Membuat Keputusan
Ilmu perlu
ditambah dan menjadi mainan saya dan sepatutnya saya tahu saya perlu mempunyai
ilmu yang lebih sedikit berkenaan alam, sejarah dan budaya. Tapi kini bukanlah
ia menjadi kewajipan untuk saya tahu tapi lebih kepada minat.
Saya telah
beberapa kali berusaha untuk mendapat kerjasama terus dari orang asal untuk
belajar kehidupan cara mereka. Tetapi masih belum mendapat kata putus dari
kenalan-kenalan dari orang asal.
Pendedahan
mengenai budaya dan cara hidup mereka amat sedikit dan attachment kepada mereka
sangat terhad dari segi masa.
Santai di
rumah selepas seharian bekerja petang khamis 30 Nov 2017, sambil membaca
posting-posting dari rakan-rakan FB yang kebanyakkannya adalah yang meminati
aktiviti luar dan pemain industri pelancung selain bekas-bekas pelanggan saya.
Maka terlintas satu posting dari Hafizudin yang mengiklankan kekosongan peserta
untuk kem di perkampungan orang asal. Tambah menariknya bukan saja lokasinya
yang dekat malah aktiviti yang bakal diisi adalah yang memenuhi keperluan yang
saya cari.
Terus saja
saya membuat pertanyaan melalui ruang komen untuk saya turut serta dan sejam
kemudian telah mendapat jawapan. Shukur masih ada ruang untuk saya.
Seawal peringkat ini saya berterima kasih kepada penganjur secara berkala memberikan sedikit
nasihat perjalanan dan keperluan untuk aktiviti.
Hari Pertama
Tidak banyak
keperluan yang saya bawa. Hanya sekadar seperti yang dinasihatkan oleh
penganjur. Kebanyakan keperluan telah saya ada, cuma perlu disusun di dalam bag.
Hanya 1 saja yang baru….. bateri.
Mengikut
jadual penganjur pada jam 3 petang peserta akan bertolak dari Ipoh ke Sungai
Siput. Saya telahpun memaklumkan penganjur yang saya terus ke Sungai Siput memandangkan
saya dari arah Taiping.
Saya memandu sendiri dan bercadang untuk terus memandu ke lokasi kem. Apabila samai di tempat berkumpul di Sungai Siput saya dimaklumkan tayar 4X4 saya tidak sesuai dan saya patuh saja nasihat penganjur untuk car pool dari Sungai Siput ke kem.
Seperti biasa
pada mana-mana kumpulan yang bergerak secara berkumpulan akan berlaku sedikit
kelewatan akibat pelbagai masalah yang tidak diduga. Walaupun jadual asalnya
untuk kami bergerak ke kem pada jam 4 petang tatapi hanya dapat bergerak pada
jam 6 petang.
Perjalan
mengambil masa hampir 40 minit di atas jalan raya bertar yang agak berselekoh
tetapi baik. Kami singgah di masjid Kampung Bawong untuk yang belum sempat
bersolat asar dan saya mengambil peluang untuk berbual dan berkenalan dengan
tatamu masjid pada petang itu. Ialah ini kali pertama saya bertemu mereka dan
masih tidak mengenali. Tetapi saya tersalah kumpulan kerana kumpulan yang saya
perkenalkan diri itu bukanlah dari kumpulan yang sama. Walau bagaimanapun saya
tetap kembangkan rangkaian kenalan.
Kami
meneruskan perjalanan menuju ke kem dan seperti biasa apabila memasuki kawasan
hutan cuacanya cepat gelap dan kami tidak dapat mengecam jalan. Konvoi
kenderaan 4X4 hanya mengikuti kenderaan paling hadapan dan bagi menghilangkan
rasa bosan kami berkongsi teka-teki melalui rangkaian warkie talke.
Ialah nak
beronline pun tak berapa nak ada line sepanjang perjalanan dengan kelajuan
maksima 30km/j ini.
