Kami Sepetang EM

Sepetang Event Management “Sepetang EM”

Tunjang perniagaan kami adalah pengurusan acara atau majlis “Event Management”. Dari sekecil majlis pertunangan hinggalah ceramah mega.

Tawaran perkhimatan kami secara amnya adalah penyelesaian menyeluruh acara atau majlis pelanggan kami.

Dari penyediaan tapak, khemah, pengangkutan, petugas, tempat penginapan tetamu, promosi, jemputan. Pendek kata pelanggan kami hanya perlu nyatakan tarikh dan jumlah peserta pada majlis mereka dan kami akan pastikan acara atau majlis pelanggan kami terlaksana dan mendapat pujian tetamu.

Tuesday 14 February 2017

Pergi Meminang Di Kuala Tembeling Dapat Pengalaman Di Kuala Tahan

Bertolak dari Taiping pada jam 5:00am dan hanya berhenti untuk solat subuh di perkampungan orang asli 10km sebelum Ringlet Pahang dan berhanti sekali lagi di pekan Ringlet untuk sarapan dan meneruskan perjalanan ke Kuala Tembeling.

Kami tiba di lokasi yang dirancang pada jam 11:00 pagi seperti waktu yang kami rancangkan, sebelum menerima berita satu lagi kumpulan meminang kami tersesat dan akan lewat. 

Kami yang telah sampai mengambil peluang ini untuk meninjau di sekitar jeti untuk ke Taman Negara yang hanya kurang 500 meter dari lokasi point berkumpul. Maka adalah sedikit idea untuk digunapakai di Kuala Sepetang kelak.

Acara meminang berjalan lancer dan Alhamdulillah pinangan diterima. Sememangnya jadual meminang pun terlewat, maka kami yang akan berangkat ke Kuala Tahan meminta diri terlebih dahulu kerana telahpun membuat temujanji dengan guide di Taman Negara.

Kami mempunyai 2 pilihan perjalanan dari Kuala Tembeling ke Kuala Tahan. Samada menggunakan bot dari jeti Kuala Tembeling ke Kuala Tahan atau dengan kenderaan sendiri dari Kuala Tembeling ke Kuala Tahan melalui jalan darat. Atas sebab bag pun banyak maka kami gunakan jalan darat.

Kami tiba 30 minit lewat dari waktu yang dijanjikan. Jadual aktiviti untuk ke Taman Negara terpaksa diubah dengan pada waktu petang ini hanya berehat dan aktiviti sendiri dan hanya secara rasmi dimulakan pada jam 8:00 malam nanti.

Pada waktu lapang sebelah petang tersebut kami sekeluarga telah meronda di sekitar jeti di Kuala Tahan. Sempat lagi melawat ke Sanctuari Ikan Kelah. Sesuai kami ke destinasi tersebut memandangkan tiada dalam jadual asal. Kami memimilih operator bot dan bergerak ke Sanctuari Ikan Kelah.

Permandangan sangat cantik, perjalanan saja sudah menerujakan. Permandangan seolah di Taman Tasik Taiping tetapi bukan di atas jalan raya, jalan sungai dengan pelbagai pokok hutan yang berusia ratusan tahun dan besar-besar tumbuh di tebing sungai menjadi kanopi.

Dapat dilihat kesan banjir yang berlaku 3 minggu lalu hamper 3 tingkat bangunan ketinggian dari paras air sungai sekarang. Pokok-pokok kecil juga belum dapat menegakkan diri dan terbengkok mengikut arus sungai yang tak dapat dibayangkan begitu deras.

Tak pula kami mengukur masa perjalanan tapi setiap jarak pergerakan kami dipertontonkan dengan keindahan flora dan fauna. Pelabagai burung terbang bersama kami samada terbang menjauh atau terbang bersama. Antara yang dikenali adalah drongo, tiong, enggang, burung hantu carik kafan (Rasanyala), helang dan yang paling banyak adalah layang-layang.

Dalam perjalanan ini mak nampak resah sedikit.  Sebelum sampai dan perbualan dalam kereta tadi saya ada menyebut, perjalanan dengan bot mengambil masa lebih 3 jam. Tetapi bila tiba di Sanctuari Ikan Kelah, mak mula tersenyum dan dengan pelbagai pertanyaan ditanyakan kepada guide.  Antara soalah yang paling mencabar adalah kenapa saya dah tahu di sini banyak ikan besar-besar tapi tak bawa jala….. hmmmmm.
Hari bertambah gelap dan kami tak boleh lama di sini dan dalam perjalanan balik suasana lebih menarik di lewat petang bila cahaya dari celah-celah daun membentuk ray. Sayang sangat kerana trip petang ini tidak dirancang dan dibuat ad hoc sahaja. Maka tidak seorong pun dari kami membawa kamera. Phone pun tak bawa….maka tiada imej cantik dapat dikongsi.

Sebelum kami balik ke chalet, kami makan malam dahulu di restoran terapung yang banyak terdapat di  tebing sungai. Mahal berbanding makanan yang sama di Taiping. Tapi ini saja yang ada kerana untuk mencari kedai lain jaraknya hampir 1 jam perjalanan.

