Hari Pertama
Seawal jam 5 petang saya, Cikgu Atok (bertindak
sebagai juruphoto) dan Su (Bertindak sebagai secretariat) bergerak ke Lenggong.
Lewat jam 3 petang tadi saya telah menerima text dari ketua rombongan dari UiTM
Shah Alam-UNESCO tleh mula bergerak dan text kediua saya terima setelah kami
sampai di Lenggong memaklumkan lokasi terakhir rombongan.
Memandangkan rombongan masih jauh. Kami
mengambil peluang yang ada untuk menyusun logistic yang akan digunakan malam ini
dan 2 hari akan datang.
Masa yang ada juga kami penuhi dengan
meronda-ronda sekitar Lenggong dan mempelajari dialeg dan sebutan yang betul
nama-nama kampong yang masyarakatnya berasal dari keturunan patani.
Bertuah juga trip kali ni kerana Cikgu Atok
setuju untuk turut serta walaupun beliau terpaksa mengenepikan 2 lagi event
photografi. Bertuah kerana Cikgu Atok berasal dari sini dan masih boleh berbasa
patani walaupun broken.
Kami balik ke penginapan dan bersiap untuk
menerima kehadiran rombongan yang mana tiba pada jam 8:00 malam. Cikgu Atok dan
Su meyambut mereka sebaik turun dari bas dan saya mengucapkan selamat datang di
pintu masuk penginapan.
Romboang ini selain Cik Amy yang mengetuainya
juga disertai beberapa orang lagi yang pernah mengikuti program yang hampir
sama di Kuala Sepetang. Maka silaturahim terbina sebentar hingga terlupa
sebentar untuk professional meet dan greed. Ialah dah macam reunion.
Bila teringat balik professionalism, baru saya
ajak semua yang hadir untuk simpan bag dan terus menjamu makan malam yang sudah
terhidang.
Saya dan team memberi masa bebas kepada
rombonan untuk aktiviti sendiri sehingga jam 9:00 malam dan aktiviti pertama
yang wajib adalah sesi suai kenai. Walaupun rombongan ini dari kolej yang sama,
tetapi mereka datang dari fakulti yang berbeza. Di kolej mungin mereka pernah
berjumpa tetapi ada antara mereka belum mengenali secara rapat.
Modul yang saya gunakan untuk sesi icebreaking
ini saya adaptasi dari akademi ARK dan Faderik Munic Foundation dari Germen,
terima kasih kerana memberi ilmu ini.
Maka selesai sesi ini dan mungkin esok setiap
individu dalam rombongan ini tidak lagi dipanggil dengan nama tetapi part pada
kenderaan seperti yang ingin dicapai pada modue icebreaking.
Saya juga memberinasihat kepada semua agar
tidur secukupnya kerana kami akan membuat aktiviti fizikal yang semi lasak
esoknya.
Hari Ke 2
Seawal jam 6:00 pagi, kami telah mula
menyiapkan diri untuk aktiviti hari ini. Setelah cahaya pagi menerangi bumi, barulah
peserta sedar penginapan mereka hanya di sebelah Tasik Raban Lenggong dengan
suasana kampong tradisi. Pagi ni alam tidak mempersembahkan pemandangan cahaya
terbit matahari kerana cuaca yang berkabus tebal. Apapun memang kawasan ini
sentiasa berkabus dan cuaca berkabus semalam hingga ke lewat petang. Mungkin
hari ini cuaca yang sama akan dialami.
Selesai saja sarapan kami berangkat ke lokasi
penjelajahan gua yang pertama dan dipandu oleh Guide Khairul dan Sweeper Hafiz.
Wajiblah sebelum memulakan acara lazak sesi
regangan diadakan. Seperti biasa saya akan menyelit pada setiap acara jelajah
hutan dengan air azimat menghalau pacat. Biasalah air ini kalau dijual tentulah
saya dah kaya raya sebab sangat laku.
Sebaik selesai taklimat ringkat dan
mengingatkan do & don’t kami pun bergerak merentas hutan. Positifnya laluan
ini diurus oleh jabatan Muzium. Maka laluannya tidaklah begitu sukar. Hanya
lebih kurang 15 minit berjalan kami tiba di lokasi pertama dari 5 lokasi yang
dirancang.
