Kami Sepetang EM

Sepetang Event Management “Sepetang EM”

Tunjang perniagaan kami adalah pengurusan acara atau majlis “Event Management”. Dari sekecil majlis pertunangan hinggalah ceramah mega.

Tawaran perkhimatan kami secara amnya adalah penyelesaian menyeluruh acara atau majlis pelanggan kami.

Dari penyediaan tapak, khemah, pengangkutan, petugas, tempat penginapan tetamu, promosi, jemputan. Pendek kata pelanggan kami hanya perlu nyatakan tarikh dan jumlah peserta pada majlis mereka dan kami akan pastikan acara atau majlis pelanggan kami terlaksana dan mendapat pujian tetamu.

Tuesday 26 May 2015

Lawatan Sehari Jawatan Kuasa Kemajuan Kampung Pahang



Saya telah dihubungi oleh pengurusan KS Eco Tour untuk mengendali dan menyediakan jadual lawatan untuk satu kumpulan dengan kekuatan 44 orang dari Jawatan Kuasa Kemajuan Kampung dari Pahang yang diketuai oleh pengerusinnya Puan Tan Keong Chan.

Saya dipilih kerana permintaan dari kumpulan ini agar taklimat diadakan dalam bahasa manderin

Aktiviti pertama kumpulan ini adalah bersiar-siar di Taman Tasik Taiping yang merupakan kawasan rekreasi bekas lombong bijih timah yang tertua di Malaysia. Taman tasik ini dibuka pada tahun 1880 dengan keluasan 62 hektar.

Kumpulan ini mula bersiar-siar dari Zoo Taiping yang terletak di taman tasik ini dan berakhir di jetty bot rekreasi.

Saya mewajibkan peserta rombongan untuk mengambil gambar kerana permandangan pokok-pokok tua di sini sangat cantik.

Kami kemudian melawat beberapa lokasi lain dengan cari hopping. Tempat menarik dan bersejarah yang sempat dilawati adalah

·         Tanah Perkuburan Perang Dunia Ke 2 sini
·         Muzium Perak sini
·         Penjara Taiping sini
·         All Saints' Church Taiping sini
·         Muzium Ngah Ibrahim sini
·         Rumah Kapten Speedy

Atas permintaan kumpulan ini, saya telah membawa mereka ke Kilang Biskut Khim Heong Goodstuff dan Kilang pakaian dalam wanita ;-).

Makan tenghari tentulah makanan laut, rombongan ini memilih sendiri kedai makanan laut tepi sungai Xin Kuala Sepetang Seafood Restoran.

Sekejap saja masa berlalu, sejak pagi hingga ke makan tenghari, peserta belum lagi ada ruang untuk berehat. Masa untuk naik bot dan melihat sendiri industry penternakan kerang, melihat flora dan fauna burung bangau dan helang pun tiba. Masa paling di tunggu-tunggu oleh 2 orang kanak-kanak yang turut serta dalam rombongan ini. 

Sayangnya kumpulan ini tidak mengambil pakej untuk mencari ikan  Lumba-lumba, kerana cuaca hari itu dan air pasang sangat menggalakkan ikan lumba-lumba masuk mencari makanan di kuala Sungai Sepetang.

Masa yang singkat lawatan mereka diisi dengan lawatan bengkel pemprosesan akhir kerang, pada waktu lawatan sudah terlalu lewat, aktiviti telah berhenti. Peserta hanya diberi penerangan tanpa melihat aktiviti. Jadilah kata Puan Tan asal dapat lihat kawasan dan mesin pun ok.

Rombongan juga membeli cendera hati dengan memborong udang kering dan juga ikan segar untuk dabawa balik ke Pahang.

Secepat mungkin saya membawa rombongan ini ke Dapur arang pula. Penerangan serba ringkat dari mula kayu bakau ditebang hingga dibungkus cuba diberikan dalam masa yang amat singkat. Peserta juga membeli cendera hati berupa kayu arang dan yang paling laris adalah air wap bakau yang amat baik untuk dijadikan penghalau serangga.

Saya mengucapkan terima kasih dan harap dapat berjumpa lagi dengan kumpulan ini.
 
Makanan laut memang best di sini





Lawatan dan membeli (Atas permintaan kaum wanita)


Ke Bengkel pembersihan dan pengradan kerang

Pemandangan di Taman Tasik Taiping

Lawatan ke kilang biskut
 




No comments:

Post a Comment