Kami Sepetang EM

Sepetang Event Management “Sepetang EM”

Tunjang perniagaan kami adalah pengurusan acara atau majlis “Event Management”. Dari sekecil majlis pertunangan hinggalah ceramah mega.

Tawaran perkhimatan kami secara amnya adalah penyelesaian menyeluruh acara atau majlis pelanggan kami.

Dari penyediaan tapak, khemah, pengangkutan, petugas, tempat penginapan tetamu, promosi, jemputan. Pendek kata pelanggan kami hanya perlu nyatakan tarikh dan jumlah peserta pada majlis mereka dan kami akan pastikan acara atau majlis pelanggan kami terlaksana dan mendapat pujian tetamu.

Thursday, 25 June 2015

Bangunan Bersejarah: Masjid Lama Jalan Kota


Masjid lama Jalan Kota ini dibina pada tahun 1893 oleh keluarga Ngah Ibrahim. Masjid  ini dibina bagi menggantikan bangunan asal berupa madrasah yang berstrukturkan kayu. Pengaruh seni bina belanda menjadi inspirasi kepada mesjid pertama yang dibina daripada batu di Bandar Taiping.

Selain menjadi mesjid tertua di bandar Taiping, di bahagian luar terdapat makam-makam terawal dan bersejarah. Antara makam yang ada adalah makam isteri Ngah Ibrahim, Makam Tengku Menteri dan tokoh kemerdekaan Dr Burhanuddin Al Helmi.

Jom ke Kuala Sepetang dan Taiping dan belajar tentang sejarah.
 



Makam Tokoh Sejarah Kemerdekaan Dr Burhanuddin Al Helmi

 

Tuesday, 23 June 2015

Jom ke Kuala Sepetang dan Makan Durian

Kini musim durian di Bukit Gantang dan Batu Kurau. Bukit Gantang terletak kurang 15 kilometer dari Bandar Taiping. Sedia maklum durian dari Batu Kurau dan Bukit Gantang adalah yang terbaik dalam negara.

Untuk musim ini, bagi mana-mana pelanggan yang melebihi 15 orang dan melanggan mana-mana pakej di bawah akan ditawarkan makan durian hingga puas dengan tambahan RM3.00 kepada harga pakej.

Jom ke Kuala Sepetang dan Makan Durian

 

Wednesday, 27 May 2015

Lawatan Sehari Sekolah Tinggi Kluang Johor 2 Jun 2015

Maju Terus Maju: Selamat datang ke Kuala Sepetang rombongan dengan kekuatan seramai 73 orang kakitangan dan pelajar dari Persatuan Sejarah (PESEJA) & Persatuan Sivik, Sekolah Tinggi Kluang Johor.

Mereka di jangka tiba di Taiping pada jam 8:00 pagi 2 Jun 2015 untuk Program Kembara Sejarah dan Khidmat Masyarakat.

Beberapa amalan praktikal dan fizikal juga akan diselitkan sepanjang mereka beraktiviti di Taiping dan Kuala Sepetang.

Antara tempat-tempat bersejarah yang akan dilawati mereka adalah Taman Tasik Taiping yang mula digunakan pada tahun 1880 hingga kini dan merupakan antara taman tasik yang tercantik negara.

Bandar Taiping yang dikenali sebagai Bandar Warisan, mempunyai banyak lokasi bersejarah, beberapa tempat sejarah akan dilawati-walau bagaimanapun akibat kekangan masa, mereka tidak singgah hanya sekadar lalu sahaja.

Adalah tidak lengkap lawatan ke Kuala Sepetang jika tidak singgah di Muzium Matang yang pada asalnya rumah kediaman bagi Ngah Ibrahim. Muzium ini meyimpan koleksi tempatan sekitar Taiping.

Pesatnya industri perlombongan bijih timah di sini menyebabkan pengusaha keretapi mencari altanatif lain selain arang batu sebagai bahan bakar, sumber semula jadi kayu bakau menjadi alternative dan dari sini bermula industri kayu arang.

Rombongan Persatuan Sejarah (PESEJA) & Persatuan Sivik, Sekolah Tinggi Kluang Johor akan di bawa melihat sendiri proses mengeringkan kayu bakau dan hasil utama kayu arang dan hasil-hasil lain yang bernilai tinggi.

Rombongan juga akan diperkenalkan dengan pokok bakau serta flora dan fauna sekitarnya melalui aktiviti jungle track melalu jambatan yang dibina di dalam hutan bakau dan dengan bot meyusuri sungai melihat dari dekat kehidupan nelayan dan hanya dengan bot sahaja tapak asal pelabuhan bijih pertama Negara dapat dilihat.

Jangan tertinggal untuk melihat hidupan yang diancam kepupusan. Hanya tinggal 2 pokok saja diketahui tumbuh di sini-Berus Mata Buaya atau Bruguiera Hainessi.

Peluang menaiki bot juga dapat mendekatkan rombongan Persatuan Sejarah (PESEJA) & Persatuan Sivik, Sekolah Tinggi Kluang Johor dengan kehidupan liar seperti helang dan bangau yang banyak di sini. Dan jika bernasib baik ikan lumba-lumba dari spesis Sausa yang bewarna merah jambu juga akan mengiringi pelayaran peserta. Lebih bernasib baik jika ikan lumba-lumba Irawaddy turut serta kerana spesis ini agak pemalu.