Kami sampai
di tapak kem pada jam lebih kurang 8:00 malam dan disambut oleh ramai orang
asal yang setia menunggu sejak jam 6 petang tadi.
Saya
mempunyai masa yang agak lapang sedikit kerana tidak membawa banyak
keperluan. Maka masa yang ada itu saya bantu petugas untuk memindahkan logistic
mereka dari dalam kenderaan ke salah sebuah rumah orang asal.
Kami
ditempatkan di dewan adat yang berkeluaran 22X60 kaki lebih kurang. Terdapat 2
ketinggian lantai yang mana salah satunya lebih tinggi dari yang satu lagi pada
ketinggian 13/4 kaki. Daripada 4 sisi dewan adat ini hanya 1 sahaja yang
berdinding manakala 3 lagi hanya dipagari dengan 2 patang buluh secara
melintang.
Terdapat 3
anak tangga pada balai adat ini dan luas hampir 12 kaki. Reka bentuk ini sesuai
untuk sebuah banguan yang sering diguna oleh ramai orang pada satu-satu ketika.
Sepanjang berurusan di dalam dewan ini tidak pernah kami jam di pintu.
Manakala
peserta wanita ditempatkan di sebuah rumah lain yang juga didirikan dari sumber
alam. Beratap bertam, berdinding dan berlantai buluh. Bezanya rumah ini adalah 3
dari sisinya berdinding penuh dan 1 darinya berdinding separuh lebih kurang 4
kaki dari lantai dan mempunyai pintu yang diperbuat juga dari sulaman buluh.
Keluasan rumah ini lebih kurang 20X12 kaki.
Semua peseta
secara sukarela membantu maka kerja-kerja memunggah barangan sebentar sahaja diselesaikan.
Saya kemudian mengambil peluang untuk mengemas diri dan menunaikan yang wajib.
Dan sebahagian peserta pula membantu orang asal memasak makanan untuk malam
ini.
Setelah
selesai urusan mengemas pihak urusetia memperkenalkan diri dan begitu juga
pemegang-pemegang jawatan dari komuniti orang asal.
Kami juga
diperkenalkan depada seorang remaja orang asal yang akan menjadi pemudah cara
(En Wahab) untuk apa juga urusan atau kekeliruan sepanjang program. Mungkin
atas factor masa tiada sesi ice breaking untuk peserta dan komunikasi menjadi
sedikit sukar kerana saling tidak mengenali.
Urusetia
rombongan telahpun beberapa kali membuat provokasi semasa sebelum bertolak lagi
dengan menguploadkan melalui whatapp gambar-gambar sekitar kem dan juga
gambar-gambar makanan yang bakal dihidang pada malam itu. Hampir 70% adalah
makanan orang asal dan inilah spesifikasi yang saya mahu.
![]() |
Makan Malam Yang Lewat Sangat Menyelerakan |
Setelah
terhidang makanan, saya cuba mendahulukan semua makanan dari orang asal
antaranya ubi kayu rebus dan bakar. Secara spontan, mungkin telah menjadi
kebiasaan saya mengglakkan semua yang duduk dekat dengan saya untuk mencuba
yang lain dari biasa.
Saya menahan
diri dari mengambil ikan rebus goreng (salah satu menu) agar keaslian masakan
orang asal itu tidak diganggu olehnya.
Ini adalah
pengalaman pertama saya makan makanan orang asal walaupun telah banyak kali
menyertai program pendek bersama dengan masyarakat orang asal. Hampir semua
makanan mereka tawar. Mungkin tidak langsung diletakkan garam. Tak menjadi
masalah kepada saya kerana ini adalah pembelajaran kelas budaya.
Semua aktiviti
outdoor yang pernah saya lalui belum pernah lagi masakan yang dihidang tidak
sedap. Semuanya saya berupaya menghabiskan hingga 3 pinggan nasi. Tambahan pula
hidangan makan malam ini hanya siap pada jam 10:50 malam. Saya dan keluarga
makam malam pada jam 6:30 petang. Bayangkan lah betapa laparnya saya pada waktu
itu.
