Objektif
Mengeratkan silaturahim sesama keluarga. Menggalakkan anak-anak kepada aktiviti luar dan alam.
Lokasi
Kuala Sepetang, Kuala Gula
Masa
Satu hari 2pm-6pm
Jumlah Peserta Pada 1 Sesi
10 orang peserta untuk satu kumpulan dengan seorang fasilitator-Guide Alam
Aktiviti
River
Cruise: Berlayar dengan bot dan membuat pemerhatian hutan paya Laut, kampung nelayan, burung-burung laut dan hidupan marin dari persisir sungai.
Memancing: Secara asas, peserta akan diajar A-Z cara memasang joran dan memancing.
Menangkul Ketam: Secara asas, peserta akan diajar A-Z cara memasang tangkul, melabuhkan dan mengangkat tangkul ketam.
Sangkar Ikan: Melawat sangkar ikan dan secara asas, memahami industri penternakan ikan dalam sangkar.
Jungle
Track: Berjalan di atas titi sepanjang 1.2km yang dibina menembusi hutan paya laut, Penerangan akan diberikan berkaitan ekosistem flora dan fauna yang boleh ditemui di sepanjang laluan.
Pemerhatian Burung: Membuat pemerhatian burung di sekitar Perairan dan memahami mengapa hidupan ini perlu dipelihara.
Industri Arang: Memahami bagaimana pengurusan Hutan Paya Laut Matang memdapat pengiktirafan dunia sebagai pengurusan hutan paya laut terbaik dunia dan mengambil pengalaman mengurus alam.
Telefon untuk maklumat lanjut 012 286 36 17
No comments:
Post a Comment