Kami Sepetang EM

Sepetang Event Management “Sepetang EM”

Tunjang perniagaan kami adalah pengurusan acara atau majlis “Event Management”. Dari sekecil majlis pertunangan hinggalah ceramah mega.

Tawaran perkhimatan kami secara amnya adalah penyelesaian menyeluruh acara atau majlis pelanggan kami.

Dari penyediaan tapak, khemah, pengangkutan, petugas, tempat penginapan tetamu, promosi, jemputan. Pendek kata pelanggan kami hanya perlu nyatakan tarikh dan jumlah peserta pada majlis mereka dan kami akan pastikan acara atau majlis pelanggan kami terlaksana dan mendapat pujian tetamu.

Tuesday, 26 May 2015

Tanah Perkuburan Perang Dunia Ke 2


Tanah Perkuburan Perang Dunia Kedua Taiping yang terletak di Jalan Bukit Larut (GPS 4.858974, 100.757587) jalan yang menuju ke kaki Bukit Larut dan berhampiran Taman Tasik Taiping. 

Perkuburan ini merupakan kuburan  para tentera kerajaan British yang terkorban sepanjang Perang Dunia Kedua. Perkuburan ini menempatkan parajurit-parajurit dari Royal Malay Regiment, Gurkha, British dan Tentera Australia yang terbunuh semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu. 




Lawatan Sehari Jawatan Kuasa Kemajuan Kampung Pahang



Saya telah dihubungi oleh pengurusan KS Eco Tour untuk mengendali dan menyediakan jadual lawatan untuk satu kumpulan dengan kekuatan 44 orang dari Jawatan Kuasa Kemajuan Kampung dari Pahang yang diketuai oleh pengerusinnya Puan Tan Keong Chan.

Saya dipilih kerana permintaan dari kumpulan ini agar taklimat diadakan dalam bahasa manderin

Aktiviti pertama kumpulan ini adalah bersiar-siar di Taman Tasik Taiping yang merupakan kawasan rekreasi bekas lombong bijih timah yang tertua di Malaysia. Taman tasik ini dibuka pada tahun 1880 dengan keluasan 62 hektar.

Kumpulan ini mula bersiar-siar dari Zoo Taiping yang terletak di taman tasik ini dan berakhir di jetty bot rekreasi.

Saya mewajibkan peserta rombongan untuk mengambil gambar kerana permandangan pokok-pokok tua di sini sangat cantik.

Kami kemudian melawat beberapa lokasi lain dengan cari hopping. Tempat menarik dan bersejarah yang sempat dilawati adalah

·         Tanah Perkuburan Perang Dunia Ke 2 sini
·         Muzium Perak sini
·         Penjara Taiping sini
·         All Saints' Church Taiping sini
·         Muzium Ngah Ibrahim sini
·         Rumah Kapten Speedy

Atas permintaan kumpulan ini, saya telah membawa mereka ke Kilang Biskut Khim Heong Goodstuff dan Kilang pakaian dalam wanita ;-).

Makan tenghari tentulah makanan laut, rombongan ini memilih sendiri kedai makanan laut tepi sungai Xin Kuala Sepetang Seafood Restoran.

Sekejap saja masa berlalu, sejak pagi hingga ke makan tenghari, peserta belum lagi ada ruang untuk berehat. Masa untuk naik bot dan melihat sendiri industry penternakan kerang, melihat flora dan fauna burung bangau dan helang pun tiba. Masa paling di tunggu-tunggu oleh 2 orang kanak-kanak yang turut serta dalam rombongan ini. 

Sayangnya kumpulan ini tidak mengambil pakej untuk mencari ikan  Lumba-lumba, kerana cuaca hari itu dan air pasang sangat menggalakkan ikan lumba-lumba masuk mencari makanan di kuala Sungai Sepetang.

Masa yang singkat lawatan mereka diisi dengan lawatan bengkel pemprosesan akhir kerang, pada waktu lawatan sudah terlalu lewat, aktiviti telah berhenti. Peserta hanya diberi penerangan tanpa melihat aktiviti. Jadilah kata Puan Tan asal dapat lihat kawasan dan mesin pun ok.

Rombongan juga membeli cendera hati dengan memborong udang kering dan juga ikan segar untuk dabawa balik ke Pahang.

Secepat mungkin saya membawa rombongan ini ke Dapur arang pula. Penerangan serba ringkat dari mula kayu bakau ditebang hingga dibungkus cuba diberikan dalam masa yang amat singkat. Peserta juga membeli cendera hati berupa kayu arang dan yang paling laris adalah air wap bakau yang amat baik untuk dijadikan penghalau serangga.

Saya mengucapkan terima kasih dan harap dapat berjumpa lagi dengan kumpulan ini.
 
Makanan laut memang best di sini





Lawatan dan membeli (Atas permintaan kaum wanita)


Ke Bengkel pembersihan dan pengradan kerang

Pemandangan di Taman Tasik Taiping

Lawatan ke kilang biskut
 




Monday, 11 May 2015

Lawatan dari IKM Beseri Perlis dan Khidmat Amal dari UiTM Puncak Alam Selangor

Lawatan separuh hari dari Institut Kemahiran Mara Beseri Perlis ini amat padat, Kumpulan yang dianggotai 38 pelajar dan tenaga pengajar ini memulakan aktiviti di hutan paya laut.

Kami dari Sepetang Event Management dan KS Eco Tour membahagikan kumpulan ini kepada 2 kumpulan dengan 2 orang juru pandu untuk setiap kumpulan.