Setelah selesai semua yang wajib. Kami siap menunggu guide dan tepat jam 8:00 malam kami memulakan perjalan malam di dalam hutan Taman Negara. Opp salah kena naik bot dahulu untuk keseberang sungai. Trillnya dah mula, yang menarik adalah saya tak tahu apa yang akan diperlihatkan atau alamai selepas ini.
Awal-awal perjalanan kami telah dipertemukan dengan burung kuang (Burung Kuang I kata U). beberapa ketika kami telah diperlihatkan dengan pelbagai serangga semasa berjalan kaki selama hampir 2 jam itu dan dipenghujung laluan kami dilintasi dengan seekor landak.

Kami dilepaskan untuk berehat selepas dipastikan semua kami selamat dan sihat oleh guide dan berjanji akan memulakan aktiviti pertama esoknya pada jam 9:00am.

Saya mengambil peluang untuk berehat sepenuhnya kerana saya telah mula memandu sejak jam 5:00am tadi. Malah saya juga ditugaskan untuk menjadi juru cakap majlis pertunangan tengahari tadi. Rupaya di Pahang pun ada berbalas pantun. Hmmmm.

Setelah selesai yang wajib subuh itu kami sekeluarga ke Pekan Kecil Kuala Tahan untuk sarapan. Sebelumnya kami telah pun mendapat tip di mana untuk sarapan dari guide dan pelancung lain. Memang berbaloi makan di kedai tersebut. Harga tak seperti makan malam malam tadi.

Jam 9:00am kami telah siap di jeti dan guide pun telah bersedia. Setelah mendapatkan permit dan bayaran kamera kami mulakan perjalanan merentas hutan. Tentulah suasana berbezadan kali ini berbanding malam tadi. Kami diperkenalkan dengan pelbagai jenis tumbuhan dan kegunaannya.

Tak banyak fauna yang dapat dilihat waktu ini, hanya suara saja dapat didengar. Mungkin keranan terlalu ramai pengunjung beraktiviti jungle tracking pagi itu.

Selesai Aktiviti Jungle Track.

Track yang sama bersambung dengan track untuk ke canopy walk. Hello saya dah pernah naik motoglider setinggi 1500 meter. Sikit pun tak gayat. Hmmmm semua benda berbeza, walaupun paling tinggi canopy walk ini hanya 6 tinggkat bangunan tetapi hayunan titi ini menyebabkan kelakian turut tercabar L. Sorry lah tak boleh cerita…. Untuk memendekkan cerita saya Berjaya sampai kehujungnya.

Taklah panjang sangat canopy walk ini tapi perjalanan untuk sampai kehujung sangat mencabar menyebabkan pergerakan antara peserta menjadi begitu perlahan. Khabarnya banyak fauna boleh dilihat dari canopy walk ini, tapi tumpuan saya hanya kearah penghujung canopy walk sahaja.

Alhamdulillah selamat semuanya.

Di hujung perjalanan canopy walk hanya lebih kurang 100 meter telah tersedia bot untuk kami untuk aktiviti rapid shooting. Saya hampir membatalkan aktiviti ini dan minta digantikan dengan aktiviti lain kerana dalam minda saya adalah pin ball. Setelah diterangkan semula oleh guide kami setuju untuk teruskan.
Memang tidak menghampakan kerana perjalanan bot kali ini melalui beberapa jeram yang berombak besar. Maka basah kuyuplah kami semua di dalam bot tersebut.

Saya bersyukur kerana cuaca amat baik pagi itu. Awan menutupi terik matahari di sepanjang perjalanan kami hinggah kami tiba di perkampungan orang asal dari suku kaum batik. Tentulah rupa mereka berbeza dengan suku kaum lain seperti yang selalu saya damping.

Mudah untuk mengenali mereka dari bentuk rambut dan lakaran ginatik pada tangan dan kaki mereka. Kami bukan saja berziarah tetapi juga beraktiviti di sini. Antara yang paling hendak saya tahu adalah cara menyalakan api tanpa mancis. Setelah dipertontonkan oleh salah seorang penduduk maka berpuashatilah dan insyaAllah akan diperturunkan kepada yang mahu.

Aktiviti meyumpit paling happening bagi keluarga saya. Semua mencuba dan tak cukup sekali dua. Oklah sangat berpuashati.

Pada akhir lawatan ke perkampungan kami hadiahkan sedikit kenagan kepada semua anak-anak orang asal dengan sedikit manisan.

Nampaknya Muiz masih tak puas bermain air. Saya biarkan seketika Muiz bermain air di sungai dan kemudian meneruskan sambungan aktiviti rapid shooting hinggah kami sampai ke jeti.

Seterusnya bergambar bersama dan mengucapkan terima kasih kepada guide dan moga silaturahim dan perkhidmatan terbaik beliau diteruskan kepada semua pengunjung di Taman Negara Kuala Tahan.

Saya rakamkan di sini. Terima kasih En Zaki guide kami. Atau nama FBnya Jaki Taman Negara@Mok atas perundingan En Zaki juga kami dapat daftar keluar dari penginapan lewat. Sempatlah kami bersalin pakaian dan mengemas barang sebelum berangkat balik ke Taiping melalui Cameron Highland…. Itu catatan lain ya.










3 comments:

  1. Hi.. im looking for part time housemaid.. how can i contact u ??

    ReplyDelete
  2. Hi.. im looking for part time housemaid.. how can i contact u ??

    ReplyDelete