Kami Sepetang EM

Sepetang Event Management “Sepetang EM”

Tunjang perniagaan kami adalah pengurusan acara atau majlis “Event Management”. Dari sekecil majlis pertunangan hinggalah ceramah mega.

Tawaran perkhimatan kami secara amnya adalah penyelesaian menyeluruh acara atau majlis pelanggan kami.

Dari penyediaan tapak, khemah, pengangkutan, petugas, tempat penginapan tetamu, promosi, jemputan. Pendek kata pelanggan kami hanya perlu nyatakan tarikh dan jumlah peserta pada majlis mereka dan kami akan pastikan acara atau majlis pelanggan kami terlaksana dan mendapat pujian tetamu.

Wednesday, 30 December 2015

Diari saya bersama keluarga En Mahzan Mahbob dari Batu Cave.

Tugasan ini saya peroleh dari Kuala Sepetang Eko Tourism seawal 13 Dis 2015. Saya juga telibat serba sedikit merancang jadual lawatan keluarga ini.

Hari Pertama, Malam Pertama

Kebetulan saya dan keluarga berada di Jawi Pulau Pinang melawat kenalan dan kami terus singgah di hotel dan meyambut kedatangan keluarga En Mahzan dan membantu mereka daftar masuk.

Perjalan mereka pada pagi tadi agak mencabar. Lapuran dan viral di facebook dengan keadaan jalan raya yang sangat sesak dari arah Kuala Lumpur ke utara. Sebelumnya saya juga telah menghantar nasihat perjalanan agar keluarga ini dapat memilih option laluan terbaik dan saya dimaklumkan mereka telah menggunakan jalan lama bermula dari Tanjung Malim lagi. Alhamdulillah, mereka sampai di hotel tepat pada masa yang dijadualkan jam 3:30pm. 

Aktiviti mereka yang pertama bermula pada jam 8:30 malam nanti. Sebelum mereka berehat saya telah berjanji untuk share location makanan tempatan yang hebat dan saya memberi 2 lokasi untuk mengisi masa lapang pada sebelah petang.

Bihun Sup Selinsing
Memandangkan jumlah orang luar yang tinggi di Bagan Serai pada musih cuti ini. Gerai makanan hebat
tempatan yang pertama telah kehabisan jualan. Mereka kemudian meneruskan perjalanan ke selatan Bagan Serai untuk menikmati Bihun Sup Selinsing. Lokasi ini yang saya cadangkan untuk option makan malam. Memandangkan makan malam lebih awal maka saya cadangkan aktiviti pertama juga diawalkan 1 jam dari jadual asal dan keluarga ini setuju.

Keluarga En Mahzan dan saya tiba serentak di Jeti Kampung Dew walaupun kami dari destinasi yang berbeza.

Saya telah membuat penerangan ringkas tentang habitat kelip-kelip Kampong Dew. Do and don’t kerana kami akan beraktiviti di alam hidupan luar.

Kelip-kelip Kampung Dew
Cuaca yang baik dan persembahan kelip-kelip yang banyak seolah-olah meyambut ketibaan kami. Kami juga digabungkan dengan satu keluarga lain dari Alor Star yang turut membawa 4 orang kanak-kanak. Jelas di air muka mereka dan tingkah laku mereka yang ini adalah aktiviti yang sangat seronok. Yang dewasa sukar saya gambarkan kerana masing-masing control macho dan keayuan.

Serlesai tugasan saya pada hari pertama. Sebelum melepaskan keluarga En Mahzan untuk aktiviti “lumanasia” di Bandar Taiping, En Mahzan bisikkan kepada saya “Boleh share lokasi makanan best lagi”. Tentu saja boleh.

Saya juga nasihatkan semua yang hadir supaya terus berehat setelah aktiviti malam ini selesai memandangkan pada esoknya, keluarga ini akan menjalankan aktiviti fizikal yang agak mencabar.

