Tugasan ini saya terima pada 21
Nov 2015 daripada pengurus KS Eco Tourism dan dari tarikh itu hinggalah pada
tarikh mula tugasan saya telah meninjau kawasan cadangan lawatan dan
mengulangkaji sejaran.
Kumpulan audian kali ni mengelar
diri mereka Fieldtrip Ecology dari UiTM Arau Perlis yang dianggotai seramai 3 orang
pensyarah dan 36 orang pelajar.
Sebelum ini saya juga pernah
terlibat dengan audian dari UiTM Arau dan merasa bertuah selepas assignment ke dua ini.
Malam 1
Audian tiba di lokasi aktiviti
pertama mereka pada jam 7:15pm dan mereka diberi taklimat ringkas berkenaan kelip-kelip
Kampung Dew. Selepas makan malam mereka menaiki 3 buah bot dalam cuaca yang
sangat baik.
Cuaca yang sangat baik ini
sekaligus menggalakkan kelip-kelip dilihat dengan mudah. Persembahan kelipan
berirama ini seolah-oleh mengalu-alukan kehadiran audian.
Hari 1
Hanya 2 aktiviti pada hari pertama
iaitu jungle tracking dan Night Safari Taiping. KS Eco Tourism telah melantik 4
orang guides tempatan yang tentunya mahir di kawasan kampong halaman mereka. En
Zam, En Jo, En Nizam dan ustas, saya tentulah diwajibkan bersama mereka.
Kami tiba di Sempeneh River Front
dan diberi taklimat keselamatan dan sedikit info apa yang akan dilalui oleh
audian, tidaklah sesuai untuk dimaklumkan semua perkara yang akan dilalui agar
tidak hilang rasa keterujaan audian.
Sebelum sesi pemanas badan, saya
telah membuat demo untuk menghasilkan nyah pacat mesra alam. Tentulah agak
payah tetapi semua melihat dan mengambil perhatian yang penuh. Maklumlah
kebanyakan audian adalah wanita. Nyah pacat ini kalaulah dijual pada waktu itu
tentu saya boleh jadi kaya, apa tidaknya kos tak sampai RM1.
Audian memulakan tracking rentis
dari Sempeneh River Front dengan beberapa kali meranduk Sungai Kurau, mendaki
dan menuruni cerun-cerun.
Gempita juga apabila melalui
kawasan yang menjadi habitat pacat setelah dimaklumkan repellent yang dipakai
tadi telah tidak berkesan selepas meranduk sungai.
Sepanjang tracking sejauh 4km ini
audient diminta melaporkan penemuan-penemuan flora dan fauna.
Kami berhenti rehat dan makan
tengahari di River Side Café yang terletak di sisi Gunung Kurau dan pintu
gerbang Kampong Sempeneh.
Audian memulakan perjalanan
sebelah petang untuk meneroka gua. Laluan agak santai dengan meranduk sungai.
Terdapat banyak gua di sini dan yang dilawati adalah, Gua Pelamin, Gua
Bersanding, Gua Bertapa dan Gua Kelawar.
Paling mencabar untuk diterokai
adalah Gua Bertapa kerana untuk sampai ke muka gua, audian perlu mendaki dan
memanjat tebing berkecuraman hampir 80 darjah, ditambah pula keadaan cerun
yang licin.
Manakala Gua Kelawar pula hanya mampu dimasuki dengan seorang peneroka kerana pintu masuknya yang kecil. Gua kelawar pula adalah gua yang mempunyai kubah terbesar dan dalam yang diterokai bagi audian ini.
Manakala Gua Kelawar pula hanya mampu dimasuki dengan seorang peneroka kerana pintu masuknya yang kecil. Gua kelawar pula adalah gua yang mempunyai kubah terbesar dan dalam yang diterokai bagi audian ini.
Sementara menunggu semua audian keluar
dari Gua Kelawar (Lama sebab kena keluar seorang-seorang) audian yang telah
berada di luar mengambil masa sendiri dengan mandi sungai dan membersihkan diri
di sungai di luar pintu gua. Tentu suasana yang sangat menyegarkan selepas
seharian mengeluarkan peluh.
Malam 2
Kami bertolak balik ke asrama dan
bersiap untuk ativiti malam pula. Sebelum memulakan aktiviti, Audian di
hidangkan dengan BBQ di Mom Prison Corner.
