Kami Sepetang EM

Sepetang Event Management “Sepetang EM”

Tunjang perniagaan kami adalah pengurusan acara atau majlis “Event Management”. Dari sekecil majlis pertunangan hinggalah ceramah mega.

Tawaran perkhimatan kami secara amnya adalah penyelesaian menyeluruh acara atau majlis pelanggan kami.

Dari penyediaan tapak, khemah, pengangkutan, petugas, tempat penginapan tetamu, promosi, jemputan. Pendek kata pelanggan kami hanya perlu nyatakan tarikh dan jumlah peserta pada majlis mereka dan kami akan pastikan acara atau majlis pelanggan kami terlaksana dan mendapat pujian tetamu.

Monday 1 February 2016

Lata Puteh-“Bertuahnya Orang Ijok, Selama"

“Bertuahnya Orang Ijok, Selama” ungkapan dalam hati bila sampai di Lata Puteh.

Teruja dengan seorang kenalan di FB, bukan kerana beliau juga seorang pencinta alam tetapi kerana beliau mencari lokasi yang mendamaikan seorang diri. Satu protokal yang mungkin tidak akan boleh saya ikuti.

Ingin sangat untuk mengetahui dan mendapat ilmu dari beliau bagaimana menjejaki hutan seorang diri.

Saya dan En Shafiqi  pada mulanya berbalas massaging melalui FB, kemudian WhatApp dan akhirnya terus membuat temujanji untuk ke Lata Puteh, lokasi lapangan untuk menilai dan mengambil pengalaman.

Seawal sebelum subuh janjinya kami akan bertolak dan akan bersolat subuh di Mesjid Batu Kurau, sebuah pekan kecil 23km ke utara Bandar Taiping.

Kami bergabung dengan 10 orang lagi dari Sri Iskandar dan bersarapan di Pekan Batu kurau sebelum meneruskan perjalanan sejauh 30km menghala ke pekan Ijok.

Sepanjang perjalanan kami disajikan dengan pemandangan hutan, kebun-kebun buah-buahan, sawah dan kampong tradisi. Terdapat juga rumah-rumah yang cantik daripada budaya yang diwarisi dari masyarakat Petani Thailand. Malah masyarakat di sini berbahasa melayu dengan dialeg petani.

Tidak sedar yang kami telah sampai di lokasi. Lata Puteh menyembunyikan dirinya dan hanya selepas turun dari kenderaan baru dilihatkan Lata Puteh dengan kecerunan pandangan +-50 darjah dari jalan raya tempat kami parking.

Selepas membuat senaman regangan ringan secara sendiri, En Shafiqi memandu kami menuju lokasi. Saya membuat keputusan untuk berada di posisi akhir secara sukarela membantu En Shafiqi  sebagai sweeper.

Lata Puteh sangat pemalu, sepanjang perjalanan mendaki tidak langsung menunjukkan dirinya dan sentiasa berselindung di sebalik pokok hutan yang tebal.

Selepas 20 minit mendaki saya dikejutkan dengan jeritan demi jeritan dari rakan-rakan di hadapan. Saya yakin bukan jeritan cemas kerana diselang-seli dengan laungan takbir dan lebih kepada jeritan keterujaan.

Memang Lata Puteh pandai bersembunyi. Sebaik saya melintasi rimbunan pokok mengkuang yang bertindak seperti tirai di hadapan pentas persembahan. Sebaik tirai dibuka maka Lata Puteh dengan megah mempamirkan dadanya yang begitu luas. ………………………… speechless.







 
Biar gambar-gambar ini saja yang menggambarkan ………………………… speechless.

Lama juga kami di sana mengambil sebanyak mungkin gambar sementara menunggu matahari naik pada sudut yang betul untuk membiaskan percikan Lata Puteh dan membentuk pelangi ………………………… speechless.

Saya sangat berpuashati di tingkat ini dan ada 2 lagi tingkat air terjut di Lata Puteh. Kami dihalang oleh masa dan jarak perjalan yang mencabar untuk ke tingkat 2 dan 3, walaupun sangat teruja untuk naik ke atas.

Kami berangkat pulang dan mengucapkan selamat jalan kepada En Uzaer dan Rakan kenalan baru dari Seri Iskandar setelah saya menunjukkan lokasi Gua Kelawar untuk mereka terus beraktiviti di sebelah petang.

Terima kasih juga kepada En Mohd Shafiqi Bin Zakaria seorang guide paling muda yang pernah saya ikuti dan yang sangat mahir dengan keunikan air terjun khasnya di Perak dan amnya Malaysia.

Cantik sungguh alam ini dan bersyukur kerana tidak perlu pergi jauh untuk meninggalkan sementara masalah dan bebanan kerja. Ringan rasanya kepala ini setelah menikmati keindahan alam.

Bertuahnya kepada yang pandai mencari dan “Bertuahnya Orang Ijok, Selama”.

No comments:

Post a Comment