Amat bertuah kali ini dan buat kali pertama Sepetang Event Management dan KS Eco Tour dibantu oleh 17 orang pelajar dari UiTM Puncak Alam sebagai sukarelawan pelancungan. 

Jadual yang padan dengan resepi sempurna masa yang singkat membuatkan peserta tiada ruang untuk berhenti rehat.

Sebaik tamat aktiviti di hutan paya laut, peserta terus dibawa menaiki bot meninjau aktiviti perkampungan nelayan dan mendekati fauna. Aktiviti melihat kehidupan helang antara yang paling menarik.

Acara penutup dan pertukaran cendera hati disempurnakan sebaik selesai aktiviti bot. tidak kuranglah sesi wajib iaitu sesi bergambar.

Setiap peserta diberikan sijil setelah melengkapkan aktiviti hari tersebut.

Sebelum pulang, kumpulan pelajar dari IKM Beseri dan UiTM Puncak Alam dibawa melawat ke dapur arang. Rangtaian akhir kehidupan pokok bakau dimana kayu bakau dikeringkan menggunakan dapur yang dinamakan tanur berbentuk seperti iglu di kutub.

Selamat jalan kepada IKM Beseri dan terima kasih UiTM Puncak Alam, semoga kehadiran kalian dapat memenuhi keperluan pembelajaran dan pengalaman dan kami berharap dapat berjumpa lagi.

Lawatan Ke Dapur Arang

Aktiviti tidak dijadual oleh peserta rombongan di dapur arang

Sijil peyertaan

UiTM di hadapan dan IKM berdiri di belakang


Penulis 4 dari kanan duduk bersama key person IKM dan UiTM

Aktiviti tidak dijadual oleh peserta rombongan di dapur arang

Sunday, 19 April 2015

Program Pt3 Sekolah Menengah Puchong Perdana Selangor

Rombongan dengan kekuatan seramai 137 orang pelajar dan guru yang dipimpin oleh CikguRohanah Bt Yusoff Guru SPBT memulakan aktiviti pertama dengan lawatan ke Muzium Ngah Ibrahim. Sebuah muzium yang mempamirkan sejarah perkembangan Negeri Perak terutama kekayaan hasil bumi Negeri Perak-Bijih timah.

Rombongan ini kemudian dipecahkan kepada 3 kumpulan untuk aktiviti lawatan ke Pekan Kuala Sepetang, Menyusuri sungai dan menikmati makanan populer Kuala Sepetang-Mee Udang Banjir.

Penduduk Pekan Kuala Sepetang menjalankan kegiatan ekonomi berkaitan hasil laut. Rombongan dibawa melihat bagaimana ternakan kerang sehingga proses akhir kerang dipasarkan. Di pekan ini juga tersimpan kesan sejarah lebih 130 tahun lalu dimana di sinilah bermulanya landasan keretapi pertaman Malaysia. Mula digunakan pada tahun 1885.

Permandangan di Kuala Sepetang juga menarik. rombonan dibawa bersiar-siar dengan bot pelancung menyusuri Sungai Reba melindasi bot-bot nelayan yang berwarna-warni. Melihat dari dekat peninggalan pelabuhan bijih timah pertama Malaysia. Seterusnya mendekati habitat burung bangau dan helang yang begitu banyak di sini.

Hari Ke Dua

Seawal pagi rombongna ini dibawa bersiar-siar di taman tasik. Juga taman rekriasi pertama diujudkan di Malaysia dan tercantik di Malaysia. Tidak melepaskan peluang untuk bergambar dan berselfe, di sini hampir setiap sudut memberi pemandangan yang tidak mungkin dilupakan. 

Seterusnya rombonan dibawa ke dapur arang iaitu proses dimana kayu bakau dikeringkan untuk dijadikan arang. Ramai diantara mereka terkejut apabila dimaklumkan harga arang dari Malaysia begitu mahal di Jepun. Sebuah negara yang mengimport 70% hasih arang Malaysia.

Tidak sampai 1km dari kilang arang, rombongan dibawa ke Pusat Eko Pelajaran Hutan Paya Laut Kuala Sepetang. Di sana rombongan didedahkan dengan proses penjagaan hutan paya laut dan kesan ekosistem hutan paya laut keatas cuaca negara. Rombongan juga diberi peluang untuk menyemai anak-anak pokok bakau daninsyaAllah 30 tahun lagi akan memberikan hasil kepada penduduk tempatan.

Rombongan seterusnya menuju ke Kuala Kangsar, singgah di Mesjid Kampung Dal untuk menikmati keunikan pembinaan mesjid ini yang di bina menggunakan buluh. Hanya bersebelahan mesjid ini terdapat industri pembuatan labu sayung, produk populer Kuala Kangsar. Sakan mereka membeli cendera hati.

Tidak lengkap jika tidak berkunjung ke Mesjid Ubudiah, rombongan ini solat jamak takhir di sini dan seterusnya membeli belah di Dataran Kuala Kangsar seterusnya menamatkan aktiviti di Perak.

Terima kasih Sekolah Menengah Puchong Perdana Selangor dan harap dapat berjumpa lagi.

Berkumpul belum masuk ke Muzium Ngah Ibrahim Matang

Taklimat oleh pemandu pelancung di Muzium Ngah Ibrahim Matang

Aktiviti naik bot




Jalan-jalan di Taman Tasik Taiping

Aktiviti menyemai bakau, menconteng lumpur ke muka tidak termasuk di dalam pakej

Demonstrasi membuat labu sayung