Kami Sepetang EM

Sepetang Event Management “Sepetang EM”

Tunjang perniagaan kami adalah pengurusan acara atau majlis “Event Management”. Dari sekecil majlis pertunangan hinggalah ceramah mega.

Tawaran perkhimatan kami secara amnya adalah penyelesaian menyeluruh acara atau majlis pelanggan kami.

Dari penyediaan tapak, khemah, pengangkutan, petugas, tempat penginapan tetamu, promosi, jemputan. Pendek kata pelanggan kami hanya perlu nyatakan tarikh dan jumlah peserta pada majlis mereka dan kami akan pastikan acara atau majlis pelanggan kami terlaksana dan mendapat pujian tetamu.

Wednesday 4 November 2015

Lawatan 2 Hari 1 Malam SK Pos Perwor Sungai Siput Ke Lumut


31 Okt 2015 Manjung, tugasan ini saya terima sehari sebelumnya. Bagi saya ini adalah tugasan routine yang tidak perlu persediaan yang terperinci. Cukup saya mengambil tahu umur audient.

Setelah bertemu dengan mereka cikgu-cikgu dan murid-murid dari SK Pos Perwor Sungai Siput Perak dengan kekuatan 44 orang, saya merasakan diri ini sangat kecil berbanding ilmu hal alam yang mungkin telah semula jadi diperoleh dari lapangan oleh murid-murid orang asal dari kaum temiar ini.

Tambahan pula saya sedar ilmu hal hutan di dada ini masih sangat sedikit tambahan pula ilmu iktiar hidup yang belum pernah diuji. Teringat pula kejadian 7 orang murid SK Pos Tohai Gua Musang yang berumur sebaya dengan audient ini. Dua dari mereka berjaya mengharungi ujian bersendirian dalam hutan tanpa apa-apa bantuan iktiar hidup selama 47 hari. Satu tempoh yang kebanyakan orang bandar tak akan mungkin boleh dicapai.

Maka dengan ilmu yang audient ini ada saya merasakan diri ini amat kecil, apatah lagi untuk memberi tunjuk ajar berkenaan alam.

Lega sedikit setelah melihat tentative mereka yang disusun oleh Cikgu Zulkifli Bin Abdullah dan Cikgu Tajul Affiffin Bin Idham Affendi yang dibantu cikgu-cikgu pengiring. Semua aktiviti tidak melibatkan hutan darat…lega.

Aktiviti mereka yang pertama adalah melawat Pengkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut. Lokasi lawatan adalah Galeri Panglima, Hanger Udara dan Kapal Perang KD Hang Tuah.

Amat berterima kasih kepada semua pengiring-pengiring dari TLDM yang bukan sekadar memberi penerangan hal aset-aset TLDM malah yang saya lihat amat penting adalah bagaimana pengiring-pengiring TLDM memberi semangat kepada audient.

Menjadikan mereka sebagai contoh agar berusahan dan tidak ketinggalan dalam pelajaran. Pengakuan diperoleh dari audient ini untuk mempunyai impian berpakaian segak seperti abang dan kakak TLDM. Tahniah cikgu-cikgu dari SK Pos Perwor kerana memilih lokasi ini.

Lawatan selama 3 jam ini tentunya dapat memberi anjakan minta kepada audient. Tentunya saya juga inginkan perut yang lebih nipis.

Walaupun letih bejalan dan menerima maklumat yang berterusan, aktiviti santai selepas asar juga menerujakan. Saya difahamkan semua audient ini belum pernah mandi laut. Beberapa aktiviti sukan neka telah saya aturkan. Walau bagaimanapun hanya satu sempat dilaksanakan. Apabila cikgu mencadangan samada teruskan sukaneka atau mandi laut undi dengan majority 100% mahukan mandi laut.

Satu perkara yang hebat pada audian ini. Mereka sangat menghormati cikgu-cikgu mereka. Hanya selepas
dibenarkan mandi laut saja mereka mula pergi ke gigi air. Saya tahu, mereka telah membuak-buak untuk terjun ke air, tapi masih patuh dengan disiplin. Malah apabila cikgu memanggil mereka naik pun tidak mendatangkan masalah, kalaulah anak-anak lain mahu hingga terbenam matahari tapi masih di dalam air.

Malamnya mereka dihidangkan dengan BBQ ayam dan udang yang hebat. Selesai sahaja mereka dibawa ke Bandar Manjung untuk pertama kali menonton wayang. Saya tidak mengiringi mereka untuk
aktiviti ini dan saya dimaklumkan tajuk yang dipilih adalah “Goosebumps”, walaupun ada audient yang maklumkan mereka menonton movie cina. Tak pe, pada usia ini saya pun tak pandai juga.

Jam 9 pagi keesokkannya adalah slot saya 100%. Memberi penerangan ekosistem hutan paya laut dan kepentingannya kepada manusia. Lokasi lawatan adalah Taman Paya Bakau Lumut. Saya menarik perharian audian kecil ini dengan satu pertunjukan silap mata.
Nampaknya tumpuan kepada saya hanya pada pertunjukan silap mata ini. Interpretasi diambil alih secara semula jadi dengan kehadiran kera Long Tailed Macarue (Macaca Fascicularis). Kalaulah saya terfikir untuk menukar tapik dan dibenarkan cikgu-cikgu pengiring tentu saya tukar kepada Macaca Fascicularis ini,
satu spesis kera yang pandai mengail ketam dan tentunya makan ketam.

1 jam di Hutan Paya Bakau, Audient minta izin untuk ke pekan Lumut untuk membeli belah. Saya bergerak dahulu ke Segari untuk memastikan persiapan meyambut audient ini di Pusat Penetasan Penyu telah disediakan.

Lawatan pertama dibuat ke pusat Interpritasi Pusat Penetasan Penyu Segari dan kemudian saya perkenalkan Mak Su, orang penting yang menjadi ibu tumpang kepada anak-anak penyu di sini. Beliau kemudian memberi penerangan panjang lebar berkenaan penyu dan saya kadang-kadang mencelah membantu. Audient diterangkan kitaran hidup penyu daripada telur hinggalah dewasa. Terima kasih Mak Su, kerana jika kita hadir ke sini tanpa diiringi beliau, audient hanya dapat melihat dan tidak mungkin dapat mengetahui kisah hidup penyu yang penuh cabaran. 

Maka berakhirlah tanggungjawab saya mengiringi audient untuk 2 hari 1 malam ini dan saya memberikan cenderahati kepada semua yang hadir terutama yang telah menang pada sukaneka petang hari sebelumnya.

Satu sesi bergambar diadakan di pantai Segari. Memandangkan jerebu telah pulih sejak 4 hari yang lalu, maka sinar matahari sangat cerah. Tentunya photo kenagan itu sangat cantik.

Selamat jalan semua dari SK POS Perwor Sungai Siput dan saya amat berharap kita dapat berjumpa lagi dan anak-anak ini semuanya berjaya dalam pelajaran dan mencapai cita-cita.

Ingat pesan abang-abang sado dan kakak manis di Pengakalan TLDM. Kita semua boleh berjaya. Berusaha lebih sedikit saja lagi.

Khairul Azman Bin Ahmad
Bagi pihak
Kuala Sepetang Eco Track