Gua Kelawar-Kesan exkavasi dapat dilihat dengan
jelas dan di sinilah ditermui Perak Women. Kami tidak meneroka ke dalam Gua
Kelawar atas nasihat guide Khairul atas isu keselamatan. Setelah beberapa
ketika mengambil maklumat dari guide Khairul, mengambil gambar dan vedio kami
bergerak ke lokasi seterusnya.
Apapun berada di pintu gua ini sebenarnya banyak
ditemui artifak.
Selain Gua Kkelawar, gua-gua yang kami lawati
pada sebelah pagi adalah:
1.
Gua
Putri
2.
Gua
Kajang
3.
Gua
Masjid
4.
Gua
Ngaum
5.
Gua
Dayak dan
6.
Gua
Gunung Runtuh
Kesemua gua-gua yang dilawati adalah gua batu
kapur. Tentulah permandangan stalaktit dan stalagmite itu biasa, tetapi tidak
biasa kepada yang belum pernah meneroka gua. Keterujaan untuk memasuki gua-gua
amat ketara pada setiap peserta yang menawarkan pemandangan dan laluan yang
sangat berbeza.
Pada sebelah pagi antara yang menerujakan saya sendiri
adalah memasuki Gua Kijang dan Gua Masjid dimana laluan masuk ke gua-gua ini
sangat sempit malah terpaksa merangkak untuk menembusi gua Kajang.
Kami menamatkan meneroka gua-gua di sebelah
pagi. Gua-gua yang telah diteroka adalah Gua Kelawar, Gua Putri, Gua Kajang, Gua
Masjid dan Gua Ngaum.
Kami berhenti rehat dan makan tengari di tepi
sebatang sungai. Suasana makan secara santai di bawah pokok dengan kedengaran
air jeram di sungai dan bunyi-bunyi ungas menemani kami semasa menjamu selera.
Sebaik selesai guide dan petugas tempatan solat
zohor, (yang lain mengambil keputusan untuk jamak takhir) kami meneruskan
perjalan ke Gua Dayak. Walaupun Gua Dayak juga sama dengan gua batu kapur yang
lain, ciri yang sangat berbeza gua ini adalah lukisan pra sejarah yang terdapat
di dindingnya. Seperti biasa peserta mengambil sebanyak maklumat dan gambar
untuk melengkapkan tugasan yang perlu dibentangkan pada malam ini.
Setelah berpuas hati meninjau dan meneroka Gua
Dayak kami meneruskan perjalanan ke Gua Gunung Runtuh. Perjalanan kami pada
sesi petang tidak sama dengan sesi pagi. Lokasi antara Gua Dayak dan Gua Gunung
Runtuh agak jauh. Lebih kurang 2 km. kami bernasib baik kerana guide
menyediakan sebuah kenderaan untuk dijadikan suttle sehingga point terakhir
kenderaan boleh digunakan.
Selanjutnya kami mula berjalan kami mendaki
pada kecuraman 2 hingga 5 darjah sehinggalah tiba di Gua Gunung Runtuh.
Suasana sama seperti di Gua Kelawar cuma tapak
akavasi di gua Gunung Runtuh adalah di dalam gua. Guide memenuhi masa yang ada
untuk meneroka 3 lagi tingkat di bawah tapak akavasi dan antara penemuan di
sana adalah kesan-kesan melombong dan alatan melombong.
Yang menariknya terdapat sebuah lubang yang
belum diteroka yang dipercayai boleh sampai ke pekan Lenggong.
Selesai kami di tingkat paling bawah Gua Gunung
Runtuh dan apabila kami keluar sekitar gunung dan dalan rentas hutan kelihatan
sangat basah dipercayai dilanda hujan yang sangat lebat. Patutlah manusa pra
sejarah memilih gua sebagai tempat perlindungan kerana kami langsung tidak
merasai suasa hujan yang lebat semasa kami berada di dalam gua.
Kami meneruskan perjalanan keluar dengan
dibantu oleh kenderaan suttel dan tiba di penginapan masing-masing pada jam 7
malam.
Masing-masing menguruskan diri untuk aktiviti
berikutnya malam ini. Makan malam telah disediakan di sebuah resort di tebing
Tasik Raban. Sekali lagi suasana berlainan dirasai setiap peserti. Makan malam
di tepi tasik dengan tiupan angin dingin dari tasik.
