Saya telah dihubungi oleh pengurusan KS Eco Tour
untuk mengendali dan menyediakan jadual lawatan untuk satu kumpulan dengan
kekuatan 44 orang dari Jawatan Kuasa Kemajuan Kampung dari Pahang yang diketuai
oleh pengerusinnya Puan Tan Keong Chan.
Saya dipilih kerana permintaan dari kumpulan ini
agar taklimat diadakan dalam bahasa manderin
Aktiviti pertama kumpulan ini adalah bersiar-siar di
Taman Tasik Taiping yang merupakan
kawasan rekreasi bekas lombong bijih timah
yang tertua di Malaysia.
Taman tasik ini dibuka pada tahun 1880
dengan keluasan 62 hektar.
Kumpulan
ini mula bersiar-siar dari Zoo Taiping yang terletak di taman tasik ini dan berakhir di
jetty bot rekreasi.
Saya
mewajibkan peserta rombongan untuk mengambil gambar kerana permandangan
pokok-pokok tua di sini sangat cantik.
Kami
kemudian melawat beberapa lokasi lain dengan cari hopping. Tempat menarik dan
bersejarah yang sempat dilawati adalah
·
Tanah
Perkuburan Perang Dunia Ke 2 sini
·
Muzium
Perak sini
·
Penjara
Taiping sini
·
All Saints' Church Taiping sini
·
Muzium Ngah Ibrahim sini
·
Rumah Kapten Speedy
Atas permintaan kumpulan
ini, saya telah membawa mereka ke Kilang Biskut Khim Heong Goodstuff dan Kilang
pakaian dalam wanita ;-).
Makan tenghari tentulah
makanan laut, rombongan ini memilih sendiri kedai makanan laut tepi sungai Xin
Kuala Sepetang Seafood Restoran.
Sekejap saja masa berlalu,
sejak pagi hingga ke makan tenghari, peserta belum lagi ada ruang untuk
berehat. Masa untuk naik bot dan melihat sendiri industry penternakan kerang,
melihat flora dan fauna burung bangau dan helang pun tiba. Masa paling di
tunggu-tunggu oleh 2 orang kanak-kanak yang turut serta dalam rombongan ini.
Sayangnya kumpulan ini tidak
mengambil pakej untuk mencari ikan
Lumba-lumba, kerana cuaca hari itu dan air pasang sangat menggalakkan
ikan lumba-lumba masuk mencari makanan di kuala Sungai Sepetang.
Masa yang singkat lawatan
mereka diisi dengan lawatan bengkel pemprosesan akhir kerang, pada waktu
lawatan sudah terlalu lewat, aktiviti telah berhenti. Peserta hanya diberi
penerangan tanpa melihat aktiviti. Jadilah kata Puan Tan asal dapat lihat
kawasan dan mesin pun ok.
Rombongan juga membeli
cendera hati dengan memborong udang kering dan juga ikan segar untuk dabawa
balik ke Pahang.
Secepat mungkin saya membawa
rombongan ini ke Dapur arang pula. Penerangan serba ringkat dari mula kayu
bakau ditebang hingga dibungkus cuba diberikan dalam masa yang amat singkat.
Peserta juga membeli cendera hati berupa kayu arang dan yang paling laris adalah
air wap bakau yang amat baik untuk dijadikan penghalau serangga.
Lawatan dan membeli (Atas permintaan kaum wanita) |
Ke Bengkel pembersihan dan pengradan kerang |
Pemandangan di Taman Tasik Taiping |
Lawatan ke kilang biskut |
No comments:
Post a Comment