As long as my life, it's already there and history recorded that it
was first builded over 140 years ago, a real life history. The charcoal
kiln an ancient technologies still in use.
Some even say they use the same technique as the pyramid builder. No cement are use to build one and air can’t event pass true.
Believe it? Jom visit Kuala Sepetang charcoal kiln.
Kami Sepetang EM
Sepetang Event Management “Sepetang EM”
Tunjang perniagaan kami adalah pengurusan acara atau majlis “Event Management”. Dari sekecil majlis pertunangan hinggalah ceramah mega.
Tawaran perkhimatan kami secara amnya adalah penyelesaian menyeluruh acara atau majlis pelanggan kami.
Dari penyediaan tapak, khemah, pengangkutan, petugas, tempat penginapan tetamu, promosi, jemputan. Pendek kata pelanggan kami hanya perlu nyatakan tarikh dan jumlah peserta pada majlis mereka dan kami akan pastikan acara atau majlis pelanggan kami terlaksana dan mendapat pujian tetamu.
Monday, 4 January 2016
Wednesday, 30 December 2015
Diari saya bersama keluarga En Mahzan Mahbob dari Batu Cave.
Tugasan ini saya peroleh dari
Kuala Sepetang Eko Tourism seawal 13 Dis 2015. Saya juga telibat serba sedikit
merancang jadual lawatan keluarga ini.
Hari Pertama, Malam Pertama
Kebetulan saya dan keluarga
berada di Jawi Pulau Pinang melawat kenalan dan kami terus singgah di hotel dan
meyambut kedatangan keluarga En Mahzan dan membantu mereka daftar masuk.
Perjalan mereka pada pagi tadi
agak mencabar. Lapuran dan viral di facebook dengan keadaan jalan raya yang
sangat sesak dari arah Kuala Lumpur ke utara. Sebelumnya saya juga telah
menghantar nasihat perjalanan agar keluarga ini dapat memilih option laluan
terbaik dan saya dimaklumkan mereka telah menggunakan jalan lama bermula dari
Tanjung Malim lagi. Alhamdulillah, mereka sampai di hotel tepat pada masa yang
dijadualkan jam 3:30pm.
Aktiviti mereka yang pertama
bermula pada jam 8:30 malam nanti. Sebelum mereka berehat saya telah berjanji
untuk share location makanan tempatan yang hebat dan saya memberi 2 lokasi untuk
mengisi masa lapang pada sebelah petang.
![]() |
| Bihun Sup Selinsing |
Memandangkan jumlah orang luar
yang tinggi di Bagan Serai pada musih cuti ini. Gerai makanan hebat
tempatan
yang pertama telah kehabisan jualan. Mereka kemudian meneruskan perjalanan ke
selatan Bagan Serai untuk menikmati Bihun Sup Selinsing. Lokasi ini yang saya cadangkan untuk option
makan malam. Memandangkan makan malam lebih awal maka saya cadangkan aktiviti
pertama juga diawalkan 1 jam dari jadual asal dan keluarga ini setuju.
Keluarga En Mahzan dan saya tiba serentak
di Jeti Kampung Dew walaupun kami dari destinasi yang berbeza.
Saya telah membuat penerangan
ringkas tentang habitat kelip-kelip Kampong Dew. Do and don’t kerana kami akan
beraktiviti di alam hidupan luar.
![]() |
| Kelip-kelip Kampung Dew |
Cuaca yang baik dan persembahan
kelip-kelip yang banyak seolah-olah meyambut ketibaan kami. Kami juga
digabungkan dengan satu keluarga lain dari Alor Star yang turut membawa 4 orang
kanak-kanak. Jelas di air muka mereka dan tingkah laku mereka yang ini adalah
aktiviti yang sangat seronok. Yang dewasa sukar saya gambarkan kerana
masing-masing control macho dan keayuan.