Juga tidak lengkap jika berkunjung ke Kuala Sepetang jika tidak menikmati makanan yang menjadi ikon tempatan-Mee Udang Banjir. Pernah disebut oleh anak-anak pelancung yang pernah menikmati hidangan ini “Hmmm susah nak makan mee ni, udang banyak sangat”.

Aktitiviti akhir pada hari yang dirancang adalah melihat sendiri kehidupan unik kelip-kelip.

Menarik pada spesis ini adalah ia berkelip serentak dengan cahaya yang kecil berwarna puteh. Akibat cahaya yang sedikit ini, iris mata akan terbuka lebih luas dan permandangan menjadi lebih indah.

Selamat menimba sebanyak ilmu di Kuala Sepetang. Terima kasih kepada pihak sekolah kerana memilih kami sebagai pengurus program.

"Maju Terus Maju"

Sepetang Event Managemant

All Saints Church

All Saints Church in Taiping is the Federated Malay States' first Anglican church, founded in 1886 (consecrated in 1887). Located on Taming Sari main road, the church sits in the outskirts of Taiping.

The church features a timber facade and gothic architectural design, with a small adjacent cemetery. Its cemetery is laden with beautifully crafted tombstones of European settlers and young servicemen who did not make it home.

It is considered one of Malaysia's precious heritage sites.





http://en.wikipedia.org/wiki/All_Saints%27_Church,_Taiping

Tuesday, 26 May 2015

Penjara Taiping

Penjara Taiping telah dibina pada tahun 1879, iaitu semasa pentadbiran Sir Hugh Low iaitu residen ketiga Perak. Pada tahun 1879 - 1960, pentadbiran Penjara Taiping berada di bawah pengurusan pegawai Inggeris. Penjara Taiping telah dibina di atas tanah seluas 5.159 hektar dengan menggunakan tenaga buruh paksa yang terdiri daripada tawanan perang atau banduan yang dibawa masuk dari India dan Afrika. 

Bahan-bahan binaannya pula diimport dari England melalui Syarikat Hindia Timur Inggeris. Tujuan Penjara Taiping dibina adalah untuk memenjarakan ahli kumpulan kongsi gelap Ghee Hin dan Hai San. Di samping itu juga bagi memenjarakan pembesar Melayu yang menentang penjajahan Inggeris dan penjenayah yang lain seperti perompak, pencuri, pembunuh dan sebagainya.

Struktur fizikal awal terdiri daripada pagar kayu setinggi 9 kaki dan 5 buah bangunan yang diperbuat daripada separuh batu-bata yang bersambung di antara satu sama lain. Setiap bangunan dapat memuatkan 50 orang banduan sahaja. Semasa permulaan pembinaan Penjara Taiping dikenali sebagai Penjara Larut kemudian ditukar kepada Penjara Pusat Latihan Taiping.



Muzium Perak

Terletak di Jalan Taming Sari, Taiping (GPS 4.860036, 100.745686). Muzium Perak merupakan institusi muzium tertua di negara ini yang diasaskan oleh Sir Hugh Low pada tahun 1883 yang menempatkan pelbagai koleksi spesimen zoologi, herbarium dan alat budaya masyarakat Melayu. Pembinaan bangunan muzium dilakukan secara berperingkat di mana fasa pertama dibina pada 1883 dan selesai pembinaannya pada 1886. Fasa seterusnya bermula pada 1889 dengan pembinaan serambi hadapan dan belakang.

Pada 1900, bahagian belakang bangunan asal telah disambung untuk Balai Pameran dan pembinaan ini siap sepenuhnya pada 1903.

Pembinaan bangunan muzium ini diusahakan oleh Residen Perak, Sir Hugh Low dan kurator pertama Muzium Perak ialah Leonard Wray Jr. Keunikan bangunan muzium yang berunsurkan senibina Moorish ini merupakan pusat penyelidikan, pengumpulan, dan pemeliharaan warisan harta kebudayaan masyarakat tempatan serta sejarah alam semulajadi.  

Muzium ini yang ditadbir oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti mempunyai tarikan utama iaitu koleksi orang asli yang lengkapdan terbaik. Selain itu, terdapat juga peralatan-peralatan peninggalan British seperti sauh kapal, tugu peringatan, kapal terbang dan lanca. 

Merupakan muzium pertama di Malaysia dan siap sepenuhnya pada tahun 1903 untuk sedia digunakan.

Muzium Perak mempunyai koleksi haiwan-haiwan yang diawet seperti seladang, spesis-spesis burung, rusa dan sebagainya.




Tanah Perkuburan Perang Dunia Ke 2


Tanah Perkuburan Perang Dunia Kedua Taiping yang terletak di Jalan Bukit Larut (GPS 4.858974, 100.757587) jalan yang menuju ke kaki Bukit Larut dan berhampiran Taman Tasik Taiping. 

Perkuburan ini merupakan kuburan  para tentera kerajaan British yang terkorban sepanjang Perang Dunia Kedua. Perkuburan ini menempatkan parajurit-parajurit dari Royal Malay Regiment, Gurkha, British dan Tentera Australia yang terbunuh semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu.