Terletak
hanya 4km ke selatan dari Politeknik Ungku Omar Ipoh Perak atau 3km ke Timur Gunung Rapat,
Tokong di dalam gua ini terletak di tapak seluas 12 ekar dan telah mula digunakan seawal tahun 1920
sebagai tempat ibadat. Pada
tahun 1960, gua ini menjadi sebahagian daripada kawasan perlombongan besi
dikendalikan oleh mendiang Encik Chooi Ah Kee.
Pintu gua dibesarkan bagi membolehkan operasi perlombongan menggunakan jengkaut
dan laluan lori dan jentera untuk mengangkut bijih besi.
Terdapat satu bahagian di dalam gua yang dinamakan 'Tien Hou Gong’ yang
diusahakan oleh Encik Chooi sebagai tempat beribadat dan berdoa.
Pada tahun 1982, 'Tien Hou Gong' telah diserahkan oleh anak Encik Chooi kepada organisasi amal (NGO) dan setelah itu Kek Look Seah dan kuil di dalam gua ini telah ditukar nama kepada 'Kek Look Tong’ dan diguna nama ini sehigga kini.
Jawatankuasa Kek Look Seah mengambil alih pengurusan gua dan tokong dan pembangunan gua dengan membesarkan gua, serta
memperoleh sebahagian tanah berpaya
berhampiran pintu masuk belakang. Kawasan ini kemudian ditambak dan dijadikan
taman rekreasi.
Lantai gua telah ditambak untuk meratakannya seterusnya dilantaikan dengan
batu marmar. Sebahagian dinding gua juga telah dihias dengan batu marmar tanpa
menjejaskan bentuk asal dan formasi stalaktit dan stalagmit.
Let's go outdoor and learn to love nature, culture and history
No comments:
Post a Comment