Serlesai tugasan saya pada hari
pertama. Sebelum melepaskan keluarga En Mahzan untuk aktiviti “lumanasia” di
Bandar Taiping, En Mahzan bisikkan kepada saya “Boleh share lokasi makanan best
lagi”. Tentu saja boleh.
Saya juga nasihatkan semua yang
hadir supaya terus berehat setelah aktiviti malam ini selesai memandangkan pada
esoknya, keluarga ini akan menjalankan aktiviti fizikal yang agak mencabar.
Hari Kedua, Malam Kedua
Malam tadi saya telah kongsikan
lokasi aktiviti perama. Aktiviti yang sangat penting…..Sarapan pagi. Saya telah
mencadangkan sarapan pagi bersama-sama penduduk kampong di Parit Gabis Atas.
Saya memilih keluarga En Zulkaid Anoi yang memiliki sebuah rumah kampong
tradisi. Rumah beliau mempunyai sebuah varanda atau dalam bahasa banjar “Ambin”
dan di sinilah kami dihidangkan dengan Pulut, wadik dan sepat kering. Ini
adalah makanan biasa bagi masyarakat banjar sebelum ke sawah pada masa lalu.
Saya percaya makanan ini kini telah menjadi satu hidangan mewah kerana
kesukaran untuk mendapatkan bahan mentah.
Selain itu roti canai dan nasi
lemak sebagai pemambah menu.
Istimewa juga rumah En Zulkaid
Anoi terletak betul-betul di tepi bendang (Sawah). Begitu dekat sehingga
daun-daun padi tersentuh ke dinding rumahnya. Ini memudahkan keluarga En
Mahzan untuk mendapatkan pengalaman.
Saya mengambil peluang untuk
menunjukkan beberapa peralatan lama yang digunakan untuk mengusahakan bendang.
Antaranya kuku kambing dan tajak. Keluarga ini juga mengambil peluang untuk
menanam padi dengan menggunakan kuku kambing.
Semasa berjalan menuju ke
kenderaan masing-masing En Zulkaid menunjukkan pula hasil tangkapan ikan bendang
dengan menggunakan “Tempirai” (sejenis alat untuk menangkap ikan). Ada pula seeokor ular air sepanjang 2 kaki di
dalam tempirai menambah lagi keterujaan.
![]() |
| Aktiviti Memancing |
Kami tiba di Café Kuala Gula
Resort seperti dijadualkan dan saya sekali lagi membuat taklimat ringkas
tentang apa yang akan dilaksanakan pada sebelah pagi.
Teruja mereka apabila saya
berikan tugasan kepada semua dalam keluarga ini untuk melakarkan pemerhatian
burung.
Saya juga memberi penerangkan
bagaimana tangkul ketam dipasang dan cara memasukkan umpan. Senaja
saya katakan umpan ketam ini berbau busuh dan saya terujakan lagi dengan kenyataan “Saya tak akan pasangkan umpan itu untuk anda”.
saya katakan umpan ketam ini berbau busuh dan saya terujakan lagi dengan kenyataan “Saya tak akan pasangkan umpan itu untuk anda”.
Kami kemudian disambut Oleh En
Azhar, seorang pemandu pelancung berkemahiran setempat yang mempunyai lencana
hijau dan kami memulakan aktiviti pertama dengan memerhatikan hidupan liar di
sepanjang persisir kuala Kuala Gula.
Burung-burung tak terkira
banyaknya. Kami juga dihiburkan dengan 8 ekor memerang dengan cara berenang dan
tingkah laku yang comel-comel. Pada waktu yang sama beberapa orang nelayan
sedang membersihkan udang di 2 bot nelayan masing. Kami meneruskan pelayaran
menyususi kampong nelayan Kuala Gula dan melihat serba sedikit aktiviti mereka
dari jauh.
Semasa sembang santai sesama adik
beradik, saya baru perasan mereka boleh berbahasa mandarin. Apalagi saya pun
cucuk daun dengan kemahiran bahasa ke tiga. Pada peringkat ini mereka masih
malu-malu.
