Bertolak
dari Taiping pada jam 5:00am dan hanya berhenti untuk solat subuh di
perkampungan orang asli 10km sebelum Ringlet Pahang dan berhanti sekali
lagi di pekan Ringlet untuk sarapan dan
meneruskan perjalanan ke Kuala Tembeling.
Kami
tiba di lokasi yang dirancang pada jam 11:00 pagi seperti waktu yang
kami rancangkan, sebelum menerima berita satu lagi kumpulan meminang
kami tersesat dan akan lewat.
Kami
yang telah sampai mengambil peluang ini untuk meninjau di sekitar jeti
untuk ke Taman Negara yang hanya kurang 500 meter dari lokasi point
berkumpul. Maka adalah sedikit idea untuk digunapakai
di Kuala Sepetang kelak.
Acara
meminang berjalan lancer dan Alhamdulillah pinangan diterima.
Sememangnya jadual meminang pun terlewat, maka kami yang akan berangkat
ke Kuala Tahan meminta diri terlebih dahulu kerana
telahpun membuat temujanji dengan guide di Taman Negara.
Kami
mempunyai 2 pilihan perjalanan dari Kuala Tembeling ke Kuala Tahan.
Samada menggunakan bot dari jeti Kuala Tembeling ke Kuala Tahan atau
dengan kenderaan sendiri dari Kuala Tembeling ke
Kuala Tahan melalui jalan darat. Atas sebab bag pun banyak maka kami
gunakan jalan darat.
Kami
tiba 30 minit lewat dari waktu yang dijanjikan. Jadual aktiviti untuk ke
Taman Negara terpaksa diubah dengan pada waktu petang ini hanya berehat
dan aktiviti sendiri dan hanya secara rasmi
dimulakan pada jam 8:00 malam nanti.
Pada
waktu lapang sebelah petang tersebut kami sekeluarga telah meronda di
sekitar jeti di Kuala Tahan. Sempat lagi melawat ke Sanctuari Ikan
Kelah. Sesuai kami ke destinasi tersebut memandangkan
tiada dalam jadual asal. Kami memimilih operator bot dan bergerak ke
Sanctuari Ikan Kelah.
Permandangan
sangat cantik, perjalanan saja sudah menerujakan. Permandangan seolah
di Taman Tasik Taiping tetapi bukan di atas jalan raya, jalan sungai
dengan pelbagai pokok hutan yang berusia
ratusan tahun dan besar-besar tumbuh di tebing sungai menjadi kanopi.
Dapat
dilihat kesan banjir yang berlaku 3 minggu lalu hamper 3 tingkat
bangunan ketinggian dari paras air sungai sekarang. Pokok-pokok kecil
juga belum dapat menegakkan diri dan terbengkok mengikut
arus sungai yang tak dapat dibayangkan begitu deras.
Tak
pula kami mengukur masa perjalanan tapi setiap jarak pergerakan kami
dipertontonkan dengan keindahan flora dan fauna. Pelabagai burung
terbang bersama kami samada terbang menjauh atau terbang
bersama. Antara yang dikenali adalah drongo, tiong, enggang, burung
hantu carik kafan (Rasanyala), helang dan yang paling banyak adalah
layang-layang.
Dalam
perjalanan ini mak nampak resah sedikit. Sebelum sampai dan perbualan
dalam kereta tadi saya ada menyebut, perjalanan dengan bot mengambil
masa lebih 3 jam. Tetapi bila tiba di Sanctuari
Ikan Kelah, mak mula tersenyum dan dengan pelbagai pertanyaan
ditanyakan kepada guide. Antara soalah yang paling mencabar adalah
kenapa saya dah tahu di sini banyak ikan besar-besar tapi tak bawa
jala….. hmmmmm.
Hari
bertambah gelap dan kami tak boleh lama di sini dan dalam perjalanan
balik suasana lebih menarik di lewat petang bila cahaya dari celah-celah
daun membentuk ray. Sayang sangat kerana trip
petang ini tidak dirancang dan dibuat ad hoc sahaja. Maka tidak seorong
pun dari kami membawa kamera. Phone pun tak bawa….maka tiada imej
cantik dapat dikongsi.
Sebelum
kami balik ke chalet, kami makan malam dahulu di restoran terapung yang
banyak terdapat di tebing sungai. Mahal berbanding makanan yang sama
di Taiping. Tapi ini saja yang ada kerana
untuk mencari kedai lain jaraknya hampir 1 jam perjalanan.
Setelah
selesai semua yang wajib. Kami siap menunggu guide dan tepat jam 8:00
malam kami memulakan perjalan malam di dalam hutan Taman Negara. Opp
salah kena naik bot dahulu untuk keseberang
sungai. Trillnya dah mula, yang menarik adalah saya tak tahu apa yang
akan diperlihatkan atau alamai selepas ini.
Awal-awal
perjalanan kami telah dipertemukan dengan burung kuang (Burung Kuang I
kata U). beberapa ketika kami telah diperlihatkan dengan pelbagai
serangga semasa berjalan kaki selama hampir
2 jam itu dan dipenghujung laluan kami dilintasi dengan seekor landak.
