Kami Sepetang EM

Sepetang Event Management “Sepetang EM”

Tunjang perniagaan kami adalah pengurusan acara atau majlis “Event Management”. Dari sekecil majlis pertunangan hinggalah ceramah mega.

Tawaran perkhimatan kami secara amnya adalah penyelesaian menyeluruh acara atau majlis pelanggan kami.

Dari penyediaan tapak, khemah, pengangkutan, petugas, tempat penginapan tetamu, promosi, jemputan. Pendek kata pelanggan kami hanya perlu nyatakan tarikh dan jumlah peserta pada majlis mereka dan kami akan pastikan acara atau majlis pelanggan kami terlaksana dan mendapat pujian tetamu.

Monday 19 January 2015

Kajian Rutin Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan USM

Dr Asyirah Abdul Rahim dengan 11 orang pelajar USM dari Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan memulakan aktiviti dengan menyusuri perkampungan nelayan Kuala Sepetang seterusnya ke Pulau Sangga dengan bot mengambil sempel dan data aktiviti penduduk tempatan.

Mereka kemudian diberi penerangan dengan perincian dan mengalami secara dekat proses penghasilan kayu arang dan produk sampingan.

Sesi sebelah petang dipenuhi dengan memahami flora dan fauna hutan paya laut (Bakau).
Melihat kesan sejarah Keretapi Tanah Melayu dan mengakhiri aktiviti dengan melihat habitat kelip-kelip Kampung Dew.

Program sehari di sekitar Perkampungan Nelayan Kuala Sepetang ini berjaya ditamatkan dengan memenuhi semua jadual yang telah diatur.












 Dan pada akhir lawatan mereka, cendera hati ini diberikan kepada semua Team KSET. Terima kasih.




No comments:

Post a Comment