![]() |
| Memasang Umpan Tangkul Ketam |
Setiap dari mereka saya sediakan
2 tangkul ketam dan saya gembira mereka secara terbuka melakukan aktiviti ini.
Sebenarnya bukanlah busuk sangat umpan ketam yang saya sediakan. Hanyalah ikan
sardine yang saya biarkan tanpa ais 24 jam yang lalu.
Sangat sesuai pada waktu ini
kerana air surut. Mudah sedikit untuk keluarga ini memasang tangkul. Masing-masing memilih tempat untuk memasang tangkul yang di dibantu oleh En Azhar.
Sementara menunggu hasil tangkul
ketam tersebut kami meneruskan aktiviti di luar jadual. Kebetulah benting pasir
masih belum tenggelam sepenuhnya (Air mula pasang), Kami ditunjukkan cara
mencari kepah oleh En Azhar dan kebetulah demo tidak perlu dibuat kerana ada
beberapa anak-anak kampong juga sedang mencari kepah. Dari contoh itu kami mula
mencari dan berjaya mengumpul kepah yang agak banyak (bagi kami yang amatur).
Saya perlu membuat pengumuman di sini. Inilah kali pertama saya mencari kepah.
Saya perlu membuat pengumuman di sini. Inilah kali pertama saya mencari kepah.
![]() |
| Mencari Kepah |
Tidak menghampakan kerana antara
hasil pagi ini adalah seekor ikan sembilang laut selain banyak ikan gelama dan
duri.
Sekejap saja masa berlalu dan
kami terpaksa berangkat pulang memandangkan hari ini hari jumaat. Guide
tempatan dan saya perlu ke mesjid untuk tanggungjawab Jumaat.
Sebelum selesai sesi pagi kami ke
lokasi tangkul ketam dan sekali lagi saya biarkan keluaga ini mengangkat sendiri
tangkul-tangkul yang di tinggalkan. Tidak menghampakan. Dari 12 tangkul yang
ditinggalkan 4 darinya memerangkap masing masing seekor ketam nipah yang besar.
![]() |
| Sangkar Ketam Lembut |
Selepas jumaat kami memulakan
sesi ke dua memancing. En Azhar memilih loksi lain dan antara hasih petang ini
adalah seekor ikan pari selain ikan gelama yang banyak.
Jam hampir 5pm kami naik ke jeti
Kuala Gula Resort dan mula bersiap untuk pulang ke hotel. Saya cadangkan kepada
keluarga En Mahzan agar singgah ke bengkal membuat telur masin dan mereka
setuju. Lagipun ia hanya di pinggir jalan menghala ke hotel.
![]() |
| Industri Desa: Telur Masin |
Keluarga ini membeli 2 pak telur
masin dan saya membeli 1 pek telur masin kembar. Saya juga berbahasa menderin
kepada pengeusaha telur masin ini dan semestiya saya mendapat diskaun kerana
kemahiran ini dan saya kemudian menggalakkan anak-anak En Mahzan terus
meningkatkan keupayaan berbahasa kerana saya sebagai bukti tahu banyak
kelebihannya-antaranya tadi, diskaun.
Sesi petang dan hari ini telah
tamat dan saya lepaskan keluarga ini untuk balik ke hotel dan berehat. Saya
akan terus ke Bagan Serai untuk menguruskan makan malam hasil tangkapan mereka
yang dijadualkan pada 8:30pm.
Petang itu hujan lebat, kami dari KSET dan Sepetang EM tidak mengaturkan program. Kami sedia sedar
aktiviti sehari tadi sudah cukup memenatkan.
Jam 8:30 keluarga ini telah
sampai di restoran yang dijanjikan. Sebahagian hidangan telah tersedia di atas
meja meyambut mereka.
![]() |
| Makan Malam Hasil Tangkapan Hari Ini |
Ketam+Kepah masak cili dan ikan
goreng kunyit adalah menu hasil tangkapan sendiri dan lain-lain menu tambahan adalah
Ikan Siakap Kukus Limau, Kailan Ikan Masin, Tamyam Campur dan Telur Dadar.
