Kami Sepetang EM

Sepetang Event Management “Sepetang EM”

Tunjang perniagaan kami adalah pengurusan acara atau majlis “Event Management”. Dari sekecil majlis pertunangan hinggalah ceramah mega.

Tawaran perkhimatan kami secara amnya adalah penyelesaian menyeluruh acara atau majlis pelanggan kami.

Dari penyediaan tapak, khemah, pengangkutan, petugas, tempat penginapan tetamu, promosi, jemputan. Pendek kata pelanggan kami hanya perlu nyatakan tarikh dan jumlah peserta pada majlis mereka dan kami akan pastikan acara atau majlis pelanggan kami terlaksana dan mendapat pujian tetamu.

Friday, 2 January 2015

Terma Housekeeting Sepetang EM


Terma dan Syarat Housekeeping Ruang Pejabat:

Berikut adalah terma dan syarat bagi perkhidmatan housekeeping ruang pejabat separuh masa:
Harga yang kami tawarkan bergantung kepada pelbagai faktor. Bagi pembersihan biasa untuk ruang pejabat adalah RM80.00 dilakukan tidak melebihi 3 jam untuk sekali perkhidmatan.

Kerja-kerja tersebut termasuk:

·         Memvakum
·         Membersihkan tandas
·         Membasuh dan mengemas kelengkapan dapur
·         Mengosongkan bakul sampah
·         Nyah habuk perabut dan sawang

Jika kerja-kerja tersebut tidak dapat disiapkan dalam tempoh 3 jam dengan tempo kerja biasa, maka tambahan RM30.00 untuk setiap jam berikutnya.

Terma dan Syarat rumah Housekeeping kediaman:

Berikut adalah terma dan syarat bagi perkhidmatan pembantu rumah separuh masa.
Harga yang kami tawarkan bergantung kepada pelbagai faktor. Bagi pembersihan biasa untuk rumah teres 3 bilik adalah RM80.00 dilakukan tidak melebihi 3 jam untuk sekali perkhidmatan. Tambahan RM20.00 untuk bilik ke 4 dan seterusnya.

Kerja-kerja tersebut termasuk:

·         Memvakum atau mop
·         Mengemas ruang tamu
·         Mengemas tempat tidur
·         Membersihkan tandas
·         Membasuh dan mengemas kelengkapan dapur
·         Mengosongkan bakul sampah
·         Nyah habuk perabut
·         Membasuh, menjemur dan melipat pakaian
·         Menyapu sampah ruang garaj

Jika kerja-kerja tersebut tidak dapat disiapkan dalam tempoh 3 jam dengan tempo kerja biasa, maka tambahan RM30.00 untuk setiap jam berikutnya.

Terma dan Syarat Housekeeping Homestay:

Berikut adalah terma dan syarat bagi perkhidmatan housekeeping Homestay.
Bagi pembersihan biasa untuk rumah terus 3 bilik adalah RM30.00 sekali perkhidmatan. Tambahan RM5 untuk bilik ke 4 dan seterusnya.

Kerja-kerja tersebut termasuk:

·         Memvakum atau mop
·         Mengemas ruang tamu
·   Mengganti cadar, sarung bantal dan tuala (Tambahan RM10 untuk membasuh cadar, sarung bantal dan tuala-Jika kami dibenar menggunakan mesin basuh homestay, perkhidmatan membasuh adalah percuma)
·         Membersihkan tandas
·         Membasuh dan mengemas kelengkapan dapur
·         Mengosongkan bakul sampah
·         Nyah habuk perabut dan sawang
·         Menyapu sampah ruang garaj

No comments:

Post a Comment