Hari Kedua, Malam Kedua

Malam tadi saya telah kongsikan lokasi aktiviti perama. Aktiviti yang sangat penting…..Sarapan pagi. Saya telah mencadangkan sarapan pagi bersama-sama penduduk kampong di Parit Gabis Atas. Saya memilih keluarga En Zulkaid Anoi yang memiliki sebuah rumah kampong tradisi. Rumah beliau mempunyai sebuah varanda atau dalam bahasa banjar “Ambin” dan di sinilah kami dihidangkan dengan Pulut, wadik dan sepat kering. Ini adalah makanan biasa bagi masyarakat banjar sebelum ke sawah pada masa lalu. Saya percaya makanan ini kini telah menjadi satu hidangan mewah kerana kesukaran untuk mendapatkan bahan mentah.

Selain itu roti canai dan nasi lemak sebagai pemambah menu.

Istimewa juga rumah En Zulkaid Anoi terletak betul-betul di tepi bendang (Sawah). Begitu dekat sehingga daun-daun padi tersentuh ke dinding rumahnya. Ini memudahkan keluarga En Mahzan untuk mendapatkan pengalaman.

Saya mengambil peluang untuk menunjukkan beberapa peralatan lama yang digunakan untuk mengusahakan bendang. Antaranya kuku kambing dan tajak. Keluarga ini juga mengambil peluang untuk menanam padi dengan menggunakan kuku kambing.

Semasa berjalan menuju ke kenderaan masing-masing En Zulkaid menunjukkan pula hasil tangkapan ikan bendang dengan menggunakan “Tempirai” (sejenis alat untuk menangkap ikan). Ada pula seeokor ular air sepanjang 2 kaki di dalam tempirai menambah lagi keterujaan.

Aktiviti Memancing
Kami meneruskan perjalanan untuk aktiviti seterunya di Kuala Gula. Saya memandu mereka melalui jalan pintas (Jalan Banjar) dan terus ke Kuala Gula. Di sepanjang jalan ini pelbagai spesis burung dapat dilihat. Paling banyak adalah Bangau Kecil dan Besar, Helang Dada Putih dan Helang Merah dan pelbagai burung hijrah yang telah bermestautin.

Kami tiba di Café Kuala Gula Resort seperti dijadualkan dan saya sekali lagi membuat taklimat ringkas tentang apa yang akan dilaksanakan pada sebelah pagi.

Teruja mereka apabila saya berikan tugasan kepada semua dalam keluarga ini untuk melakarkan pemerhatian burung.

Saya juga memberi penerangkan bagaimana tangkul ketam dipasang dan cara memasukkan umpan. Senaja
saya katakan umpan ketam ini berbau busuh dan saya terujakan lagi dengan kenyataan “Saya tak akan pasangkan umpan itu untuk anda”.

Kami kemudian disambut Oleh En Azhar, seorang pemandu pelancung berkemahiran setempat yang mempunyai lencana hijau dan kami memulakan aktiviti pertama dengan memerhatikan hidupan liar di sepanjang persisir kuala Kuala Gula.

Burung-burung tak terkira banyaknya. Kami juga dihiburkan dengan 8 ekor memerang dengan cara berenang dan tingkah laku yang comel-comel. Pada waktu yang sama beberapa orang nelayan sedang membersihkan udang di 2 bot nelayan masing. Kami meneruskan pelayaran menyususi kampong nelayan Kuala Gula dan melihat serba sedikit aktiviti mereka dari jauh.

Semasa sembang santai sesama adik beradik, saya baru perasan mereka boleh berbahasa mandarin. Apalagi saya pun cucuk daun dengan kemahiran bahasa ke tiga. Pada peringkat ini mereka masih malu-malu.

Memasang Umpan Tangkul Ketam
Kami kemudian berlabuh di kawasan redup dan mula memasang umpan ketam. Aktiviti yang tak sanggup dilakukan tetapi saya yakinkan anak-anak En Mahzan agar membiasakan diri kerana hasilnya nanti sangat menarik.

Setiap dari mereka saya sediakan 2 tangkul ketam dan saya gembira mereka secara terbuka melakukan aktiviti ini. Sebenarnya bukanlah busuk sangat umpan ketam yang saya sediakan. Hanyalah ikan sardine yang saya biarkan tanpa ais 24 jam yang lalu.

Sangat sesuai pada waktu ini kerana air surut. Mudah sedikit untuk keluarga ini memasang tangkul. Masing-masing memilih tempat untuk memasang tangkul yang di dibantu oleh En Azhar.