Kebetulan saya dan keluargapun telah merancang untuk makan di luar. Kami
saling berkenalan sesama ahli keluarga dan menikmati makan malam di restoran yang
sama.
Sebaik selepas selesai makan
malam kami berbual ringkas dan saya lepaskan mereka untuk hari ini dengan
pesanan agar berehat secukupnya memandangkan pada esoknya kami akan melakukan
aktiviti fizikal lagi.
En Mahzan kemudian pulang ke
Hotel dan saya mengambil kesempatan ini untuk bermalam di rumah mertua
memandangkan telah berhampiran sangat dengan lokasi aktiviti.
Hari Ketiga
Tentunya aktiviti yang tidak
boleh ditinggalkan…. Sarapan. Saya memilih kedai yang memang viral dan populer
di alam maya. Kedai Bawah Jejambat. Keluarga En Mahzan tiba tepat pada waktu
yang dijanjikan. Saya tidak melepaskan peluang untuk memperkenalkan kuih dari
masyarakat banjar. Yang saya dapatkan pada pagi tu hanyalah “Bahalungan Hayam”
dan ”Kagatas”. Sebenarnya sudah 3 hari saya mencari rakan-rakan agar dapat
membuatkan untuk kami “Wadai Kipeng” tetapi semuaya kenalan menolak kerana
kerja yang payah untuk memasaknya. Lagipun kuantiti yang sedikit. Saya juga
gagal untuk mendapatkan mereka Kuih Kalakatar sejenis kuih yang mengunakan isi
dan air kelapa muda sebagai sebahagian
resipinya. Apapun ini bukanlah yang dijanjikan dalam pakej lawatan Keluarga En
Mahzan hanya compliment dari kami.
![]() |
| Di Dewan Pameran Ikan Arawana |
Kami kemudian ke ladang ternakan
arawana di Tebuk Pancur Semanggul. Terima kasih kepada pengusaha ladang ini Cik
Lis kerana benarkan kami menggunakan varanda pejabat mereka untuk melihat
keseluruhan ladang mereka. Sebelumnya kami dipertontonkan dengan keunikan
arawana yang dipamirkan dan penjagaan khas kepada ikan-ikan yang berkelaian
upaya (ie OKU).
En Mahzan Bergerak sendiri ke
Bandar Taiping. Saya kemudian menunggu ketibaan mereka di Kilang Kopi tertua di
Malaysia untuk meyaksikan bagaimana serbuk kopi dihasilkan. Kami diberi guiding
oleh En
Firdaus salah seorang guide
kilang. Guiding menjadi lebih menarik kerana pekerja kilang pada waktu itu
sedang bekerja dan dapat dilihat bagaimana proses pembuatan serbuk kopi dari
awal hinggalah akhir.
![]() | ||
| Firdaus-In House Guide |
Pada akhir lawatan. Hasil akhir
kilang ini iaitu air kopi yang sedap dihidangkan kepada kami. Sedap atau tidak
terpulang kepada individu… bukitnya Puan Mas isteri En Mahzan berbelanja agak besar membeli serbuk
kopi dari kilang ini.
Keluarga ini ingin terus ke
Cendol Ansani iaitu salah satu tarikan di Bandar Taiping. Saya memberikan
sebuah walkie tolkie kepada beliau kerana saya perlu berkemunikasi secara
berterusan tanpa menghentikan kenderaan untuk melangkapkan aktiviti Taiping
Trail secara pantas. Hanya satu lokasi yang dilalui iaitu St George Institute
atau kini dikenali sebagai Sekolah Menengah St George Taiping.
![]() |
| Cendul |
Rugi benar jika datang ke Taiping tanpa singgah untuk menikmati cendol. Malah saya yakin lawatan 3 hari 2 malam masih belum cukup masa untuk melengkap lawatan tempat-tempat menarik di Bandar Taiping sahaja.