Kami
dilepaskan untuk berehat selepas dipastikan semua kami selamat dan sihat
oleh guide dan berjanji akan memulakan aktiviti pertama esoknya pada
jam 9:00am.
Saya
mengambil peluang untuk berehat sepenuhnya kerana saya telah mula
memandu sejak jam 5:00am tadi. Malah saya juga ditugaskan untuk menjadi
juru cakap majlis pertunangan tengahari tadi. Rupaya
di Pahang pun ada berbalas pantun. Hmmmm.
Setelah
selesai yang wajib subuh itu kami sekeluarga ke Pekan Kecil Kuala Tahan
untuk sarapan. Sebelumnya kami telah pun mendapat tip di mana untuk
sarapan dari guide dan pelancung lain. Memang
berbaloi makan di kedai tersebut. Harga tak seperti makan malam malam
tadi.
Jam
9:00am kami telah siap di jeti dan guide pun telah bersedia. Setelah
mendapatkan permit dan bayaran kamera kami mulakan perjalanan merentas
hutan. Tentulah suasana berbezadan kali ini berbanding
malam tadi. Kami diperkenalkan dengan pelbagai jenis tumbuhan dan
kegunaannya.
Tak
banyak fauna yang dapat dilihat waktu ini, hanya suara saja dapat
didengar. Mungkin keranan terlalu ramai pengunjung beraktiviti jungle
tracking pagi itu.
Selesai Aktiviti Jungle Track.
Track
yang sama bersambung dengan track untuk ke canopy walk. Hello saya dah
pernah naik motoglider setinggi 1500 meter. Sikit pun tak gayat. Hmmmm
semua benda berbeza, walaupun paling tinggi
canopy walk ini hanya 6 tinggkat bangunan tetapi hayunan titi ini
menyebabkan kelakian turut tercabar
L. Sorry lah tak boleh cerita…. Untuk memendekkan cerita saya Berjaya sampai kehujungnya.
Taklah
panjang sangat canopy walk ini tapi perjalanan untuk sampai kehujung
sangat mencabar menyebabkan pergerakan antara peserta menjadi begitu
perlahan. Khabarnya banyak fauna boleh dilihat
dari canopy walk ini, tapi tumpuan saya hanya kearah penghujung canopy
walk sahaja.
Alhamdulillah selamat semuanya.
Di
hujung perjalanan canopy walk hanya lebih kurang 100 meter telah
tersedia bot untuk kami untuk aktiviti rapid shooting. Saya hampir
membatalkan aktiviti ini dan minta digantikan dengan aktiviti
lain kerana dalam minda saya adalah pin ball. Setelah diterangkan
semula oleh guide kami setuju untuk teruskan.
Memang
tidak menghampakan kerana perjalanan bot kali ini melalui beberapa
jeram yang berombak besar. Maka basah kuyuplah kami semua di dalam bot
tersebut.
Saya
bersyukur kerana cuaca amat baik pagi itu. Awan menutupi terik matahari
di sepanjang perjalanan kami hinggah kami tiba di perkampungan orang
asal dari suku kaum batik. Tentulah rupa mereka
berbeza dengan suku kaum lain seperti yang selalu saya damping.
Mudah
untuk mengenali mereka dari bentuk rambut dan lakaran ginatik pada
tangan dan kaki mereka. Kami bukan saja berziarah tetapi juga
beraktiviti di sini. Antara yang paling hendak saya tahu
adalah cara menyalakan api tanpa mancis. Setelah dipertontonkan oleh
salah seorang penduduk maka berpuashatilah dan insyaAllah akan
diperturunkan kepada yang mahu.
Aktiviti meyumpit paling happening bagi keluarga saya. Semua mencuba dan tak cukup sekali dua. Oklah sangat berpuashati.
Pada akhir lawatan ke perkampungan kami hadiahkan sedikit kenagan kepada semua anak-anak orang asal dengan sedikit manisan.
Nampaknya
Muiz masih tak puas bermain air. Saya biarkan seketika Muiz bermain air
di sungai dan kemudian meneruskan sambungan aktiviti rapid shooting
hinggah kami sampai ke jeti.
Seterusnya
bergambar bersama dan mengucapkan terima kasih kepada guide dan moga
silaturahim dan perkhidmatan terbaik beliau diteruskan kepada semua
pengunjung di Taman Negara Kuala Tahan.
Saya rakamkan di sini. Terima kasih En Zaki guide kami. Atau nama FBnya Jaki Taman Negara@Mok atas
perundingan En Zaki juga kami dapat daftar keluar dari penginapan lewat.
Sempatlah kami bersalin pakaian dan mengemas barang sebelum berangkat
balik ke Taiping melalui Cameron Highland….
Itu catatan lain ya.
Hi.. im looking for part time housemaid.. how can i contact u ??
ReplyDeleteHi.. im looking for part time housemaid.. how can i contact u ??
ReplyDeleteCall or whatapp me at this no 0122863617
Delete