Istimewa chelet ini kerana ia dibina di atas paya bakau dengan mengekalkan alam sekitarnya. Suasa sentiasa redup dan udara nyaman dan segar.
Terdapat 8 unit chelet 2 darinya berhawa dingin dilengkapi juga dengan kemudahan kafe dan dewan terbuka.
Dibina di atas keluasan 1 hektar, tapak Chelet akan memberi kita pengalaman menyentuh tumbuhan dan melihat haiwan paya secara dekat tanpa sedikitpun mengotorkan pakaian kerana tersedia titi-titi untuk ke lokasi menarik.
Tiada bayaran masuk dikenakan untuk ke Pusat Eko-Pelajaran Hutan Paya Laut Matang dan di buka dari 7.00 pagi hingga 6.00 petang
Lokasi ini juga sesuai untuk aktiviti perkhemahan dan bermalam .
Dewan Pelantar ini boleh memuatkan 300 peserta pada satu-satu masa |
No comments:
Post a Comment