Pinggan
pertama adalah 100% hidangan dari orang asal. Ubi kayu rebus dan bakar dan
pinggan ke 2 nasi dan pucuk paku. Malam itu saya vegetarian. Nak tambah kali ke
3 tu dah jadi malu sikit.
![]() |
Pucuk Paku Ini Amat Sedap |
![]() |
Ubi Kayu Rebus |
Malam itu
masa begitu pantas. Saya adalah yang paling awal tidur setelah kuasa letrik
dari engine ganarator terhenti akibat kehabisan minyak. Barulah saya sedar
kampong ini belum dibekalkan elektrik. Mujurlah lampu suluh senang dicapai dan
dapat membantu untuk urusan-urusan akhir sebelum tidur.
Hari Kedua
Saya tidur
dengan sangat selesa walaupun tidak ada alas dan semata-mata di atas lantai buluh.
Suhu memang sejuk sekitar 20c tetapi menjadi selesa kerana saya dinasihatkan
oleh urusetia untuk membawa sleeping bag.
Tak ramai yang dapat bangun awal pada subuh itu dan saya dapat menggunakan bilik air yang cuma ada 1 dengan selesa. Cuma saya tak berupaya mandi pada cuaca yang sejuk. Saya menumpang solat dengan kumpulan pemandu 4X4 yang mana mereka meyertai kem ini semata-mata ingin menikmati aktiviti lasak kenderaan 4X4. Mereka mempunyai kelengkapan outdoor yang lebih baik dan mendirikan kemah dan arena sendiri.
Tak ramai yang dapat bangun awal pada subuh itu dan saya dapat menggunakan bilik air yang cuma ada 1 dengan selesa. Cuma saya tak berupaya mandi pada cuaca yang sejuk. Saya menumpang solat dengan kumpulan pemandu 4X4 yang mana mereka meyertai kem ini semata-mata ingin menikmati aktiviti lasak kenderaan 4X4. Mereka mempunyai kelengkapan outdoor yang lebih baik dan mendirikan kemah dan arena sendiri.
Jadual untuk
ke Kampung Beng agak lewat dari jadual asal. Kami dimaklumkan jalan untuk
menuju ke kampong tersebut agak sukar dan bertambah sukar setelah berlakunya
tanah tuntuh dengan dipersedapkan resepi lagi hujan yang lebat semalam. Resepi
ini cukup untuk menenggelamkan 4X4 kami kelak.
![]() |
Bersiap Untuk Ke Kampung Beng |
Satu pasukan
tinjau telah dihantar dahulu untuk menaksir keadaan dan setelah itu kami
memperoleh lampu hijau untuk kami teruskan aktiviti.
Baharu bagi
saya adalah proses menukar tayar dan memasang rantai pada tayar 4X4.
Keadaan jalan
untuk ke Kampong Beng ini kebanyakkannya telah ditutupi dengan batu granite.
Hanya terdapat 2 lokasi berlaku tanah runtuh dan akibat hujan ia menjadi
berlumpur dan licin. Tambahan pula lokasi itu juga berkeadaan mendaki yang
curam. Jika saya memandu 4X4 saya tentu tidak dapat melalui lokasi ini.
Terdapat juga
pokok tumbang menghalang laluan kami. Maka beramai-ramailah kami yang membawa
parang untuk memotong pokok tersebut. Paling besar dengan ukur keliling 0.5
meter. Tak lah besar tetapi banyak. Kerja membersihkan jalan ini sekejap sahaja
kerana ramai yang meyumbangkan tenaga.
![]() |
Pokok Tumbang Menghalang Perjalanan |
Perjalanan ini
memakan masa hampir 1 jam dan kami tiba di empangan TNB dan bersiap untuk
trakking hutan pula.
Pada waktu
kami tiba di empangan hujan mula turun dan ramai diantara peserta telah
mengenakan baju hujan.
![]() |
Empangan TNB |
Sebelum
bertolak lagi urusetia telah memaklumkan agar membawa bekalan makanan kerana
tiada makanan tenghari untuk tenghari ini. Kebetulan saya mengambil 3 ketul ubi
kayu goreng lebihan sarapan pagi tadi. Daripada 3 ketul ubi kayu goreng itu
saya hanya makan 1/6 dan selebihnya dikongsikan dengan yang lain.
Di sini juga
peserta dibahagikan kumpulan. 5 kumpulan dan setiap kumpulan juga disertai oleh
3 orang asal. Berlapang dadalah kami untuk menerima apa saja ilmu yang akan
diijazahkan oleh mereka.
Kami
memulakan trakking dengan menyusuri Sungai Piah dan ditemani guru-guru dari
komuniti orang asal. Sepanjang perjalanan ini kami diperkenalkan dengan
nama-nama tumbuhan samada ia boleh dimakan atau dibuat ubat.
![]() |
Hujan + Meranduk Sungai |
Kami berjalan
sejajar dengan laluan sungai dan 3 kali meranduk sungai. Dan terdapat satu
pendakian yang sempit untuk naik ke paras yang lebih tinggi sebelum tiba di
kawasan yang menjadi kebun kepada orang asal di Kampong Beng.
Banyak pokok
ubi kayu yang agak tua di kebun ini berselang seli dengan anak-anak pokok
getah. Dan setelah
hampir 40 minit berjalan maka kami tiba di Kampung berg. En Wahab terus berdemo
dengan minum dari sumber air anak sungai dan terus menyuruh saya mencuba.
Rasanya saya seorang saja yang mencuba.
Air 100% mineral dan dengan ketinggian
1070 meter dari paras laut tentulah Kampong Beng ini bersusu tanah tinggi yang
sejuk. Waktu kami tiba pada jam 12 tenghari suhunya sekitar 24c, maka air anak
sungai tadi rasanya sejuk dan amat menyegarkan. Terasa pula sebotol air mineral
yang dibawa tadi satu kerugian.
Di kampong
ini kami menghabiskan masa selama 3 jam dengan menemuduga penduduknya dan
mengambil maklumat sebanyak mungkin aktiviti harian mereka.
Hanya
terdapat 3 buah rumah sahaja yang saya dapat lihat dan berjarak 30 meter setiap
satu.
![]() |
Bergambar Di Salah Sebuah Rumah Di Kampung Beng |
Kumpulan saya
lebih tertumpu kepada rumah yang tengah dan sebahagian lagi peserta mendaki ke arah rumah yang berada di atas bukit dan sebahagian lagi meranduk sebatang anak
sungai menuju ke sebuah rumah lagi.
Kumpulan kami
membuat keputusan untuk focus kepada pokok tembakau dan mendokumenkan dari ia disemai
hinggalah produk akhir dan kegunaan tembakau. Maka sibuklah masing-masing
mengambil rakaman dan menemuduga orang asal yang ada. Dan di kalangan kami
secara hands on melakukan proses-proses itu. Yang paling menerujakan adalah
peserta yang merokok dan mencuba rokok tembakau hasil dari orang asal. Hmmmm
sampai terpejam mata menikmati.
![]() |
Tembakau Yang Telah Siap Disalai |
Selain itu
kumpulan lain dapat menemukan tumbuhan yang lebih bernilai antaranya tongkat
ali. Kami juga agak bertuah kenara penduduk yang sangat ramah ini turun memberi
kami rasa makanan yang mereka sediakan untuk makan tenghari dan cara-rara
penyediaanya.
![]() |
Tumbuhan Seperti Gandum Ini Menjadi Antara Makanan Ruji |
Maka masa
telah tiba untuk kami balik ke kem dan seperti biasa perjalanan pulang terasa
lebih singkat dari pergi. Tambahan pula semua halangan semasa pergi tadi tidak
dilalui lagi.
