31 Okt 2015 Manjung, tugasan ini
saya terima sehari sebelumnya. Bagi saya ini adalah tugasan routine yang tidak
perlu persediaan yang terperinci. Cukup saya mengambil tahu umur audient.
Setelah bertemu dengan mereka cikgu-cikgu dan murid-murid dari SK Pos Perwor Sungai Siput Perak dengan
kekuatan 44 orang, saya merasakan diri ini sangat kecil berbanding ilmu hal
alam yang mungkin telah semula jadi diperoleh dari lapangan oleh murid-murid orang
asal dari kaum temiar ini.
Tambahan pula saya sedar ilmu hal hutan di dada ini masih sangat sedikit tambahan pula ilmu iktiar hidup yang belum pernah diuji. Teringat pula kejadian 7 orang murid SK Pos Tohai Gua Musang yang berumur sebaya dengan audient ini. Dua dari mereka berjaya mengharungi ujian bersendirian dalam hutan tanpa apa-apa bantuan iktiar hidup selama 47 hari. Satu tempoh yang kebanyakan orang bandar tak akan mungkin boleh dicapai.
Tambahan pula saya sedar ilmu hal hutan di dada ini masih sangat sedikit tambahan pula ilmu iktiar hidup yang belum pernah diuji. Teringat pula kejadian 7 orang murid SK Pos Tohai Gua Musang yang berumur sebaya dengan audient ini. Dua dari mereka berjaya mengharungi ujian bersendirian dalam hutan tanpa apa-apa bantuan iktiar hidup selama 47 hari. Satu tempoh yang kebanyakan orang bandar tak akan mungkin boleh dicapai.
Maka dengan ilmu yang audient ini
ada saya merasakan diri ini amat kecil, apatah lagi untuk memberi tunjuk ajar
berkenaan alam.
Lega sedikit setelah melihat
tentative mereka yang disusun oleh Cikgu Zulkifli Bin Abdullah dan Cikgu Tajul
Affiffin Bin Idham Affendi yang dibantu cikgu-cikgu pengiring. Semua aktiviti
tidak melibatkan hutan darat…lega.
Aktiviti mereka yang pertama
adalah melawat Pengkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut. Lokasi lawatan
adalah Galeri Panglima, Hanger Udara dan Kapal Perang KD Hang Tuah.
Amat berterima kasih kepada semua pengiring-pengiring dari TLDM yang bukan sekadar memberi penerangan hal aset-aset TLDM malah yang saya lihat amat penting adalah bagaimana pengiring-pengiring TLDM memberi semangat kepada audient.
Menjadikan mereka sebagai contoh agar berusahan dan tidak ketinggalan dalam pelajaran. Pengakuan diperoleh dari audient ini untuk mempunyai impian berpakaian segak seperti abang dan kakak TLDM. Tahniah cikgu-cikgu dari SK Pos Perwor kerana memilih lokasi ini.
Amat berterima kasih kepada semua pengiring-pengiring dari TLDM yang bukan sekadar memberi penerangan hal aset-aset TLDM malah yang saya lihat amat penting adalah bagaimana pengiring-pengiring TLDM memberi semangat kepada audient.
Menjadikan mereka sebagai contoh agar berusahan dan tidak ketinggalan dalam pelajaran. Pengakuan diperoleh dari audient ini untuk mempunyai impian berpakaian segak seperti abang dan kakak TLDM. Tahniah cikgu-cikgu dari SK Pos Perwor kerana memilih lokasi ini.
Lawatan selama 3 jam ini tentunya
dapat memberi anjakan minta kepada audient. Tentunya saya juga inginkan perut
yang lebih nipis.
Walaupun letih bejalan dan
menerima maklumat yang berterusan, aktiviti santai selepas asar juga
menerujakan. Saya difahamkan semua audient ini belum pernah mandi laut.
