Kami Sepetang EM

Sepetang Event Management “Sepetang EM”

Tunjang perniagaan kami adalah pengurusan acara atau majlis “Event Management”. Dari sekecil majlis pertunangan hinggalah ceramah mega.

Tawaran perkhimatan kami secara amnya adalah penyelesaian menyeluruh acara atau majlis pelanggan kami.

Dari penyediaan tapak, khemah, pengangkutan, petugas, tempat penginapan tetamu, promosi, jemputan. Pendek kata pelanggan kami hanya perlu nyatakan tarikh dan jumlah peserta pada majlis mereka dan kami akan pastikan acara atau majlis pelanggan kami terlaksana dan mendapat pujian tetamu.

Tuesday 11 November 2014

Banner Baru Untuk Segmen Perniagaan Lama ;-) Pembantu Rumah Part Time

Terkandung dalam pakej penyediaan tapak acara adalah memastikan tapak acara kembali seperti sedia kala selepas acara tamat.

Kami Sepetang EM telah mempunyai tenaga kerja yang mahir termasuk untuk segmen ini.

Dan kami kembangkan perkhidmatan ke skala kecil atas permintaan dari pemilik-pemilik kediaman dan pejabat yang memerlukan.

Perkhidmatan yang diberikan adalah sama seperti pembantu rumah lain kecuali memasak, mengasuh dan kekerapan perkhidmatan bergantung kepada permintaan pelanggan.

No comments:

Post a Comment