Kami Sepetang EM

Sepetang Event Management “Sepetang EM”

Tunjang perniagaan kami adalah pengurusan acara atau majlis “Event Management”. Dari sekecil majlis pertunangan hinggalah ceramah mega.

Tawaran perkhimatan kami secara amnya adalah penyelesaian menyeluruh acara atau majlis pelanggan kami.

Dari penyediaan tapak, khemah, pengangkutan, petugas, tempat penginapan tetamu, promosi, jemputan. Pendek kata pelanggan kami hanya perlu nyatakan tarikh dan jumlah peserta pada majlis mereka dan kami akan pastikan acara atau majlis pelanggan kami terlaksana dan mendapat pujian tetamu.

Monday 22 February 2016

Kapten Iffat dan keluarga di Kuala Gula

Tak sabar untuk melaksanakan tugasan yang diamanahkan oleh KsET@Khairul Salleh Ahmad pada hari ini. Semua kelengkapan telah siap disusun di dalam kereta seawal selepas subuh tadi. Teruja untuk melaksanakan tugasan ini kerana akan pertama kali merakam aktiviti kumpulan dengan sport cam yang baru.

Tepat jam 11am saya bertolak ke Kuala Gula untuk meyambut Dr Irni Yasin dan keluarga. Dan selepas separuh perjalanan saya baru perasan yang satu bag kelengkapan lagi tertinggal di rumah. Bag ini merupakan kelengkapan telekomunikasi dan segala macam gadget termasuk sport cam yang baru.
Saya tiba di Restoran JS Muara sebuah restoran terapung yang popular dengan hidangan ketam lembut jam 11:50am manakala keluarga Dr Irni Yasin tiba pada jam 12:15pm.

Saya dapat mengagak ini adalah keluarga Dr Irni kerana iras wajah mereka hampir sama semuanya. Walaupun Dr Irni sendiri tiba 5 minit kemudian.

Seperti biasa ucapan salam saya pada semua dan berterima kasih kerana memilih Kuala Gula sebagai distinasi lawatan dan memilih KsET sebagai pengurus program.

Menu makanan tengahari telahpun di pesan melalui SMS terus kepada pemilik restoran dan sementara menunggu hidangan siap, saya membawa keluarga Dr Irni ke sangkar ikan dan memberi sedikit penerangan bagaimana ketam lembut diternak. Keluarga Dr Irni menghabiskan masa di restoran terapung ini untuk makan tengahari dan kemudian menunaikan solat di Mesjid Al Taufiqiah Kuala Gula yang terletak hanya 150 meter dari restoran.

Pada waktu yang sama saya menguruskan bot untuk aktiviti mereka. Ini adalah kali pertama saya bertemu dengan En Tan-guide yang akan membawa keluarga ini. Saya telah beberapa kali cuba untuk mendapatkan khidmat En Tan untuk pelanggan sebelumnya tetapi jadual beliau sering penuh. Saya telah lama mengenali repotasi En Tan melalui rakan saya Puan Cho Swee Teng (City guides di Pulau Pinang). En Tan seorang yang sangat mahir mengenai burung dan boleh mengenal nama burung hanya dengan memerhati paten burung itu terbang walaupun pada jarak yang jauh.

Kami memulakan pelayaran dengan dua buah bot pada jam 2:30petang dengan menyusuri perkampungan nelayan Kuala Gula. En Tan menceritakan aktiviti ekonomi dan hasil tangkapan nelayan di sini iaitu udang. Serta cara udang ditangkap dan dibersihkan.

Juga menyusuri beberapa sangkar ikan yang menjadi hinggapan burung-burung laut terutama Bangau Besar dan Kecil dan bagaimana membezakan antara bangau ini selain saiz mereka.

Kami meneruskan pelayaran meyususi hutan bakau dan mempelajari ciri-ciri pokok bakau dan mengapa ia boleh hidup pada keadaan yang mencabar dan keistimewaan pokok bakau dan kaitan pokok ini dengan garam. Di sini juga terdapat tapak projek penanaman bakau oleh NGO, organisasi, Institut pengajian tinggi dan pengkaji alam. Dapat dilihat susunan pokok bakau seperti susunan pokok sawit dan getah.

Sebelum memasuki ke kepadatan hutan bakau, keluarga Dr Irni diberi peluang untuk mencuba nasib sebagai nelayan ketam. Mereka dibekalkan dengan 10 tangkul ketam untuk dilabuhkan. Saya dari awal lagi memaklumkan yang semua tangkul ketam ini perlu disediakan sendiri, saya hanya akan menunjukkan demo.

Paling teruja untuk aktiviti ini ialah Iffat anak kepada En Hasrul dan Dr Irni. Adik Iffat melabuhkan 4 daripada 10 tangkul itu.
Selepas aktiviti melabuh tangkul ketam, kami meneruskan pelayaran masuk lebih dalam ke hutan paya bakau. Sepanjang pelayaran ini kami dilihatkan oleh alam haiwan liar seperti biawak dan kera. Kera dari spesis Macaca Fascicularis ini pandai menangkap ketam dan boleh berenang. Nasihat daripada En Tan bahawa kami sedang memasuki rumah kepada haiwan-haiwan ini, elakkan dari memakai apa-apa yang berwana merah.

Kami belayar hingga kedalaman kuala air terlalu cetik untuk meneruskan pelayaran dan berpatah balik. Di sini juga kami dipersembahkan oleh alam seeokar burung yang diancam kepupusan, burung terbesar yang terdapat di Malaysia iaitu Burung Botak Kecil yang terbang rendah di sisi bot kami. Sepanjang pelayaran ini juga kami dipersembahkan dengan pelbagai burung tempatan dan hijrah yang berehat di sini yang dalam penerbangan dari Siberia ke Australia.

Kami juga dipertonkan dengan sebuah sarang burung helang merah (Brahminy Kite) yang dibina menggunakan ranting ranting pokok. En Tan sangat bersungguh untuk memperkenalkan spesis burung-burung dan sanggup berpatah balik apabila beliau ternampak burung yang cantik iaitu Burung Raja Udang (White Collared Kingfisher).

Kami mengakat kembali tangkul-tangkul ketam yang telah dilabuhkan. Saya galakkan semua mengambil pengalaman ini selepas saya menunjukkan demo. Tetapi aktiviti ni sekali lagi dimonopoli oleh adik Iffat.
Cuaca tidak mengizinkan dan hujan mula turun sebaik kami habis menaikkan tangkul ketam. Masa yang terlalu pendik melabuhkan tangkul juga tidak sempat memerangkap ketam. Mungkin Dr Irni akan cuba lagi di masa akan datang.

Semasa pelayaran balik En Tan telah memberi peluang kepada keluarga ini untuk mengemudi bot. Dr Irni dan Adik Iffat adalah antara Kapten kami pada pelayan balik.

Kami belabuh semula di Restoran Terapung JS Muara dan mengucapkan selamat jalan kepada keluarga ini yang akan bermalam di Taiping dan saya berjanji akan share lokasi menarik untuk dilawati di sekitar Bandar Taiping.

Terima kasih dari saya dan KsET dan jumpa lagi.

Maaf kerana belum ada gambar untuk dikongsikan sementara menunggu share dari En Tan.

No comments:

Post a Comment