Kami mengambil gambar bersama di
Hujung Jalan Chug Thye Phin dan megucapkan selamat jalan hingga kita berjumpa
lagi En Mahzan, Puan Normaslina, Amin, Madiha, Adah dan Yan.
Assalamualaikum: 再见
Saturday, 5 December 2015
Rafflesia Week
Suddenly I feel that I must grab this opportunity. A friend in a whatapp group post a picture with a caption about rafflesia blooming just near a corner of my town.
I made some call and manage to get En Mat Bakri who are the owner of a land which this rare flower bloom. He is better know by his nickname “Mat Jepun”.
I reach River Side Café Kampung Sempeneh, Batu Kurau 15 minute early, just enough for me to have a quick breakfast. Mat Jepun arrive just as schedule and he suggest a better and faster route. Now who am I to disagree with a local guide?
Up and down hill, few river to cross and we reach the location 20 minite later.
I did not smell any indication that the flower just next to me until Mat Jepun pointed to it. What I had read so much about, it is so much different than what I feel and saw.
Seeing to believe, the whole perception on rafflesia which I had read from books and google are not the same as it in real life.
Never the less, it good to be here. I spend about ½ an hour and Mat Jepun give me a free tour of his orchard. Yes it on a high hill and a very nice view indeed with a waterfall in sight.
On my way back, I took a detour to Kelawar Cave for a unfinished business. (UiTM Arau interpretation) sini
Well, lucky I’m to be so free on the day rafflesia bloom and stay bloom for another week, and guys, the next bloom expected to be in Jun 2016.
I made some call and manage to get En Mat Bakri who are the owner of a land which this rare flower bloom. He is better know by his nickname “Mat Jepun”.
I reach River Side Café Kampung Sempeneh, Batu Kurau 15 minute early, just enough for me to have a quick breakfast. Mat Jepun arrive just as schedule and he suggest a better and faster route. Now who am I to disagree with a local guide?
Up and down hill, few river to cross and we reach the location 20 minite later.
I did not smell any indication that the flower just next to me until Mat Jepun pointed to it. What I had read so much about, it is so much different than what I feel and saw.
Seeing to believe, the whole perception on rafflesia which I had read from books and google are not the same as it in real life.
Never the less, it good to be here. I spend about ½ an hour and Mat Jepun give me a free tour of his orchard. Yes it on a high hill and a very nice view indeed with a waterfall in sight.
On my way back, I took a detour to Kelawar Cave for a unfinished business. (UiTM Arau interpretation) sini
Well, lucky I’m to be so free on the day rafflesia bloom and stay bloom for another week, and guys, the next bloom expected to be in Jun 2016.
Thursday, 3 December 2015
Bio 510 Field Trip (Lab Practical Four-Bio Conservation) UiTM Arau Perlis
Tugasan ini saya terima pada 21
Nov 2015 daripada pengurus KS Eco Tourism dan dari tarikh itu hinggalah pada
tarikh mula tugasan saya telah meninjau kawasan cadangan lawatan dan
mengulangkaji sejaran.
Kumpulan audian kali ni mengelar
diri mereka Fieldtrip Ecology dari UiTM Arau Perlis yang dianggotai seramai 3 orang
pensyarah dan 36 orang pelajar.
Sebelum ini saya juga pernah
terlibat dengan audian dari UiTM Arau dan merasa bertuah selepas assignment ke dua ini.
Malam 1
Audian tiba di lokasi aktiviti
pertama mereka pada jam 7:15pm dan mereka diberi taklimat ringkas berkenaan kelip-kelip
Kampung Dew. Selepas makan malam mereka menaiki 3 buah bot dalam cuaca yang
sangat baik.
Cuaca yang sangat baik ini
sekaligus menggalakkan kelip-kelip dilihat dengan mudah. Persembahan kelipan
berirama ini seolah-oleh mengalu-alukan kehadiran audian.
