Lawatan separuh hari dari
Institut Kemahiran Mara Beseri Perlis ini amat padat, Kumpulan yang dianggotai
38 pelajar dan tenaga pengajar ini memulakan aktiviti di hutan paya laut.
Kami dari Sepetang Event
Management dan KS Eco Tour membahagikan kumpulan ini kepada 2 kumpulan dengan 2
orang juru pandu untuk setiap kumpulan.
Amat bertuah kali ini dan buat
kali pertama Sepetang Event Management dan KS Eco Tour dibantu oleh 17 orang
pelajar dari UiTM Puncak Alam sebagai sukarelawan pelancungan.
Jadual yang padan dengan resepi
sempurna masa yang singkat membuatkan peserta tiada ruang untuk berhenti rehat.
Sebaik tamat aktiviti di hutan
paya laut, peserta terus dibawa menaiki bot meninjau aktiviti perkampungan
nelayan dan mendekati fauna. Aktiviti melihat kehidupan helang antara yang
paling menarik.
Acara penutup dan pertukaran
cendera hati disempurnakan sebaik selesai aktiviti bot. tidak kuranglah sesi
wajib iaitu sesi bergambar.
Setiap peserta diberikan sijil
setelah melengkapkan aktiviti hari tersebut.
Sebelum pulang, kumpulan pelajar
dari IKM Beseri dan UiTM Puncak Alam dibawa melawat ke dapur arang. Rangtaian
akhir kehidupan pokok bakau dimana kayu bakau dikeringkan menggunakan dapur
yang dinamakan tanur berbentuk seperti iglu di kutub.
Selamat jalan kepada IKM Beseri
dan terima kasih UiTM Puncak Alam, semoga kehadiran kalian dapat memenuhi
keperluan pembelajaran dan pengalaman dan kami berharap dapat berjumpa lagi.
Lawatan Ke Dapur Arang |
Aktiviti tidak dijadual oleh peserta rombongan di dapur arang |
Sijil peyertaan |
UiTM di hadapan dan IKM berdiri di belakang |
Penulis 4 dari kanan duduk bersama key person IKM dan UiTM |
Aktiviti tidak dijadual oleh peserta rombongan di dapur arang |
No comments:
Post a Comment