Kami Sepetang EM

Sepetang Event Management “Sepetang EM”

Tunjang perniagaan kami adalah pengurusan acara atau majlis “Event Management”. Dari sekecil majlis pertunangan hinggalah ceramah mega.

Tawaran perkhimatan kami secara amnya adalah penyelesaian menyeluruh acara atau majlis pelanggan kami.

Dari penyediaan tapak, khemah, pengangkutan, petugas, tempat penginapan tetamu, promosi, jemputan. Pendek kata pelanggan kami hanya perlu nyatakan tarikh dan jumlah peserta pada majlis mereka dan kami akan pastikan acara atau majlis pelanggan kami terlaksana dan mendapat pujian tetamu.

Sunday, 25 January 2015

Tetamu dari Politeknik Sultan Azlan Shah Perak dan iM4U



Pada 24 dan 25 Jan, Kuala Sepetang dikunjungi seramai 21 orang pelajar dan 3 orang tenaga pengajar dari Politeknik Sultan Azlan Shah Perak dan iM4U. Diketuai pengarah program Puan Nor Rahimy Bt Khalid. Turut serta dalam rombongan ini Puan Nor Azizan Binti Azrin-Ketua Program Diploma Pemasaran.

Lawatan pertama mereka ke Muzium Matang dan meneruskan lawatan dan mengambil data proses dan perusaan kayu arang dan produk sampingan yang mempunyai nilai tinggi tetapi belum dikembangkan potensi.

Jadual yang padat rombongan ini diakhiri dengan mengalami sendiri aktiviti Jabatan Hutan memelihara hutan paya bakau dengan mengambil bahagian meyumbang tenaga menanam anak-anak bakau di Pulau Sangga, Satu perjalanan yang amat meyeronokkan mengambil masa lebih kurang 30 minit. 

Kumpulan ini tidak terus ke Pulau Sangga, tetapi mengambil data sejarah tapak Gudang Keretapi Tanah Melayu yang pertama yang siap dibina dan digunakan pada tahun 1885.

Amat bertuah kepada rombongan ini apabila perjalanan mereka ke Pulau Sangga dengan menaiki 2 buah bot, mereka diiringi oleh sekumpulan ikan lumba-lumba dari spesis  sousa dan kelibat mamalia ini mula dilihat dari perairan Sungai Sepetang dan sepanjang Sungai Sangga Besar. 

Rombongan ini juga dipertontonkan dengan kehadiran burung Helang Merah dan Bangau dalam jumlah yang besar di Perairan Sungai Sepetang.

Sebelum meneruskan perjalanan pulang ke jeti Jabatan Hutan, kumpulan ini juga dibawa meninjau perkampungan nelayan Kuala Sangga, aktiviti penternakan ikan dalam sangkar dan chelet terapung.

Aktiviti pada hari kedua dipenuhi dengan pengumpulan data dan maklumat aktiviti masyarakat tempatan di Kampung Menteri dan Pekan Kuala Sepetang.

Daripada proses pembersihan udang laut, kerang, perusahaan ikan masih, belacan dan aktiviti ekonomi sekampung iaitu aktiviti mengopek kerang.

Pada akhir lawatan, Pelajar dan tenaga pengajar dari Politeknik Sultan Azlan Shah Perak telah menikmati makanan paling popular di Kuala Sepetang iaitu Mee Udang banjir.

Terima kasih Jabatan Perdagangan-Pemasaran (DPR) Politeknik Sultan Azlan Shah Perak dan kami berharap kunjungan ke Kuala Sepetang dapat memberi pengalaman baru dan berpuashati dengan layanan kami.

Sehingga kita berjumpa lagi









Ikan lumba-lumba dari spesis sousa-sumber google


No comments:

Post a Comment