Kami Sepetang EM

Sepetang Event Management “Sepetang EM”

Tunjang perniagaan kami adalah pengurusan acara atau majlis “Event Management”. Dari sekecil majlis pertunangan hinggalah ceramah mega.

Tawaran perkhimatan kami secara amnya adalah penyelesaian menyeluruh acara atau majlis pelanggan kami.

Dari penyediaan tapak, khemah, pengangkutan, petugas, tempat penginapan tetamu, promosi, jemputan. Pendek kata pelanggan kami hanya perlu nyatakan tarikh dan jumlah peserta pada majlis mereka dan kami akan pastikan acara atau majlis pelanggan kami terlaksana dan mendapat pujian tetamu.

Monday 17 November 2014

Aktiviti Hujung Nov 2014 Minggu Ke 3 Team 3

Kami juga diberi amanah untuk menguruskan logistik dan katering untuk lawatan dari Sekolah Kebangsaan Seri Tasik Teluk Intan.

Mereka hadir di Kuala Sepetang pada 16 Nov hingga 17 Nov.

2 lokasi tugasan telah ditetapkan bagi menjimatkan dan memaksimakan masa rombongan membuat lawatan. 

Kami telah diamanahkan untuk menguruskan logistik dan catering untuk makan tenghari, BBQ dan sarapan pagi.

Alhamdulillah semua berjalan lancar dan dipuji kualiti perkhidmatan dari kumpulan rombongan.

Antara tugasan tanpa bayaran yang kami berikan kepada kumpulan ini adalah menjadi juru iring ke lokasi penginapan ;-)
Menyediakan BBG untuk rombongan selepas aktiviti menonton kelip-kelip berirama di Mak Teh Mee Udang Banjir

Sarapan pagi di Rakan Muda Bukit Jana

No comments:

Post a Comment