3 Ogos 2016 Rezki kali ini dapat berkenalan dengan adik-adik istimewa dari Sekolah Menengah Taman Johor Jaya II. Rombongan disertai 19 pelajar dan 21 orang guru dan ibubapa.
Meriah dengan aktiviti yang disusun:
Aktiviti dan lawatan
- Pengakalan TLDM, Lumut.
- Pusat Konservasi dan Penyelidikan Penyu,Pasir Panjang Segari
- Makan tengahari di Pak Ya Chelet
- Aktiviti sukaneka dan water confident
- BBG bakar sendiri
Rombongan ini menginap di Yeob Bay Hotel meneruskan aktiviti lawatan mereka ke Taiping pada hari esoknya.
Terima kasih kerana memilih " KUALA SEPETANG ECO TOURISM ". Semoga adik-adik, ibubapa serta guru-guru yang mengikuti lawatan ini berpuas hati dengan perkhidmatan yang ditawarkan.
Aktiviti di Pengakalan TLDM, Lumut
Aktiviti di Pengakalan TLDM, Lumut
Kali ini pihak TLDM telah membenarkan rombongan untuk melawat kapal penghapus periuk api KD Harimau dan KD Ledang. Menakjubkan bagi peserta rombongan dan kami sendiri dengan teknologi pada kapal-kapal ini.
Walaupun TLDM lebih dikenali dengan kapal-kapal perangnya, TLDM juga mempunyai aset udara dan rombongan juga di bawa melawat ke hanger helikopter milik TLDM. Tentu pelajar teruja bila dapat bergambar di dalam helikopter.
Pusat Konservasi dan Penyelidikan Penyu,Pasir Panjang Segari
Rombongan kali ini bertuah kerana penerangan di Pusat Konservasi dan Penyelidikan Penyu,Pasir
Panjang Segari yang disampaikan oleh 2 orang pelajar intern yang mengambil bidang Kelastarian Alam. Sangat sesuai dengan lapangan dan mereka sangat mahir tentang penyu.
Terima kasih, lain kali datang lagi.
#internshiplife #ksetours #mppumt1516 #bioderz1316 #lovenature
Untuk makluman pembaca, tulisan ini saya plagiat sebahagiannya dari
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1095628833844797&set=pcb.1095636763844004&type=3&theater
No comments:
Post a Comment