Jadual seterusnya adalah melawat
Night Safari di Zoo Taiping. Separuh
hari ini sebelah pagi audian menjalankan aktiviti jungle tracking dan separuh
hari sebelah petang dengan aktiviti meneroka gua, keletihan amat dapat dilihat.
Saya memberi pilihan kepada audian
samada hendak menggunakan tramp atau berjalan kaki di Night Safari dengan memberi
kebaikan dan kelemahan tramp, maka mejoriti memilih untuk berjalan kaki. Suatu
pilihan yang sangat tepat. Ini kerana jika menggunakan tramp, pelawat hanya
lalu sahaja di kandang pameran tetapi jika berjalan kaki pengunjung boleh
mengambil masa sendiri untuk berinteraksi dengan haiwan yang dipamerkan.
Tamat aktiviti hari ini apabila
jam hampir mencecah jam 12 tengah malam. Audian dibenarkan pulang dan saya
nasihatkan agar terus berehat kerena keesokkan hari masih lagi dengan aktiviti
yang melibatkan tenaga.
Hari 2
Cuaca sangat baik pagi ini, dan
lokasi pilihan untuk beraktiviti pada hari ke 2 ini memang sangat sesuai untuk
diselitkan dengan aktiviti photography.
Tepat jam 9:00 pagi audian tiba
di parkir Hotel Flaminggo dan mereka memulakan aktiviti dengan senaman ringan.
Aktiviti pagi itu adalah melawat
ke lakasi yang tersenarai dalam Taiping Heritage Trail yang berjumlah 21
daripada 39 lokasi kesemuanya dengan tambahan 4 lakasi menarik lain yang berada
berdekatan dengan lokasi Heritage Trail.
Audian memulakan lawatan
dengan berjalan kaki ke Rock Formation lakasi ke 2 di dalam laluan Heritage
Trail memandangkan lokasi pertama telah dilawati pada malam sebelumnya dan
berjalan melawat satu persatu lokasi menarik hinggalah ke Perpustakaan
Peringatan. Seterusnya audian menaiki bas dan melawat 22 lokasi lain.
Sesi pagi ini tamat dengan makan
tengahari secara santai (Berkelah di Taman Tasik Taiping) dan bersolat Zohor di
Masjid Al Hadhri Jalan Matang sebelum bertolak ke Pekan Kuala Sepetang untuk
aktiviti akhir program ini.
Pekan Kuala Sepetang begitu
sibuk pada hujung minggu menyebabkan jalan ke jeti untuk aktiviti river crusing terlalu
sesak dengan lalu lintas. Audian terpaksa berjalan kali ke jeti
akibat kesesakan ini dan akibatnya mereka berpeluang melawat 2 lagi lokasi
bersejarah negara selepas aktiviti river crusing.
2 buah bot telah sedia menunggu audian
berbanding pelancung yang datang secara walk in dimana terpaksa menunggu lama
giliran untuk aktiviti. Itulah baiknya jika kita datang dengan disediakan jadual.
Pakej yang diambil adalah
menyusuri sungai, melawat kampong nelayan, aktiviti nelayan dan burung. Saya juga meminta audian berdoa agar ikan lumba-lumba rajin sikit hari
ini dan masuk ke perairan Sungai Sangga dan boleh dilihat oleh audian.
Semua aktiviti river cursing
dapat diselesaikan. Nampaknya ikan lumba-lumba tidak melihatkan dirinya.
Oleh kerana bas diparking agak
jauh, maka audian saya bawa ke lokasi sejarah yang tidak termasuk dalam pekej
lawatan ini, lagipun ia dalam perjalanan untuk ke parkir bas mereka. Lokasi
pertama adalah dermaga atau pelabuhan untuk mengexpot bijih pertama dan ke 2
stesen keretapi negara yang pertama yang sehingga kini masih berdiri gagah
selepas perasmiannya pada tahun 1885, 130 tahun yang lalu.
Hanpir jam 4:30 petang saya
mengiringi audian ke bas mereka dan mengucapkan terima kasih bagi pihak
pengurusan KS Eco Tourism dan saya Sepetang Event Management. Dan kami amat
berharap meraka akan datang lagi untuk melawat lokasi yang tidak sempat
dijadualkan dalam lawatan mereka seperti dapur arang, hutan paya laut dan
Muzium Matang.
Selamat pulang ke UiTM Arau
Perlis dan gunakanlah ilmu yang telah diperoleh di sini untuk kebaikan diri,
negara dan agama.
Selamat maju jaya
No comments:
Post a Comment