Kami tiba di
kem lebih kurang jam 6 petang dan masing-masing telah agak keletiah untuk
menjalankan aktiviti yang dijadualkan. Walau bagaimanapun masih terdapat
peserta yang meraikan orang asal menjalankan aktiviti riada dengan perlawanan
persahabatan sepak takrow. Walaupun pada asalnya perlawanan persahabatan bola
sepak.
Option pada
perlawanan bola sepak adalah beriadah mandi sungai. Saya tidak menganggpa ini
adalah satu aktiviti tetapi lebih kepada keperluan diri sendiri.
Air Sungai
Piah ini deras dan tiada lubuk yang selamat untuk mandi. Saya agak khuatir
dengan keselamatan dan hanya mandi di lokasi yang paling difikirkan selamat.
Tak boleh lama aktiviti ini kerana air sungai sangat sejuk.
![]() |
Arus Sungai Piah Agak Deras |
Seterusnya
semua yang ada membantu untuk meyediakan makan malam dan kami makan agak awal
pada malam itu pada sekitar jam 7:30 malam. Antara menu yang paling sedap
adalah umbut bayan. Lain-lain juga sangat sedap.
Malam tidak
berakhir begitu sahaja. Kami kemudian dipertontonkan pula dengan tarian sewang
meyambut tetamu. Tariah dan persembahanyang sangat panjang dan diiringin dengan
alat muzik yang sangat mudah diperoleh dari alam.
6 orang
wanita dengan 2 batang buluh setiap seorang. Buluh seruas pelbagai ketinggian
diketuk di diatas sebatang kayu seoleh-oleh sedang menumbuk sambal menghasilkan
renak yang lunak.
Beberapa anak
remaja lelaki pula menari menghentak kaki di atas lantai rumah adat yang
diperbuat dari buluh menghasilkan satu jenis bunyian lain.
Pada waktu
yang sama seorang seolah tok dalang dalam persembahan dikir menyayikan lagu
dalam dialeg temiar. Penyanyi ini bergilir-gilir dan inilah yang menyebabkan
persembahan mereka menjadi begitu lama.
Kami dijemput
untuk juga menghentak kaki di lantai mengikut rentak yang dialun oleh kaum
wanita tetapi kami bukanlah yang biasa dan peyertaan kami dalam tarian itu
hanyalah sebagai perosak irama. Apapun lama-kelamaan rentak itu dapat dikuasai
dan menjadi lebih merdu untuk didengar.
Yang
menariknya hentakan kaki secara serentak ini mengakibatkan lantai rumah adat
berhinggut dengan kuat dan saya secara peribadi amat risau dengan jumlah kami
seramai 35 orang dan ditambah pula komuniti orang asal yang lebih ramai
menimpbulkan persoalan. Mampulah rumah adat ini bertahan dengan hentakan itu.
Hmmm selamat semuanya hingga akhir tarian sewang.
Bagus tarian
ini kerana ia sangat membakar kelori dan semuanya berpeluh seperti baru balik
dari larian 4X100 meter.
Hai. Tak
habis di sini aktiviti malam itu. Orang memberi kita merasa. Maka tibalah masa
untuk kami memberi sedikit ilmu kepada komuniti orang asal.
Satu bengkel
mencetak baju dikendalikan dan komuniti orang asal ditunjukkan cara-cara
mencetak baju dengan peralatan yang mudah dan boleh dipraktikkan.
Perkongsian
ilmu ini berlarutan hingga mencecah jam 12:30 pagi dan dihentikan memandangkan
peserta tidak dapat memberi tumpuan penuh akibat mengantuk dan keletihan.
Peluang dan
masa ini saya gunakan untuk bersedia untuk tidur dan berehat.
Hari Ketiga
Kerap kali
terjaga pada malam itu bukan sebab diganggu oleh apa-apa elimen tetapi lebih
kepada sangat sejuk. Suhu pada malam itu mencecah 18c. Walaupun telah berkurung
di dalam sleeping bag namun masih tidak upaya untuk bertahan.
