Kami Sepetang EM

Sepetang Event Management “Sepetang EM”

Tunjang perniagaan kami adalah pengurusan acara atau majlis “Event Management”. Dari sekecil majlis pertunangan hinggalah ceramah mega.

Tawaran perkhimatan kami secara amnya adalah penyelesaian menyeluruh acara atau majlis pelanggan kami.

Dari penyediaan tapak, khemah, pengangkutan, petugas, tempat penginapan tetamu, promosi, jemputan. Pendek kata pelanggan kami hanya perlu nyatakan tarikh dan jumlah peserta pada majlis mereka dan kami akan pastikan acara atau majlis pelanggan kami terlaksana dan mendapat pujian tetamu.

Thursday 1 December 2016

Kek Look Tong Gunung Rapat Ipoh



Terletak hanya 4km ke selatan dari Politeknik Ungku Omar Ipoh Perak atau 3km ke Timur Gunung Rapat, Tokong di dalam gua ini terletak di tapak seluas  12 ekar dan telah mula digunakan seawal tahun 1920 sebagai tempat ibadat. Pada tahun 1960, gua ini menjadi sebahagian daripada kawasan perlombongan besi dikendalikan oleh mendiang Encik Chooi Ah Kee.

Pintu gua dibesarkan bagi membolehkan operasi perlombongan menggunakan jengkaut  dan laluan lori dan jentera untuk  mengangkut  bijih besi.

Terdapat satu bahagian di dalam gua yang dinamakan 'Tien Hou Gong’ yang diusahakan oleh Encik Chooi sebagai tempat beribadat dan berdoa.

Pada tahun 1982, 'Tien Hou Gong' telah diserahkan oleh anak Encik Chooi kepada organisasi amal (NGO) dan setelah itu Kek Look Seah dan kuil di dalam gua ini telah ditukar nama kepada 'Kek Look Tong’ dan diguna nama ini sehigga kini.

Jawatankuasa Kek Look Seah mengambil alih pengurusan gua dan tokong  dan pembangunan gua dengan membesarkan gua, serta memperoleh sebahagian tanah  berpaya berhampiran pintu masuk belakang. Kawasan ini kemudian ditambak dan dijadikan taman rekreasi.


Lantai gua telah ditambak untuk meratakannya seterusnya dilantaikan dengan batu marmar. Sebahagian dinding gua juga telah dihias dengan batu marmar tanpa menjejaskan bentuk asal dan formasi stalaktit dan  stalagmit.

Let's go outdoor and learn to love nature, culture and history
































Friday 12 August 2016

Lawatan Berinformasi Sekolah Menengah Taman Johor Jaya II

3 Ogos 2016 Rezki kali ini dapat berkenalan dengan adik-adik istimewa dari Sekolah Menengah Taman Johor Jaya II. Rombongan disertai 19 pelajar dan 21 orang guru dan ibubapa.

Meriah dengan aktiviti yang disusun:

Aktiviti dan lawatan

  • Pengakalan TLDM, Lumut. 
  • Pusat Konservasi dan Penyelidikan Penyu,Pasir Panjang Segari
  • Makan tengahari di Pak Ya Chelet
  • Aktiviti sukaneka dan water confident 
  • BBG bakar sendiri
Rombongan ini menginap di Yeob Bay Hotel meneruskan aktiviti lawatan mereka ke Taiping pada hari esoknya.

Terima kasih kerana memilih " KUALA SEPETANG ECO TOURISM ". Semoga adik-adik, ibubapa serta guru-guru yang mengikuti lawatan ini berpuas hati dengan perkhidmatan yang ditawarkan.

Aktiviti di Pengakalan TLDM, Lumut
Kali ini pihak TLDM telah membenarkan rombongan untuk melawat kapal penghapus periuk api KD Harimau dan KD Ledang. Menakjubkan bagi peserta rombongan dan kami sendiri dengan teknologi pada kapal-kapal ini.
Walaupun TLDM lebih dikenali dengan kapal-kapal perangnya, TLDM juga mempunyai aset udara dan rombongan juga di bawa melawat ke hanger helikopter milik TLDM. Tentu pelajar teruja bila dapat bergambar di dalam helikopter.

Pusat Konservasi dan Penyelidikan Penyu,Pasir Panjang Segari
Rombongan kali ini bertuah kerana penerangan di Pusat Konservasi dan Penyelidikan Penyu,Pasir Panjang Segari yang disampaikan oleh 2 orang pelajar intern yang mengambil bidang Kelastarian Alam. Sangat sesuai dengan lapangan dan mereka sangat mahir tentang penyu.

 Terima kasih, lain kali datang lagi.
‪#‎internshiplife‬ ‪#‎ksetours‬ ‪#‎mppumt1516‬ ‪#‎bioderz1316‬ ‪#‎lovenature‬

Untuk makluman pembaca, tulisan ini saya plagiat sebahagiannya dari 

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1095628833844797&set=pcb.1095636763844004&type=3&theater