Kami Sepetang EM

Sepetang Event Management “Sepetang EM”

Tunjang perniagaan kami adalah pengurusan acara atau majlis “Event Management”. Dari sekecil majlis pertunangan hinggalah ceramah mega.

Tawaran perkhimatan kami secara amnya adalah penyelesaian menyeluruh acara atau majlis pelanggan kami.

Dari penyediaan tapak, khemah, pengangkutan, petugas, tempat penginapan tetamu, promosi, jemputan. Pendek kata pelanggan kami hanya perlu nyatakan tarikh dan jumlah peserta pada majlis mereka dan kami akan pastikan acara atau majlis pelanggan kami terlaksana dan mendapat pujian tetamu.

Friday 13 January 2017

Silaturahim Jungle Tracking Sekeluarga

Objektif
Mengeratkan silaturahim sesama keluarga. Menggalakkan anak-anak kepada aktiviti luar dan alam.

Lokasi
Ulutupai Rimba Alam Waterfall, Taiping Perak

Masa
Satu hari 7:30am-2:00pm

Jumlah Peserta Pada 1 Sesi
10 orang peserta untuk satu kumpulan dengan seorang fasilitator-Guide Alam

Aktiviti
 
Jungle Track: Berjalan merentas hutan pada jarak 1.4km dan menikmati suasana alam. Peserta akan diperkenalkan dengan spesis tumbuhan dan kegunaannya pada manusia. Penerangan akan diberikan berkaitan ekosistem flora dan fauna yang boleh ditemui di sepanjang laluan.

Air Terjun: Singgah di beberapa air terjun di sepanjang laluan Jungle Track.

Iktiar Hidup: Memperkenalkan tumbuhan yang boleh dimakan, memasang jerat, menangkap ikan, menyalakan api tanpa mancis, memasak tanpa periuk dan komunikasi SOS.
 
Water Confident: Memahami tingkah laku air terjun (Kepala air) dan keselamatan sebelum aktiviti riadah: Mandi sungai


Telefon untuk maklumat lanjut 012 286 36 17
 

No comments:

Post a Comment