Hari 1
Hanya 2 aktiviti pada hari pertama
iaitu jungle tracking dan Night Safari Taiping. KS Eco Tourism telah melantik 4
orang guides tempatan yang tentunya mahir di kawasan kampong halaman mereka. En
Zam, En Jo, En Nizam dan ustas, saya tentulah diwajibkan bersama mereka.
Kami tiba di Sempeneh River Front
dan diberi taklimat keselamatan dan sedikit info apa yang akan dilalui oleh
audian, tidaklah sesuai untuk dimaklumkan semua perkara yang akan dilalui agar
tidak hilang rasa keterujaan audian.
Sebelum sesi pemanas badan, saya
telah membuat demo untuk menghasilkan nyah pacat mesra alam. Tentulah agak
payah tetapi semua melihat dan mengambil perhatian yang penuh. Maklumlah
kebanyakan audian adalah wanita. Nyah pacat ini kalaulah dijual pada waktu itu
tentu saya boleh jadi kaya, apa tidaknya kos tak sampai RM1.
Audian memulakan tracking rentis
dari Sempeneh River Front dengan beberapa kali meranduk Sungai Kurau, mendaki
dan menuruni cerun-cerun.
Gempita juga apabila melalui
kawasan yang menjadi habitat pacat setelah dimaklumkan repellent yang dipakai
tadi telah tidak berkesan selepas meranduk sungai.
Sepanjang tracking sejauh 4km ini
audient diminta melaporkan penemuan-penemuan flora dan fauna.
Kami berhenti rehat dan makan
tengahari di River Side Café yang terletak di sisi Gunung Kurau dan pintu
gerbang Kampong Sempeneh.
Audian memulakan perjalanan
sebelah petang untuk meneroka gua. Laluan agak santai dengan meranduk sungai.
Terdapat banyak gua di sini dan yang dilawati adalah, Gua Pelamin, Gua
Bersanding, Gua Bertapa dan Gua Kelawar.
Paling mencabar untuk diterokai
adalah Gua Bertapa kerana untuk sampai ke muka gua, audian perlu mendaki dan
memanjat tebing berkecuraman hampir 80 darjah, ditambah pula keadaan cerun
yang licin.
Manakala Gua Kelawar pula hanya mampu dimasuki dengan seorang peneroka kerana pintu masuknya yang kecil. Gua kelawar pula adalah gua yang mempunyai kubah terbesar dan dalam yang diterokai bagi audian ini.
Manakala Gua Kelawar pula hanya mampu dimasuki dengan seorang peneroka kerana pintu masuknya yang kecil. Gua kelawar pula adalah gua yang mempunyai kubah terbesar dan dalam yang diterokai bagi audian ini.
Sementara menunggu semua audian keluar
dari Gua Kelawar (Lama sebab kena keluar seorang-seorang) audian yang telah
berada di luar mengambil masa sendiri dengan mandi sungai dan membersihkan diri
di sungai di luar pintu gua. Tentu suasana yang sangat menyegarkan selepas
seharian mengeluarkan peluh.
Malam 2
Kami bertolak balik ke asrama dan
bersiap untuk ativiti malam pula. Sebelum memulakan aktiviti, Audian di
hidangkan dengan BBQ di Mom Prison Corner.
Jadual seterusnya adalah melawat
Night Safari di Zoo Taiping. Separuh
hari ini sebelah pagi audian menjalankan aktiviti jungle tracking dan separuh
hari sebelah petang dengan aktiviti meneroka gua, keletihan amat dapat dilihat.
Saya memberi pilihan kepada audian
samada hendak menggunakan tramp atau berjalan kaki di Night Safari dengan memberi
kebaikan dan kelemahan tramp, maka mejoriti memilih untuk berjalan kaki. Suatu
pilihan yang sangat tepat. Ini kerana jika menggunakan tramp, pelawat hanya
lalu sahaja di kandang pameran tetapi jika berjalan kaki pengunjung boleh
mengambil masa sendiri untuk berinteraksi dengan haiwan yang dipamerkan.
