama-nama haiwan yang hidup di sekitar hutan paya laut.

5 lokasi wajib telah diamanahkan kepada Sepetang EM untuk memberi interpritasi kepada kumpulan katak dan ular. 21 orang murid dan 5 orang guru. Hmmmm boleh berkawan ke katak dan ular ni?

  • Daput Arang
  • Pusat Interpritasi
  • Hutan Paya Laut
  • Jeti
  • Tapak Semaian dan tambahan Ladang Apple. Ladang Apple!!??

Pujian kepada kumpulan ini. walaupun masih di sekolah rendah, mereka berupaya menyusun ayat yang baik semasa membuat pertannyaan dan sangat mesra.

Terima kasih dan jumpa lagi.
 







Sonneratia Caseolaris atau Sea Apple


Pakej Mendekati Sejarah SMK Nasiruddin Shah Besut Terengganu



SMK Nasiruddin Shah Besut Terengganu
15 Pelajar lelaki, 21 Perempuan Seorang Guru Lelaki dan 2 Guru Perempuan (Jumlah Peserta 39)

Hanya dengan satu panggilan dan kemudian komunikasi melalui applikasi WhatApp Cikgu Nik Hasnani dari SMK Nasiruddin Shah Besut Terengganu mengesahkan lawatan dari sekolah mereka ke Taiping.

Lawatan pula bertemakan sejarah dan kebetulan Taiping merupakan destinasi yang mempunyai banyak tinggalan sejarah hingga digelar “Taiping Bandar Warisan”.

Rombongan tiba di Taiping jam 5:30 pagi dan terus mendaftar masuk ke penginapan mereka. Ialah mereka telah memulakan perjalanan sejak jam 10pm dari Besut Terengganu. Sesuai untuk mereka menyegarkan diri dahulu sebelum memulakan aktiviti.

Sepetang EM, telah menjadualkan aktiviti yang agak padat bagi memberi value for money + jarak yang dilalui, agar jumlah perbelanjaan dan masa untuk hadir ke Taiping berbaloi.

Antara jeep yang digunakan untuk naik ke puncak Bukit Larut

Jadual pertama mereka tentulah sarapan pagi. Lokasi pula di gerai di kaki Bukit Larut. Satu lokasi popular sebelum mereka memulakan pendakian ke puncak Bukit Larut pada ketinggian 1036 dari aras laut. Bukit Larut telah ditukar nama kepada Maxwell Hill sempena nama residen British George Maxwll dan dimajukan sebagai kawasan rehat tanah tinggi pertama tanah air. Kini nama Bukit Larut diperkenalkan semula.

Rombongan ini mendaki Bukit Larut menggunakan 4 buah jeep dan salah satunya dipandu sendiri oleh En Roslee Ahmad Rafie-Pengurus Pusat Penerangan Bukit Larut.

Pak Abu: Guide dari Jabatan Hutan
Untuk aktiviti tersebut, Sepetang EM telah menugaskan 2 orang pemandu pelancung dan untuk memberi penerangan secara dekat berkenaan sejarah Bukit Larut, En Abu Bakar Mat Saad (Pak Abu) dan dibantu Puan Kamariah Yusop. Bertuah rombongan ini kerapa Pak Abu sangat berilmu hal alam dan telah menjadi peserta terbaik Kursus Pemandu Pelancung Berkemahiran Setemat Tahap II pada tahun 2015.

Pada jam 11 pagi setelah tamat aktiviti beriadah di atas Bukit Larut, rombongan ini dihidangkan pula dengan penyegar jiwa. Mereka dibawa untuk menikmati cendol yang popular di Taiping-Cendol Bismillah. Rugi saya kira jika ke Taiping dan tidak singgah di warung cendol.
Cendol Bismillah

Selain Bukit Larut, di Bandar Taiping ini saja terdapat 39 perkara pertama di Malaysia. Rombongan tentulah tidak dapat melawat kesemua lokasi tersebut, maka satu aktiviti hopping dirangka agar kebanyakan lokasi tersebut dapat dilihat dan diberi penerangan secara dekat. Untuk aktiviti ini Sepetang EM telah menugaskan Puan Kamariah Yusof sebagai pemandu. Istimewanya Puan Kamariah Yusof telah berpengalaman selama lebih 20 tahun dalam bidang ini.

Pokok Hujan-hujan, Ikon Taman Tasik Taiping
Sebelum memulakan aktiviti sebelah petang, Rombongan berhenti rehat dan makan tenghari di Restoran Anjung dan disajikan dengan nasi set ayam. Hidangan yang popular kini dan kemudian singgah untuk solat jamak takdim di Mesjid Simpang.

Walaupun tiada dalam jadual asal, rombongan ini saya tawarkan untuk ke Muzium Matang. Istimewa daripada 21 buh muzium di Malaysia 2 darinya berada Matang dan Taiping pada jarak hanya 12km.

Bangunan yang asalnya kediaman kepada Ngah Ibrahim pernah menjadi bangunan utama pentadbiran Negeri Perak, British dan Jepun. Pernah juga menjadi Penjara, Mahkamah, Kolej, sekolah dan di sini juga Dato Maharajalela dan Si Puntum di jatuhkan hukuman mati dan dihukum gantung.

Di Perkarangan Muzium Matang
Rombongan disambut oleh Puan Nordiana Nordin-Pembantu Muzium dan diberi pererangan sejarah asal muzium ini dan sejarah Matang dan industri bijih timah.

Setelah puas mengumpul maklumat, rombongan dibawa ke Muzium Perak. Kebetulan Muzium Perak kini sedang membuat pameran “Timbang dan Sukat”, maka bertambahlah maklumat untuk rombongan ini.

Muzium Perak juga merupakan antara lokasi Jejak Warisan dan muzium pertama di tanah air.

Muzium Perak
Saya sangat berbesar hati kerana semasa membuat permohonan “in house guide” secara spontan Penolong Kurator En Saharudin Md Isa telah bersedia. Beliau telah meyambut rombongan ini walaupun pada waktu yang sama terpaksa meninggalkan urusan Muzium yang lain.

Sebelum memulakan aktiviti malam, rombongan telah melakukan aktiviti sendiri dan bebas. Saya telah dimaklumkan mereka telah ke Kuala Sepetang untuk menikmati Mi Udang banjir di sana.

Tepat jam 8 malam sebaik selepas makan malam di Mom Prison Corner, rombongan telah sampai di pintu Zoo Taiping untuk melawat Night Safary.

Rombongan telah mimilih untuk menggunakan khidmat train zoo dan diberi penerangan di atas train. Sepetang EM sangat menggalakkan peserta rombongan untuk berjalan kaki selepas sesi train tamat dan cuba memaksimakan lawatan di sini.

Tanggungjawab kami Sepetang EM selesai di sini dan setelah sesi bergambar dan ucapan selamat tinggal. Rombongan dari SMK Nasiruddin Shah Besut Terengganu berangkat ke hostel untuk berehat dan sebelum memulakan perjalanan awal pagi esoknya ke USM Pulau Pinang.

Terima kasih Cikgu Nik Hasnani, Cikgu Reini Zamani dan Cikgu Norasmawani dan semua murid dari SMK Nasiruddin Shah Besut Terengganu yang telah melawat Taiping.

Selamat Hari Guru dan harap kita dapat berjumpa lagi di lain masa.