Sementara menunggu hasil tangkul ketam tersebut kami meneruskan aktiviti di luar jadual. Kebetulah benting pasir masih belum tenggelam sepenuhnya (Air mula pasang), Kami ditunjukkan cara mencari kepah oleh En Azhar dan kebetulah demo tidak perlu dibuat kerana ada beberapa anak-anak kampong juga sedang mencari kepah. Dari contoh itu kami mula mencari dan berjaya mengumpul kepah yang agak banyak (bagi kami yang amatur).

Saya perlu membuat pengumuman di sini. Inilah kali pertama saya mencari kepah.

Mencari Kepah
Memandangkan air telah mula menengelamkan benteng kami tamatkan aktiviti ini dan memulakan aktiviti memancing.

Tidak menghampakan kerana antara hasil pagi ini adalah seekor ikan sembilang laut selain banyak ikan gelama dan duri.

Sekejap saja masa berlalu dan kami terpaksa berangkat pulang memandangkan hari ini hari jumaat. Guide tempatan dan saya perlu ke mesjid untuk tanggungjawab Jumaat.

Sebelum selesai sesi pagi kami ke lokasi tangkul ketam dan sekali lagi saya biarkan keluaga ini mengangkat sendiri tangkul-tangkul yang di tinggalkan. Tidak menghampakan. Dari 12 tangkul yang ditinggalkan 4 darinya memerangkap masing masing seekor ketam nipah yang besar.

Sangkar Ketam Lembut
Kami berlabuh di sangkar ketam lembut yang juga sebuah restoran terapung di Kuala Gula. Setelah diberi penerangan bagaimana ketam lembut dihasilkan oleh En Azhar keluarga ini saya lapangkan untuk makan tengahari. Tentu saja hidangan istimewa mereka ketam lembut.

Selepas jumaat kami memulakan sesi ke dua memancing. En Azhar memilih loksi lain dan antara hasih petang ini adalah seekor ikan pari selain ikan gelama yang banyak.

Jam hampir 5pm kami naik ke jeti Kuala Gula Resort dan mula bersiap untuk pulang ke hotel. Saya cadangkan kepada keluarga En Mahzan agar singgah ke bengkal membuat telur masin dan mereka setuju. Lagipun ia hanya di pinggir jalan menghala ke hotel.
Industri Desa: Telur Masin

Keluarga ini membeli 2 pak telur masin dan saya membeli 1 pek telur masin kembar. Saya juga berbahasa menderin kepada pengeusaha telur masin ini dan semestiya saya mendapat diskaun kerana kemahiran ini dan saya kemudian menggalakkan anak-anak En Mahzan terus meningkatkan keupayaan berbahasa kerana saya sebagai bukti tahu banyak kelebihannya-antaranya tadi, diskaun.

Sesi petang dan hari ini telah tamat dan saya lepaskan keluarga ini untuk balik ke hotel dan berehat. Saya akan terus ke Bagan Serai untuk menguruskan makan malam hasil tangkapan mereka yang dijadualkan pada 8:30pm.

Petang itu hujan lebat, kami dari KSET dan Sepetang EM tidak mengaturkan program. Kami sedia sedar aktiviti sehari tadi sudah cukup memenatkan.

Jam 8:30 keluarga ini telah sampai di restoran yang dijanjikan. Sebahagian hidangan telah tersedia di atas meja meyambut mereka.
Makan Malam Hasil Tangkapan Hari Ini

Ketam+Kepah masak cili dan ikan goreng kunyit adalah menu hasil tangkapan sendiri dan lain-lain menu tambahan adalah Ikan Siakap Kukus Limau, Kailan Ikan Masin, Tamyam Campur dan Telur Dadar. Kebetulan saya dan keluargapun telah merancang untuk makan di luar. Kami saling berkenalan sesama ahli keluarga dan menikmati makan malam di restoran yang sama.

Sebaik selepas selesai makan malam kami berbual ringkas dan saya lepaskan mereka untuk hari ini dengan pesanan agar berehat secukupnya memandangkan pada esoknya kami akan melakukan aktiviti fizikal lagi.

En Mahzan kemudian pulang ke Hotel dan saya mengambil kesempatan ini untuk bermalam di rumah mertua memandangkan telah berhampiran sangat dengan lokasi aktiviti.