Tamat aktiviti hari ini apabila
jam hampir mencecah jam 12 tengah malam. Audian dibenarkan pulang dan saya
nasihatkan agar terus berehat kerena keesokkan hari masih lagi dengan aktiviti
yang melibatkan tenaga.
Hari 2
Cuaca sangat baik pagi ini, dan
lokasi pilihan untuk beraktiviti pada hari ke 2 ini memang sangat sesuai untuk
diselitkan dengan aktiviti photography.
Tepat jam 9:00 pagi audian tiba
di parkir Hotel Flaminggo dan mereka memulakan aktiviti dengan senaman ringan.
Aktiviti pagi itu adalah melawat
ke lakasi yang tersenarai dalam Taiping Heritage Trail yang berjumlah 21
daripada 39 lokasi kesemuanya dengan tambahan 4 lakasi menarik lain yang berada
berdekatan dengan lokasi Heritage Trail.
Audian memulakan lawatan
dengan berjalan kaki ke Rock Formation lakasi ke 2 di dalam laluan Heritage
Trail memandangkan lokasi pertama telah dilawati pada malam sebelumnya dan
berjalan melawat satu persatu lokasi menarik hinggalah ke Perpustakaan
Peringatan. Seterusnya audian menaiki bas dan melawat 22 lokasi lain.
Sesi pagi ini tamat dengan makan
tengahari secara santai (Berkelah di Taman Tasik Taiping) dan bersolat Zohor di
Masjid Al Hadhri Jalan Matang sebelum bertolak ke Pekan Kuala Sepetang untuk
aktiviti akhir program ini.
Pekan Kuala Sepetang begitu
sibuk pada hujung minggu menyebabkan jalan ke jeti untuk aktiviti river crusing terlalu
sesak dengan lalu lintas. Audian terpaksa berjalan kali ke jeti
akibat kesesakan ini dan akibatnya mereka berpeluang melawat 2 lagi lokasi
bersejarah negara selepas aktiviti river crusing.
2 buah bot telah sedia menunggu audian
berbanding pelancung yang datang secara walk in dimana terpaksa menunggu lama
giliran untuk aktiviti. Itulah baiknya jika kita datang dengan disediakan jadual.
Pakej yang diambil adalah
menyusuri sungai, melawat kampong nelayan, aktiviti nelayan dan burung. Saya juga meminta audian berdoa agar ikan lumba-lumba rajin sikit hari
ini dan masuk ke perairan Sungai Sangga dan boleh dilihat oleh audian.
Semua aktiviti river cursing
dapat diselesaikan. Nampaknya ikan lumba-lumba tidak melihatkan dirinya.
Oleh kerana bas diparking agak
jauh, maka audian saya bawa ke lokasi sejarah yang tidak termasuk dalam pekej
lawatan ini, lagipun ia dalam perjalanan untuk ke parkir bas mereka. Lokasi
pertama adalah dermaga atau pelabuhan untuk mengexpot bijih pertama dan ke 2
stesen keretapi negara yang pertama yang sehingga kini masih berdiri gagah
selepas perasmiannya pada tahun 1885, 130 tahun yang lalu.
Hanpir jam 4:30 petang saya
mengiringi audian ke bas mereka dan mengucapkan terima kasih bagi pihak
pengurusan KS Eco Tourism dan saya Sepetang Event Management. Dan kami amat
berharap meraka akan datang lagi untuk melawat lokasi yang tidak sempat
dijadualkan dalam lawatan mereka seperti dapur arang, hutan paya laut dan
Muzium Matang.
Selamat pulang ke UiTM Arau
Perlis dan gunakanlah ilmu yang telah diperoleh di sini untuk kebaikan diri,
negara dan agama.
Selamat maju jaya
Subscribe to:
Posts (Atom)



































