Kami Sepetang EM

Sepetang Event Management “Sepetang EM”

Tunjang perniagaan kami adalah pengurusan acara atau majlis “Event Management”. Dari sekecil majlis pertunangan hinggalah ceramah mega.

Tawaran perkhimatan kami secara amnya adalah penyelesaian menyeluruh acara atau majlis pelanggan kami.

Dari penyediaan tapak, khemah, pengangkutan, petugas, tempat penginapan tetamu, promosi, jemputan. Pendek kata pelanggan kami hanya perlu nyatakan tarikh dan jumlah peserta pada majlis mereka dan kami akan pastikan acara atau majlis pelanggan kami terlaksana dan mendapat pujian tetamu.

Monday 22 February 2016

Dilwale Gerua Negeri Perak

Sebelum membaca tulisan ini saya amat menyarankan agar ditonton dahulu klip video ini. 

 

Viral kepada peminat filem terutama filem hindi kini tentang filem Delwale. Dan secara kebetulan ada yang tag muzik video Dilwale Gerua pada FB saya. 

Pada awal tayangan saya sudah teruja dengan permandangan lokasi penggambaran muzik video ini. Sebaik saja 4 minit 48 saat habis terus terlintas betapa bertuahnya kita di Malaysia mempunyai permandangan alam yang seindah lokasi pengambaran tersebut.

Berikut adalah yang secara sepintas lalu apa yang ditayangkan di dalam muzik video tersebut:
  • Bangkai kapal terbang
  • Air tasik yang tenang seperti cermin
  • Burung-burung
  • Gunung-ganang
  • Sampan
  • Air Terjun
  • Gua
  • Iceberg
Rakyat Perak tentu berbangga kerana semua permandangan di atas boleh dinikmati di Negeri Perak dengan tidak menafikan ada juga di negeri-negeri lain.


Bangkai Kapal Terbang
Jauh dalam pendalaman di Bruas terdapat satu bangkai kapal terbang era Perang Dunia Ke 2


Bangkai Kapal Terbang di Bruas Perak
Air tasik yang tenang seperti cermin
Tidak jauh dari Bandaraya Ipoh, dengan kedudukan dikelilingi oleh gunung dan bukit batu kapur menyebabkan tiupan angin sangat kurang dan menjadikan air di tasik ini sangat tenang.

Seterusnya menyebabkan permukaan air tenang ini memantulkan semula imej sekitarnya seperti sebuah cermin.
Tasik Cermin Ipoh Perak

Pantai
Banyak pantai di Perak dan antara paling populer adalah di sekitar daerah Manjung. Segari, Teluk Senangin, Pasir Bogak di Pulau Pangkur dan lain-lainnya.

Di Kuala Sepetang juga terdapat pantai yang terhasil dari 100% kulit siput terutama kulit kerang.

Burung-burung
Di utara Perak, Kuala Gula merupakan R&R bagi burung hijrah. Selain burung tempatan yang sangat banyak. Burung Bangau kecil dan besar sangat mudah dilihat di sini. Tentunya susasana seperti di dalam music video boleh dialami.

Di Kuala Gula menjadi kediaman Burung Botak Kecil atau Burung Upih, burung terbesar yang terdapat di Malaysia.

Hmmmmm, tahukan kita bahawa Negeri Perak juga mempunyai 10 spesis burung Enggang? extra 2 spesis dari yang terdapat di Serawak.
Burung di Sentuari Burung Kuala Gula dan Kuala Sepetang Perak
Gunung, bukit batu kapur, sungai dan gua
Apabila kita menggunakan Lebuhraya PLUS, gunung dan bukit batu kapur yang cantik dapat dilihat seawal Gopeng dan hingga ke Simpang Pulai. Seterusnya Gunung Bubu dapat dilihat sebaik melepasi Terowong Menora jika kita menghala ke Utara.  Di Gopeng juga terdapat banyak sungai dan dari lebuhraya ini juga kita dapat saksikan pemandangan air terjun dari jauh dan sudah tentu sangat tinggi.
Gua Betapa Batu Kurau Perak
  
Terdapat amat banyak air terjun di Perak. Di Gopeng juga terdapat tarikan pelancung dengan aktiviti outdoor seperti caving di Gua Tempurung dan white water rafting.
Air Terjun Lata Puteh Ijok Perak
 
Sampan
Satu scene dimana Kajol dan Shahrul Khah di atas sampan. Hmmm tak terbilang tempat untuk kita mendayung sampan. Banyak taman tasik dan taman rekriasi di Perak dan yang paling popular adalah Taman Tasik Taiping.

Bila menonton scene ini kita dapati angin sentiasa meniup selendang Kajol. Suasana begini juga dapat kita rasai jika ke Kuala Sepetang. Antara sebab mengapa ia pernah dijadikan pelabuhan adalah sifatnya yang sentiasa berangin dan menjadi aset utama untuk menggerakkan kapal-kapal layar waktu itu. Bila ke Kuala Sepetang, jangan ingat nak makan mi udang saja. Di sini ada ikan lumba-lumba berwarna merah jambu hidup liar di perairan Kuala Sepetang.
 


Iceberg
Tidak perlulah membohongi diri, kerana iceberg memang tidak ada di Malaysia. Kajol dan Shahrul Khan pun nampak terlalu kesejukan semasa pengambaran. Mungkin juga tak sesuai kita untuk ke kutub. Walaupun di Malaysia tak ada iceberg tetapi di Taiping ada ni.
Sangat populer dan mesti cuba


Jadi jom kita rasai keindahan Dilwale Gerua Negeri Perak.

Dekat je semua ni
 

No comments:

Post a Comment