Hampir masuk
waktu subuh saya tidak dapat tidur lagi dan duduk berselimut. Rupanya bukan
saya seorang sahaja begitu. Dalam samar subuh itu saya dapat melihat beberapa
peserta lagi berperilaku menahan sejuk.
Sebaik
selepas subuh saya dengan berselimut berjalan menuju ke hujung kampong pos piah
untuk memanaskan badan dan menikmati udara sejuk dan permandangan. Hijau
sehijau hijaunya kampong ini dan udaranya sangat segar.
Selepas
bersarapan kami mula mempelajari ilmu-ilmu hutang yang diturunkan oleh
pakar-pakar hutan orang asal. Saya gelarkan sesi ini kulian bio flora semester
1.
Lebih kurang
40 pokok herba diperkenalkan dan sehingga pokok yang ke 20 saya tidak dapat
lagi menyerap ilmu yang begitu banyak. Memori dah kurang. Keterujaan saya
secara peribadi untuk ilmu ini membuatkan saya bertahan hinggalah ke semester
akhir. Rasanya saya hanya bergraduasi dengan 2.67 sajalah.
Terdapat 1 lagi
kuliah bio saya namakan kuliah bio fauna. Yang ini hanya sebagai tambahan ilmu
iaitu cara memerangkap haiwan sebagai sumber makanan dan bengkel meyumpit.
Hei….. taklah saya nak tunjukkan skill tapi dah diminta saya sumpit jugalah. Di
sini walaupun tidak disuruh oleh mana-mana urusetia, saya mengambil kesempatan
menggalakkan semua peserta yang ada untuk mencuba. Bukan senang untuk
pengalaman ini.
Berselang-seli
dengan aktiviti lain, komuniti orang asal yang dibantu peserta telahpun mula
memasak untuk kenduri kampong pada tenghari nanti. Saya mengabil peluang untuk
membantu dengan menyalakan satu unggun api untuk memasak nasi.
Istimewa
hidangan tenghari ini adalah semuanya akan dimasak dengan api kayu dan dimasak
di dalam buluh.
Pada sesi
gotong royong ini juga kami diperkenalkan dengan beberapa lagi jenis tumbuhan
yang digunakan sebagai bahan masakan, penambah perisa atau bantuan untuk
memasak.
Maka setelah
begitu banyak ilmu yang diperoleh sampailah masa untuk kenduri kampong. Orang
asal yang bukan beragama islam ni pun memulakan upacara mereka dengan membaca
doa. Tak tahulah apa yang didoakan tetapi dari campuran bahasa temiar dan
melayu ini dapatlah disimpulkan mereka minta dihindarkan dari segala bala.
Ada juga amin
dihujung bacaan doa tu.
Bayak resepi baru
yang dihidang pada tenghari ini. Semuanya diasaskan dengan masakan di dalam
buluh dan antaranya ala-ala sup ayam, sup ikan keli. Makanana orang asal
antaranya kacak. Ubi kayu rebus dan bakar masih dihidangkan. Seperti biasa saya
makan mengikut fasa iaitu fasa 100% orang asal dan sepinggan lagi makanan yang
campuran.
Belum habis
di situ. Selepas makan satu sesi dialog dan mencurahkan perasaan apa yang
diinginkan oleh orang asal. Mereka menyuarakan hasrat dan kami sebagai peserta juga berjanji
akan cuba membantu sedanya untuk memenuhi keperluan tersebut.
Kemuncaknya
adalah kami bersalaman dan saya mengambil peluang yang ada untuk bertukar-tukar
nombor telefon dengan komuniti orang asal. Dan kami berangkat pulang pada jam
lebih kurang 4 petang.
Ini adalah
minggu ke dua selepas meninggalkan Pos Piah. Dari kumpulan whatapp, kami masih tak
habis dan masih belum move on dengan berkongi pengalaman..
Dah saya
sudahpun cuba mencari ruang lain untuk beraktiviti dengan mereka lagi.
Terima kasih kepada team penganjur. Sangat hebat kalian dan saya sangat bersyukur kerana dapat menimba ilmu dan pengalaman ini.