Hari Ketiga

Tentunya aktiviti yang tidak boleh ditinggalkan…. Sarapan. Saya memilih kedai yang memang viral dan populer di alam maya. Kedai Bawah Jejambat. Keluarga En Mahzan tiba tepat pada waktu yang dijanjikan. Saya tidak melepaskan peluang untuk memperkenalkan kuih dari masyarakat banjar. Yang saya dapatkan pada pagi tu hanyalah “Bahalungan Hayam” dan ”Kagatas”. Sebenarnya sudah 3 hari saya mencari rakan-rakan agar dapat membuatkan untuk kami “Wadai Kipeng” tetapi semuaya kenalan menolak kerana kerja yang payah untuk memasaknya. Lagipun kuantiti yang sedikit. Saya juga gagal untuk mendapatkan mereka Kuih Kalakatar sejenis kuih yang mengunakan isi dan  air kelapa muda sebagai sebahagian resipinya. Apapun ini bukanlah yang dijanjikan dalam pakej lawatan Keluarga En Mahzan hanya compliment dari kami.

Di Dewan Pameran Ikan Arawana
Setelah sarapan kami bertolak secara konvoi ke Bukit Merah Lake Town Resort. Saya bawa keluarga ini ke sini untuk melihat secara dekat Tasik Bukit Merah di mana ikan arawana@Kelisa hidup secara liar dan memberi sedikit penerangan mengapa ikan arawana di tempat lain tidak secantik ikan arawana yang hidup di kawasan tasik ini.

Kami kemudian ke ladang ternakan arawana di Tebuk Pancur Semanggul. Terima kasih kepada pengusaha ladang ini Cik Lis kerana benarkan kami menggunakan varanda pejabat mereka untuk melihat keseluruhan ladang mereka. Sebelumnya kami dipertontonkan dengan keunikan arawana yang dipamirkan dan penjagaan khas kepada ikan-ikan yang berkelaian upaya (ie OKU).

En Mahzan Bergerak sendiri ke Bandar Taiping. Saya kemudian menunggu ketibaan mereka di Kilang Kopi tertua di Malaysia untuk meyaksikan bagaimana serbuk kopi dihasilkan. Kami diberi guiding oleh En
Firdaus salah seorang guide kilang. Guiding menjadi lebih menarik kerana pekerja kilang pada waktu itu sedang bekerja dan dapat dilihat bagaimana proses pembuatan serbuk kopi dari awal hinggalah akhir.
Firdaus-In House Guide
Pada akhir lawatan. Hasil akhir kilang ini iaitu air kopi yang sedap dihidangkan kepada kami. Sedap atau tidak terpulang kepada individu… bukitnya Puan Mas isteri En Mahzan berbelanja agak besar membeli serbuk kopi dari kilang ini.

Keluarga ini ingin terus ke Cendol Ansani iaitu salah satu tarikan di Bandar Taiping. Saya memberikan sebuah walkie tolkie kepada beliau kerana saya perlu berkemunikasi secara berterusan tanpa menghentikan kenderaan untuk melangkapkan aktiviti Taiping Trail secara pantas. Hanya satu lokasi yang dilalui iaitu St George Institute atau kini dikenali sebagai Sekolah Menengah St George Taiping.

Cendul
Aktiviti akhir tentulah menikmati cendol. Pada waktu cuti panjang ini kedai kecil dan popular ini tentunya tidak cukup meja dan kerusi. Syukur semasa lawatan ini saya berjaya mendapatkan tempat untuk keluarga En Mahzan.

Rugi benar jika datang ke Taiping tanpa singgah untuk menikmati cendol. Malah saya yakin lawatan 3 hari 2 malam masih belum cukup masa untuk melengkap lawatan tempat-tempat menarik di Bandar Taiping sahaja.

Kami mengambil gambar bersama di Hujung Jalan Chug Thye Phin dan megucapkan selamat jalan hingga kita berjumpa lagi En Mahzan, Puan Normaslina, Amin, Madiha, Adah dan Yan.  

Assalamualaikum: 再见

1 comment:

  1. Top 10 best Casinos in Washington DC
    1. Golden Nugget Casino, Washington, 청주 출장샵 DC United States; 2. Bally's 제천 출장안마 Casino, New London, United Kingdom; 안산 출장안마 3. Caesars 김해 출장샵 Palace, 청주 출장안마 Macao, China

    ReplyDelete