Beberapa aktiviti sukan neka telah saya aturkan. Walau bagaimanapun hanya satu
sempat dilaksanakan. Apabila cikgu mencadangan samada teruskan sukaneka atau
mandi laut undi dengan majority 100% mahukan mandi laut.
Satu perkara yang hebat pada
audian ini. Mereka sangat menghormati cikgu-cikgu mereka. Hanya selepas
dibenarkan mandi laut saja mereka mula pergi ke gigi air. Saya tahu, mereka telah
membuak-buak untuk terjun ke air, tapi masih patuh dengan disiplin. Malah
apabila cikgu memanggil mereka naik pun tidak mendatangkan masalah, kalaulah
anak-anak lain mahu hingga terbenam matahari tapi masih di dalam air.
Malamnya mereka dihidangkan
dengan BBQ ayam dan udang yang hebat. Selesai sahaja mereka dibawa ke Bandar
Manjung untuk pertama kali menonton wayang. Saya tidak mengiringi mereka untuk
aktiviti ini dan saya dimaklumkan tajuk yang dipilih adalah “Goosebumps”,
walaupun ada audient yang maklumkan mereka menonton movie cina. Tak pe, pada
usia ini saya pun tak pandai juga.
Jam 9 pagi keesokkannya adalah
slot saya 100%. Memberi penerangan ekosistem hutan paya laut dan kepentingannya
kepada manusia. Lokasi lawatan adalah Taman Paya Bakau Lumut. Saya menarik perharian audian kecil ini dengan satu pertunjukan silap mata.
Nampaknya tumpuan kepada saya
hanya pada pertunjukan silap mata ini. Interpretasi diambil alih secara semula
jadi dengan kehadiran kera Long Tailed
Macarue (Macaca Fascicularis). Kalaulah saya terfikir untuk menukar tapik
dan dibenarkan cikgu-cikgu pengiring tentu saya tukar kepada Macaca
Fascicularis ini,
satu spesis kera yang pandai mengail ketam dan tentunya makan
ketam.
1 jam di Hutan Paya Bakau,
Audient minta izin untuk ke pekan Lumut untuk membeli belah. Saya bergerak
dahulu ke Segari untuk memastikan persiapan meyambut audient ini di Pusat
Penetasan Penyu telah disediakan.
Lawatan pertama dibuat ke pusat
Interpritasi Pusat Penetasan Penyu Segari dan kemudian saya perkenalkan Mak Su,
orang penting yang menjadi ibu tumpang kepada anak-anak penyu di sini. Beliau
kemudian memberi penerangan panjang lebar berkenaan penyu dan saya
kadang-kadang mencelah membantu. Audient diterangkan kitaran hidup penyu
daripada telur hinggalah dewasa. Terima kasih Mak Su, kerana jika kita hadir ke
sini tanpa diiringi beliau, audient hanya dapat melihat dan tidak mungkin dapat
mengetahui kisah hidup penyu yang penuh cabaran.
Maka berakhirlah tanggungjawab
saya mengiringi audient untuk 2 hari 1 malam ini dan saya memberikan
cenderahati kepada semua yang hadir terutama yang telah menang pada sukaneka
petang hari sebelumnya.
Satu sesi bergambar diadakan di
pantai Segari. Memandangkan jerebu telah pulih sejak 4 hari yang lalu, maka
sinar matahari sangat cerah. Tentunya photo kenagan itu sangat cantik.
Selamat jalan semua dari SK POS Perwor
Sungai Siput dan saya amat berharap kita dapat berjumpa lagi dan anak-anak ini semuanya berjaya dalam pelajaran dan mencapai cita-cita.
Ingat pesan abang-abang sado dan
kakak manis di Pengakalan TLDM. Kita semua boleh berjaya. Berusaha lebih
sedikit saja lagi.
Khairul Azman Bin Ahmad
Bagi pihak
Kuala Sepetang Eco Track
Khairul Azman Bin Ahmad
Bagi pihak
Kuala Sepetang Eco Track