Kami Sepetang EM

Sepetang Event Management “Sepetang EM”

Tunjang perniagaan kami adalah pengurusan acara atau majlis “Event Management”. Dari sekecil majlis pertunangan hinggalah ceramah mega.

Tawaran perkhimatan kami secara amnya adalah penyelesaian menyeluruh acara atau majlis pelanggan kami.

Dari penyediaan tapak, khemah, pengangkutan, petugas, tempat penginapan tetamu, promosi, jemputan. Pendek kata pelanggan kami hanya perlu nyatakan tarikh dan jumlah peserta pada majlis mereka dan kami akan pastikan acara atau majlis pelanggan kami terlaksana dan mendapat pujian tetamu.

Wednesday 27 May 2015

Lawatan Sehari Sekolah Tinggi Kluang Johor 2 Jun 2015

Maju Terus Maju: Selamat datang ke Kuala Sepetang rombongan dengan kekuatan seramai 73 orang kakitangan dan pelajar dari Persatuan Sejarah (PESEJA) & Persatuan Sivik, Sekolah Tinggi Kluang Johor.

Mereka di jangka tiba di Taiping pada jam 8:00 pagi 2 Jun 2015 untuk Program Kembara Sejarah dan Khidmat Masyarakat.

Beberapa amalan praktikal dan fizikal juga akan diselitkan sepanjang mereka beraktiviti di Taiping dan Kuala Sepetang.

Antara tempat-tempat bersejarah yang akan dilawati mereka adalah Taman Tasik Taiping yang mula digunakan pada tahun 1880 hingga kini dan merupakan antara taman tasik yang tercantik negara.

Bandar Taiping yang dikenali sebagai Bandar Warisan, mempunyai banyak lokasi bersejarah, beberapa tempat sejarah akan dilawati-walau bagaimanapun akibat kekangan masa, mereka tidak singgah hanya sekadar lalu sahaja.

Adalah tidak lengkap lawatan ke Kuala Sepetang jika tidak singgah di Muzium Matang yang pada asalnya rumah kediaman bagi Ngah Ibrahim. Muzium ini meyimpan koleksi tempatan sekitar Taiping.

Pesatnya industri perlombongan bijih timah di sini menyebabkan pengusaha keretapi mencari altanatif lain selain arang batu sebagai bahan bakar, sumber semula jadi kayu bakau menjadi alternative dan dari sini bermula industri kayu arang.

Rombongan Persatuan Sejarah (PESEJA) & Persatuan Sivik, Sekolah Tinggi Kluang Johor akan di bawa melihat sendiri proses mengeringkan kayu bakau dan hasil utama kayu arang dan hasil-hasil lain yang bernilai tinggi.

Rombongan juga akan diperkenalkan dengan pokok bakau serta flora dan fauna sekitarnya melalui aktiviti jungle track melalu jambatan yang dibina di dalam hutan bakau dan dengan bot meyusuri sungai melihat dari dekat kehidupan nelayan dan hanya dengan bot sahaja tapak asal pelabuhan bijih pertama Negara dapat dilihat.

Jangan tertinggal untuk melihat hidupan yang diancam kepupusan. Hanya tinggal 2 pokok saja diketahui tumbuh di sini-Berus Mata Buaya atau Bruguiera Hainessi.

Peluang menaiki bot juga dapat mendekatkan rombongan Persatuan Sejarah (PESEJA) & Persatuan Sivik, Sekolah Tinggi Kluang Johor dengan kehidupan liar seperti helang dan bangau yang banyak di sini. Dan jika bernasib baik ikan lumba-lumba dari spesis Sausa yang bewarna merah jambu juga akan mengiringi pelayaran peserta. Lebih bernasib baik jika ikan lumba-lumba Irawaddy turut serta kerana spesis ini agak pemalu.

Juga tidak lengkap jika berkunjung ke Kuala Sepetang jika tidak menikmati makanan yang menjadi ikon tempatan-Mee Udang Banjir. Pernah disebut oleh anak-anak pelancung yang pernah menikmati hidangan ini “Hmmm susah nak makan mee ni, udang banyak sangat”.

Aktitiviti akhir pada hari yang dirancang adalah melihat sendiri kehidupan unik kelip-kelip.

Menarik pada spesis ini adalah ia berkelip serentak dengan cahaya yang kecil berwarna puteh. Akibat cahaya yang sedikit ini, iris mata akan terbuka lebih luas dan permandangan menjadi lebih indah.

Selamat menimba sebanyak ilmu di Kuala Sepetang. Terima kasih kepada pihak sekolah kerana memilih kami sebagai pengurus program.

"Maju Terus Maju"

Sepetang Event Managemant

No comments:

Post a Comment