Walau bagaimanapun suasana ini tidak dapat
dinikmati secara santai kerana peserta terpaksa menyiapkan tugasan yang diberi
dan peserta berjaya menyelesaikan tugasan dan membentangnya sebelum jam 11 malam.
Berikut adalah link untuk tugasan yang disipkan pada malam tersebut:
1. Klik Sini
2. Klik Sini dan dalam bentuk flyer
Persembahan Yang Disiapkan Dalam Masa Yang Singkat |
1. Klik Sini
2. Klik Sini dan dalam bentuk flyer
Guide Khairul seterusnya memberi sedikit kisah sejarah Lembah Lenggong da nasal usulnya termsuk kekayaan hasil bumi yang terdapat di Lenggong yang samada telah di explitasi, belum diteroka dan perlu dipelihara.
Tamat sesi ini, peserta bersurai untuk berehat
untuk meneruskan aktiviti pada hari ke 3.
Hari Ke 3
Hanya ada satu aktiviti sahaja di Lembah
Lenggong untuk hari ini dan baki 2 lokasi lagi adalah di Kuala Kangsar dan
Sayung. Untuk kali ini saya tidak akan menulis untuk sekment Kuala Kangsar dan
Sayung.
Pagi tersebut seperti yang telah ditaklimatkan
malam tadi, peserta perlu menjaga masa kerana melibatkan jadual pihak ke 3
iaitu Muzium Lenggong.
Sebaik selepas sarapan yang dihidang di
penginapan. Semua peserta terus sahaja mendaftar keluar dari penginapan dan
menuju ke Muzium Lenggong. Kami tiba awal iaitu pada jam 8:45am 15 minit
sebelum Muzium dibuka. Walau
bagaimanapun pengawal muzium tetap membenarkan rombongan masuk dan mengambil
maklumat dari apa yang dipamirkan. Tentulah tarikan utama adalah raplika Perak
Man yang ditemui di Gua Gunung Runtuh iaitu gua yang terakhir diteroka pada
hari sebelumnya.
Setelah puas mengambil maklumat di muzium.
Peserta meneruskan perjalanan ke Kuala Kangsar dan Sayung.
Saya percaya lawatan ini banyak memberi pendedahan
sejarah dan budaya kepada peserta. Sejarah yang tertulis dan sejarah lisan
penduduk tempatan. Dan yang amat ketara dialag tingkah laku guide Khairul yang
berasal dari masyarakat Pattani yang mana kebanyakan masyarakt lenggong berasal
dari rumpun sana.
Alhamdulillah misi untuk menjejaki perak man
ini telah selesai tanpa apa-apa kesukaran. Kali ini saya betul-betul merasakan
bahawa saya adalah peserta ekspidisi dan bukan pemudah cara kerana begitu
banyak ilmu baru yang diperolehi.
Kepada Photographer Cikgu Aziz, Pembantu saya
Cik Sulaiha… sudah-sudahlah bercakap hal meneroka gua ni. Ada masa dan ketika
nanti saya bawa lagi… it time to move on…. Saya pun sama.
Terima kasih kepada kalian, Guide Khirul dan
Hafiz, Cik Amy dan seluruh peserta ekpidisi dari UiTM Shah Alam-UNESCO. Selamat
maju jaya dan selamat berbakti kepada masyarakat dan Negara.
Sehingga kita berjumpa lagi.
Cik Amy... The Boss |
Jumpa Perak Man Di Galari Sementara Muzium Lenggong |
Sesi Memecah Ais |
Sesi Do & Don't |
Sesi Memanas Badan |
Hebat Gaya Guide |
Banyak Lagi Gua Yang Belum Teroka |
Perjalanan Ke Gua Dayak-Melintas Kawasan Di Mana Satu Ketika Dulu Sungai Perak |
Lukisan Pra Purba Di Dinding Gua Dayak |
Di Pintu Utama Gua Gunung Runtuh |
Di Tingkat Paling Bawah +-30 Meter Di Bawah Pintu Gua Gunung Runtuh |
ReplyDeleteExcellent website. Lots of useful information here, thanks in your effort! . For more information please visit
Event Organisers in Visakhapatnam
Event organisers in vizag